er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, October 8, 2011

Cerita dulu-dulu kapal korek ( Tin Dredging) Malim Nawar

 

Sekitar tahun 50an - 60an terdapat  hampir 20 kapal korek di sekitar lembah Kinta termasuk di sekiar Malim Nawar. Siang dan malam kapal korek ini berkerja melombong isi perut bumi lembah kinta bagi mendapat hasil bijih timah. Hutan-hutan terus ditebang dan tanah terus dilombong termasuk juga  perkampungan orang-orang Melayu. Kampung-kampung ini sekarang tinggal nama sahaja.

 

dredge

 

Yang menariknya, Malim Nawar begitu ramai penduduknya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, menikmati kemewahan hidup hasil daripada syarikat-syarikat perlombongan ini.

Mamat sudah berkerja dengan sebuah syarikat lombong selama hampir 15 tuhun. Dia mula berkerja sebagai kuli mencuci bucket-backet kapal korek. Oleh kerana dia tekun berkerja dinaikkan pangkat sebagai mandor. Tuan Russel sangat sayang kepadanya dan penuh percaya dengannya. Dia mahir dengan segala selok belok kejuruteraan dan operasi kapal korek sehingga tuan Russel memberi penuh kepercayaan dalam operasi perlombongan kapal korek. Mandor yang berkelulusan darjah 5 sekolah Melayu ini mampu berkerja dalam operasi perlombongan kapal korek. Selama dia berkerja jarang-jarang mengambil cuti terus berkerja untuk tuan Russel

Bagaimanapun. sekali sekala Mamat merasa pilu dan sedih melihat bucket-bucket menggali tanah-tanah dan winch kapal merembat pokok-pokok sehingga ranap. Bumi bertuah ini sudah ranap, isi perutnya dikeluarkan untuk kekayaan syarikat orang putih ini.

Suatu hari tuan Russel memanggil Mamat. Katanya dia akan bercuti panjang dan balik ke England. Dia akan digantikan oleh orang tempatan, jurutera lombong yang lebih berkelayakan.

Mamat amat sedih dengan pemergian Tuan Russel. Mungkin dia tidak akan kembali lagi.  Mamat terus berkerja dengan Tuan muda yang baru.  Cara dan gaya dia berkerja amat menyedihkan Mamat.Begitu juga perkerja-perkerja lain.  Mamat mula rasa tidak sehat kerap mengambil cuti.

Tuan muda terus menguruskan operasi perlombongan dengan gayanya sendiri. Suatu petang dengan cuaca ribut dan hujan lebat. Kapal korek mula diresapi kebocoran dan air meresapi segenap ruang. Tuan muda dengan perkerja-pekerja cuba mengatasi kebocoran. Tuan muda mula cemas dan ruang-ruang kapal sudah dipenuhi air.

Seorang pekerja terus memanggil Mamat. Mamat yang bercuti terus datang dan terus mencari punca kebocoran. Kebocoran dikesan dan dapat diperbaiki dengan mudah oleh Mamat.

Beberapa bulan kemudian Tuan Russel kembali. Kembalinya sebagai tuan besar. Hal ini diceritakan oleh tuan muda kepada tuan Russel. Tuan Russel tersenyum. “ Pengurusan yang baik” kata tuan Russel, “perlu juga mendapat pandangan orang lain”

 

 

No comments:

Post a Comment