er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Wednesday, May 11, 2011

Taman Gimnosperma Putrajaya
























Cycas dikenali sebagai
living fossil





Sebuah taman yang dipanggil Taman Saujana Hijau, di Putrajaya merupakan sebuah taman yang berkonsepkan tumbuhan gimnosperma, iaitu tumbuhan yang terdapat hidup di zaman Jurrasic, kira-kira 150,000,ooo tahun yang lalu. Di Tenggara Asia, termasuk Malaysia masih terdapat tumbuhan-tumbuhan ini, walaupun sebahagian besar telahpun pupus.


Gimnosperma ( Gymnosperma ) merupakan pokok yang mempunyai ovulnya terdedah ( tidak ditutupi oleh ovari). Tidak seperti tumbuhan sekarang ini, ia itu Angiosperma (Angiosperma) ovulnya dilindungi oleh ovari


Terdapat 3 hingga 4 kelas Gimnosperma, iaitu Cycads, Ginkgo, Conifers dan Gnetum. Ginkgo tidak terdapat di Malaysia. Gnetum ( Melinjau) terdapat di Malaysia. Uniknya spesies Melinjau sudah menyerupai pokok Angiosperma.


Keunikan Taman Saujana Hijau ini tidak disedari oleh banyak pihak. Sebenarnya inilah sebuah taman yang patut dibanggakan, bukan sahaja dari segi keindahannya tetapi juga taman pemuliharan kepelbagaian flora termasuk Gymnosperm Tenggara Asia




Taman ini patut diwarwarkan, diberi publicity yang lebih selain lapangan pembelajaran.

Selain itu, tukarlah nama taman ini kepada Taman Gimnosperma atau Gymnoperm Park





Ismail Saidin



Botanist & Malay World




































No comments:

Post a Comment