er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, May 29, 2011

Penulis Mogok dan Tak Boleh Cari Makan

 

Tidak berapa lama dahulu,  seorang Sasterawan Negara pernah melancarkan mogok seni dan sastera. Dia mogok dan berhenti menulis atau berkarya dalam seni dan sastera. Ramai yang tidak faham mengapa dia seorang Sasterawan Negara melancarkan mogok.  Rupanya ada kesahnya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kononnya royalti penulisannya tak berbayar. Tidak diketahui apa kesahnya selepas itu. Nampaknya lepas itu Sasterawan kita mencari penerbit lain.

Saya amat kagum dengan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana membangunkan Bahasa Melayu dengan moto “Bahasa Jiwa Bangsa”. Saya sempat menulis dua buku dan menyumbang dalam berbagai-bagai sudut karya.

Itu dulu dan sekarang sudah berbeza. Saya terus menulis dan menyumbang untuk penerbitan buku sains yang belum begitu banyak ditulis dalam bahasa Melayu.

Malang sekali, 2 manuskrip telah dihantar hampir 4 tahun yang lalu, sudah dinilai, diedit masih belum dapat diterbitkan. Konon ceritanya pengswataan yang diberi kepada sebuah syarikat sudah main kayu tiga.

Saya kemukakan masalah ini kepada seorang pegawai kanan dan alangkan kecewanya saya bila dia meminta saya mencari penerbitan lain, jika tidak suka dengan DBP.

Apakah saya perlu mogok  berkarya. Begitulah ceritanya. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lagi berbahasa

 

 

No comments:

Post a Comment