Aktiviti pertanian atau hortikultur dalam pengeluaran makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan penggunaan racun makhluk perosak atau pestisides perlu digunakan. Terdapat beratus-ratus jenis racun-racun digunakan. Jika penggunaannya tidak dikawal, residue racun ini sangat membahayakan kesihatan
Negeri yang telah maju kawalan racun-racun dan residue dikawal oleh undang-undang yang tersangat ketat.
Semasa mengikuti kursus di Landwirthchaft Versuchanstalt Darmstadt German, saya diberi tahu semua sayuran, buah-buahan dan sumber makanan yang diimport perlu melalui proses analisis residue pesticides di makmal pusat penyelidikan ini. Jika sampel-sampel sayuran, buah-buahan dan sumber makan ini mengandunig residue pesticies yang tinggi melebihi paras yang diluluskan semua bahan-bahan makanan ini akan dihantar pulang atau dimusnahkan
Kita di Malaysia ini belum mempunyai makmal untuk menganalisi residue pesticides, jauh lagi mempunyai undang-undang tentang kawalan residue pesticides. Ramailah antara kita diancam penyakit keracunan dari pada racun-racun mekhluk perosak ini,
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pertanian dan Perniagaan Asas Tani mengumumkan kita mengimport sayur-sayuran dari luar negara sehingga bernilai RM 1 billion setahun. Menteri itu juga menyalahkan petani-petani kerana tidak berusaha bersungguh. Sebenarnya bukan lah salah petani atau pekebun-pekebun kita. Yang salah ialah dasar pertanian kita.
Bayangkanlah sayuran yang dimport itu mungkin menganbungi residue racun sarengga yang tinggi dan siapakah yang mengawal atau mengetahui residue yang terkandung dalam bahan-bahan makan ini?
Cuba lihat gambar di bawah:
gambar 1 gambar 2
Gambar 1 menunjukan daun sayur ini tidak ada tanda-tanda serangan serangga. Ini bermakna terdapat residue rancun serangga yang tinggi dan boleh memudharatkan kesihatan
Gambar 3 pula menunjuk kesan serangan serangga dan daunnya berlumbang-lumbang dan ini mungkin tidak ada residue racun serangga.
Jika anda membeli sayur pilih sayuran yang ada kesan serangan serangga seperti gambar 2
Apa yang sangat ditakuti ialah racun serangga sistemik ( systemic ) Racun ini meresap melalui akar atau daun terus ke dalam tissue sayuran atau buahan. Serangga yang memakan atau menghisap daun atau buah akan mati. Racun sistemik ini tidak boleh di gunakan untuk tanaman makanan tetapi untuk perhutanan.
Buah-buahan, sayuran dan bahan tanaman makanan yang dimport banyak mengandungi residue racun sistemik ini
Ismail Saidin
No comments:
Post a Comment