Seorang kenalan saya mengajak saya mengikuti kursus Arborist. Katanya kursus ini penting sebagai kelayakan untuk mendapatkan kontrak penanaman pokok atau penyelenggaraan Landskap seni taman di Putrajaya dan lain-lain projek Landskap seni taman.
Hairan juga saya apakah perlunya kursus Arborist ini sebagai kelayakan untuk mendapatkan kontrak menanam pokok atau penyelenggaraan seni taman.
Arbor bermaksud pokok atau pepohon atau tree. Arborist ialah ahli kajian pepohon atau pokok.
Saya minta kenalan saya itu memberi definasi tetang pepohon atau tree. Dia langsung tidak dapat memberi definasi tree walaupun dia sudah lulus kursus tersebut.
Saya rasa kajian tentang arbore amat sukar dibuat tentang pepohon ( trees) di Malaysia kerana terlalu banyak dan kepelbagaian spesies pula. Lain lah di sekitar negara berhawa dingin dan sederahana bilangan pepohonnya boleh dikira dengan jari. Pepohon ini dijaga dengan rapi oleh arborist.
Di Malaysia yang penting ialah mempelajari tentang plant taxonomy untuk menjadi seorang botanist. Selain mengetahui nama tumbuh-tumbuhan dan habitatnya, botanists sepatutnya diberi peranan dalam pembangunan hijau. Sehingga kini pembangunan hijau negara ditentukan oleh orang yang bukan dalam bidang penghijauan.
Ismail Saidin
rasanya aborist ini lebih kepada kaedah dan tatacara penjagaan pokok... kalau sekadar tahu dan kenal nama pokok je tapi maintenance nye tak betul , sukar juga
ReplyDeleteArborist ini dikatakan penting untuk memastikan penyelenggaraan pokok di kawasan bandar yang mempunyai pokok-pokok. Penting untuk memastikan penjagaan pokok diselia dgn baik. Kemahiran memanjat pokok juga penting untuk 'prunning' pokok yang besar yang mana jentera berat tidak dapat masuk. Dan juga untuk menyelamatkan fasiliti yang bernilai daripada musnah akibat penyelenggaraan pokok yang salah. Agak-agaknya penting tak? kalau tak ada kemahiran, sukar juga kan? betul tak pandangan saya ni?
ReplyDeleteTerima kasih...
mana saya nak belajar ilmu rigging pokok/tree climbing/tree cutting. Idea amatlah d alu alukan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete