Pengerus Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM) Datuk Dr. Kamarudin Kachar mencadangkan Universiti Putra Malaysia perlu kembali kepada matlamat asal penubuhannya untuk membangunkan sektor pertanian Negara.
Dr Kamaruddin berkata Matlamat asal penubuhan Universiti Pertanian di bawah DEB adalah untuk memajukan sektor pertanian. Malang sekali, apabila Universiti Pertanian ditukar kepada Universiti Putra bidang pertanian tidak lagi diutamakan. Ini amat merugikan sektor pertanian, sehingga Dasar Pertanian Negara menjadi kocar kacir dan tidak lagi diketahui arah tujunya.
Pada satu ketika dahulu, Serdang amat sinonim dengan Pertanian. Ini disebabkan terdapatnya sebuah College of Agriculture dan Federal Experimental Statiom yang amat terkenal dalam pembangunan dan penyelidikan pertanian tropika. Kemajuan yang terdapat dalam sektor pertanian sekarang ini juga adalah hasil penyelidikan FES Serdang.
Disinilah juga terdapat saintis-saintis Melayu yang menjalan penyelidikan pertanian. Kita rasa amat bangga terdapat beberapa saintis Melayu seperti Rashidan Baba, Ani Arof…..
Di bawah DEB Kementerian Pertanian di ubah dan beberapa Jabatan ditubuhkan seperti MARDI, RISDA, FELCRA, Maju Ternak, dll termasuk juga sebuah bank, ia itu Bank Pertanian. Akhirnya Jabatan dan perbadanan pertanian ini berfungsi seperti tikus membaiki labu.
Perbadanan kemajuan pertanian bertukar nama: Universiti Pertanian menjadi Universiti Putra, Bank Pertanian menjadi Agro Bank ( sepatutnya Bank Agro baru lah betul) dan sekarang terdapat Bio itu dan Bio ini…
Baru-baru ini saya berkunjung ke Ladang FES yang dulu saya pernah menguruskannya. Alangkah sedihnya saya melihat koleksi clones buah-buahan sudah tidak lagi atau tidak dijaga dengan baik. Yang tinggal hanya Ladang pokok Jelutong, dan Brazilian Nuts
Ladang mata tunas Mempelam yang tidak dijaga dengan baik
Dahulunya ladang mata tunas koleksi klon klon Durian.
Banglo Pegawai Pertanian yang terbiar
Serdang yang dulu sinonim dengan pertanian sepatutnya dibangun dab dimajukans sebagai Taman Pertanian dan tumbuh-tumbuhan warisan negara dipulihara di situ, apatah lagi sudah terdapat sebuah pusat yang di panggil International Conservation of Biodiversity Centre .
No comments:
Post a Comment