Jika kita perhatikan pokok-pokok yang ditanam di taman-taman, kebanyakan spesiesnya hampir sama sahaja, walaupun taman tersebut mempunyai thema atau konsepnya berlainan. Hampir 90% spesies pokok yang ditanam terdiri daripada spesies pokok yang diimport atau diperkenalkan dari luar negara. Spesies pokok yang asli negara kita jarang-jarang diberi keutamaan.
Siapakah yang memilih dan menentukan spesies pokok-pokok yang ditanam? Jawapannya sesiapa sahaja boleh menentukannya. Kita tidak ada prosedur yang berupa peraturan dalam memilih spesies yang hendak ditanam. Penentuan spesies kesesuaian habitatnya, memenuhi keperluan alam sekitar dsbnya tidak diberi pertimbangan. Pemilih spesies langsung tidak tau nama pokok itu jauh lagi mengetahui habitat dan negara asal pokok itu.
Peluang ini diambil oleh pakar-pakar dalam bidang ini dan menyediakan ribuan semaian pokok seperti yang terdapat di Muar dan sekitarnya. Peluang ini juga diambil untuk mengimport berbagai-bagai spesies dari negara jiran yang pakar dalam menyediakan spesies tanaman untuk Landskap seni taman.
Pengusaha-pengusaha semaian ini memberi nasihat dalam hal pemilihan spesies tetapi semua bertujuan keuntungan yang berlipat ganda dengan konsep kartel dan harga pokok yang cukup mahal.
Akhirnya pokok-pokok secara tanam segera terus ditanam. Ada pokok yang sepatutnya di tanam di tanah lembab ditanam di tanah tinggi. Ada pokok yang habitatnya di tempat yang redup di tanam di tempat panas dan begitulah berlaku seterusnya pokok ditepi air di tanama di atas bukit.
Pokok-pokok ini bukan sahaja tidak hidup dengan baik dan sukar untuk menjaganya, Seperti yang kerap di alami, apabila berlaku sahaja ribut dan angin kencang seperti yang kerab berlaku di Kuala Lumpur, PJ dan Putrajaya, pokok-pokok ini tumbang merosakkan harta benda malah ada yang menyebabkan kehilangan nyawa
Saya pernah dijemput untuk mengaudit tentang pemilihan spesies palma untuk ditanam di sebuah taman. Dalam senarai kontrak spesies palma seperti di bawah:
- Hyophorbe langenicaulis - 10 units @ RM 3000.00 - RM 30,000.00
- Mascarena revaughanii - 10 units
@RM 7000.00 = RM70,000.00
Hyophobia langenicaulis
Saya beri tahu perunding Landscape Architect bahawa palma ini ialah spesies yang sama. Hyophorbia langenicaulis ialah nama yang diterima betul dan Mascarena revaughanii ialah sinonim. LA asing luar negara ini begitu marah dengan saya dan akhirnya didapati saya betul dan dapat menyelamatkan wang client sebanyak RM70,000. dan banyak lagi dapat saya betulkan, tetapi saya tetap kehilangan sesuatu dari boss saya.!! Begitulah when a barber wants to become a dentist dalam project penaman pokok dan seni taman negara.