Pada 10 Mac, 2010, Pos Malaysia telah menerbitkan beberapa setem bertemakan Paku Pakis Malaysia.
Antara spesies yang diutarakan ialah:
1 Helminthostachys zeylanica ( Tunjuk langit )
2 Platyceriun coronarium (Tanduk rusa )
3 Dicranopteris linearis ( Resam )
4 Diplazium esculentum ( Paku sungai)
5 Stenochlaena palustris ( Paku midin )
Antara spesies yang sangat menarik dalam setem-setem ini ia lah setem RM3.00 yang menunjuk tiga spesies paku pakis ia itu Asplenium nidus, Dipteris conjugata dan Matonia pectinata. Dua spesies paku pakis
ia itu Dipteris conjugata dan Matonia pectinata merupakan spesies yang ada kaitannya evolusi tumbuhan
era Jurasik. Dua spesies ini tidak pernah dibudidayakan sebagai tanaman.
Bua cek
Nama Botani: Dipteris conjugata
Famili: Dipteridaceae
Paku pakis berizom ini merupakan Paku pakis yang aneh dan dikaitkan dengan fosil era Jurasik. Paku pakis ini mempunyai fron yang besar dan cantik, berukuran 40 – 50 cm diameter dengan tangkainya yang panjang. Lai daunnya pula bak kipas dibelah dua dengan ribnya berwarna kekuningan.
Paku pakis ini tersebar ke seluruh Indo-china, Malaysia, Indonesia dan Filipina. Di Malaysia Paku pakis ini mudah ditemui hidup liar di tanah tinggi seperti Bukit Frazer dan Cameron Highland.
Matonia
Nama Botani: Matonia pectinata
Famil: Matoniaceae
Nama Tempatan: Tidak di ketahui
Paku pakis yang aneh dan unik ini dikaitkan dengan fosil era Mesozoid. Ia mudah dikenali dengan membran bentuknya seperti payung menutupi rumpun struktur spora ( sporagia ). Daunnya berbentuk seperti kipas dan berlobus segmen yang runcing atau mempunyai midrib bagi memudahkannya memanjat
Di Malaysia, Paku pakis ini hidup liar ditanah ban quartzit dan ban terbuka tanah tinggi seperti Cameron Highland and Bukit Frazer.
Sakat-sakat
Nama Botani: Asplenium nidus
Famili: Polypodiaceae
Nama Lain: Bird Nest Fern
Paku pakis epifit berasal dari Tenggara Asia. Di Malaysia, paku pakis ini kebiasaannya hidup menumpang di atas pokok di dalam hutan. Daunnya ( fron) berbentuk oblanseolat, 30 – 90 cm panjang, 10 – 20 cm lebar, berwarna hijau, berkilat, tumbuh roset membentuk selera seperti sarang burung. Daun ini juga mempunyai midripnya berwarna hitam, tepi berombak, di atas bawah daun jelas terdapat barisan sori berwarna perang .
Di Malaysia Asplenium nidus merupakan paku pakis popular dan aneh Mesozoid sebagai tanaman hiasan
Saya mengucapkan syabas kepada Pos Malaysia kerana menerbitkan Paku pakis Malaysia sebagai tema setem pos Malaysia. Selepas ini tentu ada kesederan khalayak tentang Paku pakis Malaysia.