Semasa saya berada di Jerman dulu, saya amat kagum dengan pengangkutan awamnya. Itu kira-kira suku dekad yang lalu.
Saya berada di Darmstadt, Frankfurt, Giessen dll bandar, saya amat risau tentang kenaikan hendak pergi ke station penyelidikan dan kuliah. Semasa berada di der Landwirtchaft Versuchanstalt, Darmstadt saya di beri tunjuk ajar tentang pengangkutan awam di Jerman. Rupa-rupanya orang Jerman sering menggunakan pengangkutan awam ke mana-mana sahaja. Pengangkutan awam yang paling popular dan murah ialah Strassen Bahn. Orang Jerman simpan sahaja keretanya di rumah kecuali untuk bersiar-siar sahaja atau bercutian.
Strassen Bahn
Strassen Bahn ialah komuter yang berlegar-legar sekitar bandar, tepat masa dan murah. Bagi penuntut mendapat diskaun 15% pada masa itu. Tiket boleh dibeli di mana-mana kiok dan bila naik punch sahaja pada mesin dan simpan tiket untuk pemereksaan. Biasanya tak ada pemereksa tiket. Tapi kalau tertangkap tak ada tiket, denda yang tinggi akan dikenakan atau dibawa ke mahkmah.
Di negara kita Malaysia, pengangkutan awam amat menyedihkan. Di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya juga Putrajaya kesesakan lalu lintas sudah menjadi budaya dan cara hidup yang menyusahkan. Kita terpaksa beli kereta dan ini menambah kesesakan yang kini sukar di atasi.
Saya teringatkan keseronokan menaiki Strassen Bahn di Frankfur . Bermula dari Haubtbahnhof ( Central Station) terus mengelilingi bandar raya dan akhirnya balik semula ke Haubtbahnhof. Bayar tiket hanya 60 Pf sahaja. Begitu juga saya lakukan di bandar-bandar lain.
Kalaulah terdapat Strassen Bahn, seperti yang terdapat di Jerman, di bandar-bandar kita sebagai kemudahan pengangkutan awam alang mudahnya untuk pergi kerja atau bersiar-siar, selain dapat mengurangkan pencemaran dan kesesakan lalu lintas.
Saya kira trem atau Strassen Bahn yang amat popular di Jerman itu amat sesuai dibangun di Putrajaya dan bandar-bandar di Malaysia.
Ismail Saidin
Salam En Ismail,
ReplyDeletebetul...saya tinggal bersama keluarga di Jerman selama 4 tahun lebih, tak pernah ada kereta, sebab kemudahan awam sungguh menyenangkan. Walau pun tidak murah, tapi masih murah. Saya masa itu pelajar, jadi ada tiket murah, kami biasa ke mana2 naik kemudahan awam, kalau sekadar dekat, naik basikal saja. Cuaca memainkan peranan penting, biasa berbasikal jauh pon tiada peluh, amat biasa, kalau musim panas, musim pendek, pendek kata, mengikut cuaca negara jua, kalau hendak dipraktikkan di Malaysia, mesti ada kemudahan yang mengambil kira cuaca malaysia yang amat panas. jalan raya pon kurang ada pedestrian walk atau utk basikal, ramai yang berbasikal sekarang di bandar2 ialah pekerja2 asing sahaja, teringat saya sekeluarga dulu di jerman berbasikal hehehehhe pandang jer org2 jerman naik kereta ke sana ke mari hehee...
"jalan raya pon kurang ada pedestrian walk atau utk basikal, ramai yang berbasikal sekarang di bandar2 ialah pekerja2 asing sahaja," Maksud saya ialah di Malaysia, bukan di Jerman. Tapi di Jerman atau Netherlands, memang ramai orang tempatan yang berbasikal disebabkan keselesaan berbasikal itu sendiri, lain dengan Malaysia. Selalu terjadi, pemandu kenderaan di Malaysia sentiasa meng hon basikal di jalan raya, lain dari di Jerman, ada laluan basikal khas walaupun di bandar besar, hormat kepada selain dari pemandu kenderaan amat biasa dipraktikkan.
Delete