er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Tuesday, September 14, 2010

PELBAGAI GUNA POKOK ANGSANA

Mungkin ramai yang kenal  pokok Angsana ( Pterocarpus indicus) kerana pokok ini banyak ditanam di sekitar bandar dan bandar raya. Bagaimanapun tidak ramai yang tahu tentang kepelbagaian kegunaan pokok ini.

Angsana -2

Pterocarpus indicus

 

Pokok Angsana berasal dari kepulauan Solomon dan New Guinea tersebar luas hingga ke Indonesia, Malaysia, Indochina, Filipina dll . Oleh sebab pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan, ia diberi berbagai-bagai nama. Di Malaysia dipanggil Angsana, Sena, Pedauk. Di Filipina dipanggil Narra dan popular sebagai Pokok Kebangsaan. Selain itu dipanggil juga Amboyna, Rose wood, Red sandle wood dan sebagainya

Pokok Angsana mula ditanam di Pulau Pinang dalam 1802 sebagai hiasan teduhan sisi jalan dan diikuti Melaka. Hingga sekarang pokok Angsana masih banyak ditanam sebagai hiasan sisi jalan.

Bagaimanapun, penanaman pokok Angsana ini tidak dibuat dengan betul dan tidak dijaga rapi  menyebabkan pokok ini mudah tumbang dan dahannya mudah patah apabila berlaku angin kencang,  seterusnya merosakkan harta benda.

Pokok Angsana mudah hidupnya dan mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Batang sepanjang 2 meter boleh ditanam terus ke tanah. Pokok ini boleh hidup dalam sebarang jenis tanah. Malah tanah gersang, tanah berair dan berlumpur pokok ini boleh hidup baik.  Ia juga mempunyai banir dan akar yang kuat. Yang paling menarik anai-anai bersimbiosis dengan pokok ini, hingga pangkal pokok ini menjadi seperti busut.  Pokok ini boleh dilakukan cantasan membentuk, cantasan pembaharuan dan cantasan pemulihan.

Saya telah menggunakan pokok Angsana ini untuk menstabilkan cerun. Pernah berlaku tanah runtuh di Komsis A, UKM dan saya telah menstabilkan cerun dengan menanam pokok Angsana. Hingga hari ini saya kira cerun itu cukup stabil.

Saya rasa banyak cerun sekitar Lebuh Raya Utara Selatan dan cerun-cerunlebuh raya yang terdapat di Malaysia boleh distabilkan dengan menanam pokok Angsana, selain berbagai pokok yang lain.

Saya sangat tertarik dengan pokok Angsana atau pokok Sena. Kayu pokok Sena ini  sangat cantik dan di Filipina, kayunya yang dipanggil Narra dan dijadikan perabot yang sangat mahal harganya. Lebih menarik lagi kayu Angsana ini boleh di buat peralatan  muzik seperti guitar.

angsana 2 angsana

Guitar yang diperbuat daripada kayu Angsana

 

Saya sekali kita tidak membudidayakan pokok Angsana  atau Sena. Kita lebih suka menanam pokok yang diimport. Sehingga kina 90% pokok yang ditanam di taman-taman di Malaysia terdiri daripada pokok yang import

      Buai laju-laju,

           Sampai bali sana;

       Apa dalam baju,

            Kuntum bunga Sena

      Buai laju-laju

           Bawah pokok Sena

      Apa dalam baju

           Ada kertas warna

 

Ismail Saidin

Botanist and Malay World