er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Wednesday, December 9, 2009

Akta Baja Yang Ditunggu-tunggu Akan Diperkenalkan

Kita merasa amat berterima kasih kerana pihak kerajaan akan memperkenalkan Akta Baja atau Undang-Undang Baja tidak lama lagi. Sebagai sebuah negara pertanian, Undang-Undan Baja sepatutnya sudah lama diperkenalkan. Petani, peladang dan pekebun-pekebun kecil tidak lagi tertipu dan kerosakan tanaman juga dapat dikurang jika undang-undang baja ini segera dilaksanakan

Kini terdapat terlalu banyak gred atau formula baja dalam pasaran . Masing-masing menyatakan tentang kesesuaian terhadap tanaman. Ada juga gred baja yang ditiru daripada gred baja yang diimport seperti 12:12:17:2 atau 15:15:15 tetapi analisis nutriennya mengeciwakan dan boleh membawa keburukan dan kerosakan kepada tanaman.

Untuk mengimplentasikan undang-undang baja bukanlah mudah. Kita perlu mempunyai gred atau formula baja sebatian kompleks yang sesuai untuk tanaman kita. Sebagai contoh Jerman mengeluar beberapa gred baja sahaja seperti 15:15:15. 13:13:20, 12:12;17;2 dan gred ini sesuai untuk tanaman negaranya. Gred-gred baja ini perlu melalui uji kaji di ladang dan makmal, untuk mendapat lindungan undang-undang bajanya.

Semasa saya menuntut di Jerman dahulu, saya di dibawa mengikuti pemereksaan pengeluran baja di syarikat pengeluaran baja terbesar Jerman. Pegawai Pertanian dari Haus der Landwirtchaft Darmstadt sentiasa sahaja mengambil sample baja. Jika analisis nya tidak tepat, semua pengeluaran tidak akan di luluskan untuk pasaran. Saya bertanya, baja yang tidak luluskan itu di bawa ke mana? Secara bergurau Pegawai Pertanian itu, Herr Buss berkata " Kita hantar ke Malaysia, sebab Malaysia tak ada undang-undang baja....ha ha.

Sekarang baja yang import dari Jerman berharga RM 150 @ bag 50kg, terlalu mahal bagi petani dan peladang kita. Dahulu harganya RM30 -50 @bag 50kg sahaja. Bagaimanapun ada juga petani yang sanggup membelinya kerana baja sebatian ini mempunyai analisis nutrien yang tepat dan betul di bawah undang-undang bajanya. Gred-gred baja ini pula amat sesuai dengan tanaman Malaysia. Jerman,walaupun sebuah negara industri tetapi kepentingan petaninya amat dijaga.

Ismail Saidin

Tuesday, November 17, 2009

Buah Setambun Merah Sudah Hampir Pupus












Seorang teman saya telah memberi saya gambar buah untuk dikenalpasti. Alangkah seronoknya saya, buah ini ia lah buah Setambun jantan atau Setambun merah atau lebih di kenali dengan nama saintifiknya Baccaurea parviflora yang tergulung dalam famili Euphorbiaceae. Buah ini termasuk dalam kumpulan buah Rambai atau Tampoi.

Keunikan pokok ini, ia mempunyai buahnya yang banyak sehingga ratusan pada tangkai tangkai yang panjang dan bertambun di pangkal pokok. Buahnya bujur runcing berwarna merah bertukar keunguan apabila masak. Buah ini berpangsa tiga mengandungi 1-3 biji yang selaputi oleh palpa dan rasanya agak masam.


Pada satu ketika dahulu pokok Setambun merah ini mudah di temui di dusun-dusun. Oleh sebab rasanya agak masam tetapi kayunya sangat cantik dan keras, pokok ini terus ditebang dan kayunya dijadi kraf yang sangat mahal harganya. Pokok ini terus ditebang sehingga sukar ditemu lagi. Kekayaan warisan negara kita tidak lagi dapat dipulihara.

Saturday, November 7, 2009

Cendawan Busut Sukar Ditemui Lagi




Bagi masyarakat desa, Cendawan busut amat digemari. Bila sampai sahaja musim hujan, ramai lah mencari Cendawan ini. Bagaimanapun, Candawan ini sukar ditemui lagi. Pepatah Melayu yang menyebut" Seperti Cendawan tumbuh selepas hujan.... " tak boleh dipakai lagi.

Cendawan busut ( Termitomyces albuminosa ) yang tumbuh di permukaan tanah dikaikan dengan anai-anai yang tergulus dalan genus Odontotermes. Anai-anai membuat sarang di dalam tanah dan "menanam" cendawan ini untuk membantu penghuraian bahan-bahan selulosa yang menjadi makanannya. Miselium Cendawan ini meliputi sekitar sarang anai-anai ini, seolah-olah seperti taman. Ada ketika, biasanya selepas musim hujan, jasat buah terjadi daripada miselium ini dan tumbuh hingga kepermukaan tanah. Jasat buah inilah yang merupakan Cendawan. Cendawan ini terdapat juga beberapa spesies, seperti Cendawan busut, Cendawan tali, Cendawan peha ayam dll. Semuanya amat enak dimakan.

Penggunaan terlalu banyak pestisid menyebabkan Anai-anai semakin pupus. itulah sebabnya Cendawan-cendawan ini sukar ditemui lagi.


Pertumbuhan Cendawan ini masih lagi tidak difahami dan penanamanya masih tidak dapat dilakukan lagi. Kita juga tidak ada pakar dalam bidang kaji Cendawan.




Sunday, November 1, 2009

Pisang Seribu,Pisang yang Unik Terdapat Di Malaysia




Malaysia merupakan pusat kepelbagaian Pisang. Leluhur Pisang terdapat di Malaysia, ia itu Pisang hutan ( Musa acuminata ). Melalui pemilihan baka, terdapat berbagai-bagai jenis Pisang. Seterus nenek moyang kita zaman dahulu suka belayar dan membawa Pisang-Pisang ini sekitar Indo-Malesia. Di sana terdapat pula Pisang batu atau Pisang benggala (Musa bulbisiana ). Kedua-kedua jenis Pisang ini berlaku kacukan dan seterusnya menghasilkan berbagai-bagai jenis Pisang seperti yang terdapat sekarang.

Antara jenis Pisang yang sangat unit ialah Pisang seribu atau Pisang belalai gajah ( Musa acuminata x bulbisiana (AAB Group) cv. Pisang seribu. Buahnya kecil. berjumlah ratusan bersesak-sesak pada tandan yang panjang sehingga sampai ke aras tanah. Rasa buah pisang ini agak manis dan kelat sedikit. Biasanya Pisang ini jarang dimakan segar tetapi dibuat kueh atau cucur.

Pisang seribu jarang-jarang ditemui lagi. Pisang ini kadang-kadang ditemui juga ditanam di sekitar rumah sebagai koleksi persendirian kerana keunikan buahnya.

Kita terlalu banyak mempunyai jenis-jenis Pisang sama ada yang boleh dimakan segar atau di masak. Saya masih ingat kata emak di musim Jepun dulu, ketiadaan beras, emak makan nasi berandau ( campur) pisang. Mujur lah pada zaman itu masih banyak pokok Pisang di kampung-kampung. Kalau sekarang tidak banyak lagi pokok Pisang ditanam di kampung-kampung. Dan banyak pula jenis-jenis Pisang yang telah pupus.

Wednesday, October 14, 2009

Buah Marang Asal Usul Bandar Marang Terengganu

Artocarpus odoratissimus
Famili: Moraceae
Nama Tempatan: Marang
Tarap
Pingan


Semasa saya melawat Taman Pertanian Tenom Sabah, saya telah ditunjukkan sebatang pokok yang lebat berbuah. Setelah melihat buahnya dan labelnya ditulis Artocarpus odoratissimus
jelaslah pokok ini yang saya cari selama ini. Orang Sabah memanggilnya Tarap dan Pingan. Orang Sulu pula memanggilnya Marang. Orang Basilan dan Mandanao pula memanggilnya Morang.

Di Terengganu terdapat sebuah bandar yang di Panggil Marang. Mungkinkah bandar ini dinamakan atau dikaitkan dengan pokok Marang. Sukarlah hendak membuktikannya, kerana pokok Marang mungkin tidak ada lagi di sekitar bandar tersebut dan pokok Marang pula bukanlah berasal dari Semenanjung. Pokok Marang berasal dari Borneo, kepulauan Sulu dan Mandanao. Pokoknya masih lagi terdapat tumbuh liar di hutan atau ditanam di kampung-kampung.
Masyarakat Melayu zaman dahulu amat terkenal sebagai ahli pelayaran. Mungkin ada di kalangan ahli pelayaran ini membawa balik buah-buahan, termasuklah buah Marang ke Terengganu. Buah Marang ini ditanam di sebuah penempatan dan kerana keunikan buah Marang, tempat itu terus di namakan Marang. Dalam hal ini banyak bukti yang boleh dipercayai. Banyak persamaan nama-nama buah-buahan antara Semenanjung Malaysia dan Filipina.

Pokok Marang merupakan pokok yang sederhana saiznya, mencapai ketinggian 20 meter dan berbanir sedikit. Buahnya sinkarpa, subglobos, 15 - 20 cm panjang, 10 - 13 cm lebar, kulitnya bak duri lembut tumbuh rapat-rapat, sepanjang 1 cm. Bijinya sub globos, 2 cm diameter dan dibaluti isi yang tebal berwarna keputihan, berjuz dan beraroma kuat. Rasanya manis.

Marang mudah dibiakan dengan cara menyemai biji benih. Marang merupakan buah nadir dan tidak dibudidayakan sebagai tanaman.

Ismail Saidin
Consultant Botanist & Malay World






Monday, October 12, 2009

Pokok Bangkong Sudah Pupus - Sukar Ditemu Lagi


Aku dilahirkan di sebuah kampung bernama Kampung Tanjung Bangkong, terletak di sebuah pekan kecil, Malim Nawar, Perak. Masa aku kecil-kecil dahulu aku bertanya emakku tentang nama kampung ku ini. Kata emak , kampung ini dinamakan Tanjong Bangkong, ialah kerana terdapat di hujung kampung ini sebatang pokok Bangkong yang cukup besar. Aku hanya dapat melihat tunggul pokok ini, memang saiznya cukup besar


Kebetulan berdekatan dengan rumahku terdapat sebatang pokok Bangkong, yang agak besar juga saiznya. Aku ingat tentang pokok Bangkong ini, kerana di zaman kanak-kanak, kami gemar memakan buahnya. Buahnya agak besar, tetapi isinya nipis dan rasanya agak manis juga apabila cukup masak. Yang paling seronok ialah memakan biji Bangkong. Bijinya agak besar dan kami kanak-kanak memungut biji-biji Bangkong ini dan direbus. Setelah masak dimakan dengan gula. Nostalgia ini masih terbayang dan rasa biji Bangkong rebus masih menjadi kenangan. Emak pula sering memasak lemak biji Bangkong ini dengan ikan puyu atau ikan lampam..oh sedapnya.
Kini pokok Bangkong di kampungku itu sudah tiada lagi.


Bila aku sudah menjadi seorang ahli kajitumbuhan ( Botanist) aku menanam sebatang pokok Bangkong di Taman Pantun UKM. Dapat juga aku melihat buahnya, tetapi tidak setanding dengan pokok Bangkong di kampungku dulu. Malang sekali, pokok Bangkong di Taman Pantun juga telah ditebang dan Taman Pantun tinggal nama sahaja.


Konon ceritanya pokok Bangkong ini ( Artocarpus integer var. silvestris Corner) ia lah varieti Cempedak. Tetapi Cempedak tidak terdapat tumbuh liar di hutan sedangkan Bangkong dahulunya biasa terdapat tumbuh liar di hutan. Saya rasa Cempedak berasal daripada Bangkong setelah dilakukan pemilihan baka dalam aktiviti berdusun oleh nenek mayang kita dahulu


Sebagai tanaman budaya Melayu, Bangkong disemadikan bagi nama tempat seperti, Tanjung Bangkong, Bukit Bangkong, dll, sedang Bangkong sudah pupus buat selama-lamanya



Wednesday, October 7, 2009

Buah Delima Tanaman Budaya Melayu








Delima
Punica granatum L
Famili: Punicaceae
Nama Lain Pomegranade ( Ing.)

Pokok Delima berasal dari Asia Selatan, terutamanya Iran, Afghanistan dan sekitar kawasan Himalaya. Pokok ini juga merupakan tanaman prasejarah dan tidak diketahui bila tanaman ini diperkenalkan ke Malaysia. Dipercayai orang-orang Parsi atau Hindu menyebarkan tanaman ini ke alam Melayu.

Pokok Delima merupakan tanaman sering dikaitkan dengan budaya Melayu. Delima juga sering disebut dalam hikayat-hikayat Melayu, seperti Sejarah Melayu, Bustanul salatin, atau Taman Segala Raja-Raja, Hikayat Hang Tuah dan tidak kurang juga dalam pantun-pantun tradisi Melayu. Contoh

Cemperai di pohon Delima,
Anak tupai berpuak-puak;
Bermisaiku sangka panglima,
Rupanya misai penapis tuak



Kini Pokok Delima jarang-jarang ditanam. Pada satu ketika dahulu pokok Delima sering ditanam di kampung-kampung, bukan sahaja kerana keindahan bunganya tetapi dikatakan sebagai tanaman ubat. Pokok Delima kadang-kadang berbuah dengan baik, terutama pokok yang ditanam di tanah tinggi berhawa dingin seperti di Cameron Highland, tetapi rasa buahnya tidak setanding dengan yang diimport. Ini mungkin kerana pokok yang ditanam bukan daripada varieti atau kultivar yang manis buahnya.

Pokok Delima merupakan pokok kecil atau syrab, berdahan banyak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter jika tidak di cantas. Daunnya berhadapan, berbentuk oblong lanseolat, 50 – 20 cm panjang, 1.5 – 2.5 cm lebar berwarna hijau berkilat. Bunganya terminal dahan atau ranting, setiap sekuntum berukuran 4 – 5 cm diameter, berwarna merah dan stamennya banyak berwarna kekuningan. Buahnya globos, licin, berwarna kuning kemerahan dan kaliks yang kekal membentuk seperti jemala di hujung buah. Kaviti buah dipenuh oleh biji yang banyak dan biji-biji ini diselaputi oleh kulit nipis berwarna merah jambu yang mengandungi jus yang jernih. Buah ini dimakan segar atau diperah untuk dijadikan minuman segar.

Masyarakat desa mengenali pokok Delima sebagai tanaman ubat. Kulit batang dan akarnya sebagai mencegah cacing. ( anthelminthic ). Kulit buah dan jusnya dibuat bahan kumuran bagi melawaskan demam. Kulit batang, buah dan daunnya juga dikatakan dapat mengubati cirit birit. Penumuan yang baru jus buah Delima antara ramuan dalam transfer factor bagi sistem imun yang sangat popular.


Pokok Delima mudah dibiakkan dengan semaian biji benih, keratan atau tut. Pokok Delima mudah hidupnya tetapi memerlukan tanah yang subur dan bersaliran baik. Cantasan perlu dilakukan bagi mengekal bentuk pokok. Pokok Delima boleh juga ditanam dalam pasu besar sebagai pokok hiasan yang menarik. Delima mempunyai potensi yang baik sebagai pokok buahan tetapi kurang diberi perhatian untuk memajukan tanaman ini.



Monday, October 5, 2009

Pokok Pudu Sukar Di Temui Lagi

Buah Pudu




Seorang kenalan saya telah memberi saya buah sebesar ibu jari dan rupanya seakan-akan mini Nangka. Saya pereksa dengan teliti......Buah yang diberi kepada saya itu ialah buah Pudu atau di kenali juga dengan panggilan Cempedak air (Artocarpus kemando). Kenalan saya itu membawa buah Pudu ini dari
Sarawak.
Satu ketika dahulu, di Semenanjung Malaysia terdapat banyak pokok Pudu sehingga sebuah bandar kecil di beri nama Pudu, yang kini terletak di Bandar Raya Kuala Lumpur. Oleh sebab kayu pokok Pudu ini keras dan cantik, banyak telah ditebang dan hampir pupus.
Rasa buah Pudu manis, sama rasanya dengan Cempedak tetapi terlalu kecil dan biasa dibuat goreng dengan tepung rasanya tersangat enak.
Buah Pudu ialah tanaman budaya kita, kini semakin Pupus dan banyak lagi akan hilang dan pupus buat selama-lamanya

Tuesday, September 22, 2009

Apa Nama Pokok Ini


Ridley bersama Ahmat Hassan

Mohamed Hanif






Burkill

















Tahukah anda tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok asli Malaysia mempunyai nama Melayunya. Kadang-kadang pokok yang diperkenalkan dari luar negara juga mempunyai namanya dalam bahasa Melayu. Nama-nama pokok ini diberi oleh nenek moyang kita zaman dahulu.

Nama-nama pokok ini banyak yang diabadikan kepada nama negeri, bandar, kampung, bukit, sungai dan boleh dikata sebilangan besar nama-nama tempat adalah asal usalnya nama pokok. Dalam jampi serapah, pantun dan puisi banyak menyebut nama-nama pokok.

Sayangnya jenerasi sekarang ini tidak lagi dapat mengenali pokok-pokok atau mengetahui nama-nama pokok yang merupakan warisan kita.

Kita berasa amat berterima kasih kepada beberapa ahli sains Inggeris yang mengumpulkan nama-nama pokok dan seterusnya menyimpan rekod nama-nama pokok dalam bahasa Melayu dan nama sainsnya.

Pengumpulan nama pokok ini tentulah datangnya dari orang Melayu atau nenek moyang kita dahulu. Orang-orang Inggeris, sebagai Tuan, mencatatkan sahaja.

Henry Nicholas Ridley, Pengarah Taman Botani Singapura ( 1888 – 1912,) dan lebih dikenali sebagai orang yang membangunkan industri getah. Beliau banyak merekodkan nama-nama pokok bahasa Melayu, seperti dalam Flora of the Malay Peninsula Vol. I –V 1922-25.

Sebenarnya Ridley banyak dibantu oleh orang Melayu dalam pengenalpastian tumbuh-tumbuhan. Antaranya yang banyak membantu Ridley ialah Ahmad bin Hassan.( Lihat gambar)

Isaac Henry Burkill Pengarah Taman Botani Singapura ( 1912 – 1925 ) menyambung kerja-kerja Ridley. Beliau telah menghasilkan The Dictionary of the Economic Products of the Malay Peninsula (1935). Buku ini sebagai Monumental Dictionary yang tiada tandingnya hingga sekarang

Burkill juga banyak dibantu oleh orang-orang tempatan. Antaranya ialah Mohamed Hanif ( 1872 – 1930). Mohamed Hanif antara 1890 – 1926 banyak mengumpul spesimen untuk herbarium dan dikagumi oleh Burkill. Burkill dan Mohamed Hanif ( 1930 ) menerbitkan Malay Village Medicine. Buku ini menjadi panduan tentang spesies pokok dalam perubatan tradisional Melayu, lengkap dengan nama Melayu dan nama saintifiknya.

Orang seperti Ahmad bin Hassan dan Mohamed Hanif yang diketahui banyak berjasa dalam bidang kajian tumbuh-tumbuhan tidak mendapat tempat sebagai ahli budaya, berbanding dengan ahli kesusasteraan dan penyanyi. Saya teringat lagi seorang kenalan saya Encik Kassim bin Rejab seorang pembantu Herbarium di UKM, amat terkenal dengan koleksi spesimennya sehingga pelawat-pelawat botanists dari Taman-taman Botani luar negara sering mencarinya di Herbarium UKM untuk pengenalpastian specimen herbarium. Pak Kassim, nama yang sering dipanggil kini sudah tiada lagi. Ada cadangan untuk menamakan Herbarium UKM atas namanya, tidak kesampaian
( Lawak Cari Nama Pokok)

Semasa mencari spesimen, seorang Penjajah Inggeris membawa seorang pembantu Melayu. Sudah penat berjalan dalam hutan tebal, pegawai Inggeris bertanya:

“ Mat, apa nama ini pokok ?” sambil menunjuk kepada sebatang pokok yang berdaun lebar.

Mat yang sudah terlalu letih, menjawab sambil lewa dan sinis; “Itu pokok Mak hang” secara loghat Penang.

Penjajah Inggeris itu terus mencatatkan nama pokok itu, “pokok Mahang” dan nama saintifiknya Macaranga. Dia kemudiannya terus bertanya.

“Ini negeri apa nama, Mat?”

“ Ini negeri Pa’ hang” Jawab Mat

“Oh…Ohh Pahang.”

Sunday, September 6, 2009

Menembak Gagak Sudah Jadi Aktiviti Sukan

Lama juga saya membuat pemerhatian terhadap gagak. Ini adalah disebabkan gagak sering ditembak dan sudah menjadi bentuk rekreasi, kononnya gagak membawa masalah di bandar-bandar dan bandar-bandar raya.

Di Malaysia terdapat dua spesies gagak ia itu Corvus macrorhynchos dan Corvus enca. Masyakat Melayu memanggil kedua-kedua spesies gagak ini Gagak benua. Biasanya gagak ini berpasangan, dahulunya, mudah ditemui di tepi hutan dan kampung

Masyarakat Melayu zaman mempunyai kepercayaan terhadap gagak. Bila gagak ini berbunyi, bunyinya seakan " gerak, gerak, gerak". Burung gagak ini seolah-olah memberi tahu akan berlaku sesuatu musibah di kampung tersebut, seperti kematian, kemalangan dll. Kononnya nama gagak itu juga berasal daripada perkataan" gerak-gerak"

Spesies gagak yang lain ialah Corvus splendens. Saya panggil gagak ini gagak pekan. Gagak ini telah diperkenalkan dari Sri Lanka dalam tahun 1903 untuk mengawal sejenis ulat yang banyak merosakkan buah kopi di sekitar Kelang. Bagaimana kawalan biologi ini tidak berjaya dan gagak ini tidak suka tinggal di ulu, tetapi lebih suka tinggal di bandar Kelang kerana terdapat banyak makanan dan bebas dari burung-burung pemangsa. Dan pada satu ketika dahulu bandar Kelang agak sinonim dengan burung gagak.

Saya perhatikan gagak pekan ini tidak berani mendekati hutan dan belukar. Ini ada disebabkan di hutan dan belukar terdapat pokok-pokok dan syrub yang mempunyai nektar bunga dan buah yang digemari oleh burung-burung pemangsa

Antara burung-burung pemangsa yang ganas ialah Helang jambul ( Spilornis cheela), Helang sewah ( Accipitter gularis) Falko Rajawali (Microhierax fringillarius) Terjup Rimau ( Lanius tigris) Terjup Tanah ( Lanius cristatus)dll. Burung-burung pemangsa ini gemar memakan telur dan anak-anak burung lain termasuk telur burung dan anak burung Gagak. Saya pernah melihat ratusan burung Perling mata merah (Aplonis panayensis ) mengejar sekelompok burung gagak yang berehat di atas pokok Jejawi ( Ficus macrocarpa) semata-mata hendak memakan buah ara tersebut

Sekarang berulah kita ketahui mengapa burung Gagak ini gemar tinggal di bandar-bandar dan taman-taman. Ini adalah disebabkan pokok yang ditanam di bandar-bandar dan taman-taman adalah pokok yang diimport dan tidak mempunyai buah dan nektar bunga yang boleh menarik burung burung termasuk burung pemangsa di atas. Dengan hal yang demikian bandar dan taman adalah habitat yang baik untuk burung Gagak. Selain ketiadaan burung pemangsa Burung Gagak tidak memakan buah atau nektar tetapi gemar memakan bangkai dan kekotoran yang banyak terdapat di bandar-bandar.

Semasa menyediakan rekabentuk seni taman UKM, saya telah menanam berbagai-bagai spesies pokok tempatan yang mempunyai buah yang digemari oleh burung-burung. Apa bila pokok ini sudah matang dan saya dapati ada kira-kira 75 spesies burung menjadikan kampus tempat kediaman mereka. Yang paling ajaibnya tidak seekorpun burung Gagak terdapat di kampus UKM. Tetapi diseberang Sg Langat, Bandar Baru Bangi terdapat beribu-beribu burung gagak.Burung-burung Gagak ini pula sudah mula berhijrah ke Putrajaya.

Di UKM pula pokok yang ditanam dahulu sudah mula ditebang dan digantikan dengan tanaman yang diimport. Mungkin juga burung-burung gagak sedang memerhatikan, kalau kalau ada peluang untuk berhijrah ke kampus ini, seperti juga dengan kampus UM dan Putrajaya.

Bagi aktiviti sukan menembak Gagak, ini lah peluang yang baik menambah aktiviti sukan ini, semakin banyak distinasi dan populasi burung Gagak

Tuesday, September 1, 2009

CERITA DULU-DULU: BELAJAR DI JERMAN

Saya yang masih muda, menghadiri Seminar.





Semasa menghadiri seminar dengan beberapa pegawai pertanian
dari beberapa negara.



Saya dapat peluang belajar di Jerman di bawah Yayasan Jerman. Saya benar-benar ingin menjadi specialist dalam bidang botany, apatah lagi pada ketika itu UM hendak menubuhkan sebuah Taman Botani, sekarang ini dipanggil Rimba Ilmu. Ini cerita hampir setengah abad yang lalu.
Sebelum memulakan pengajian, saya perlu belajar Bahasa Jerman. Selama empat bulan belajar bahasa Jerman di Goethe Institute Ebersberg, Deutchland. Selepas empat bulam saya lulus ujian bahasa membolehkan saya mengikuti syarahan.
Saya dihantar ke TH Darmstadt. Selepas beberapa hari, saya dapati terlalu rendah dan saya pula menjadi pengajar. Saya di hantar ke Justus Liebig Universitaet, Giessen, ia itu universiti pertanian yang tertua di Jerman dan berkerja sama dengan Haus der Landwirchaft, Darmstard
dalam bidang Nutrien tanaman dan Baja, Kawalan keselamatan tanaman, pestisid dan residue pestisid; Penubuhan dan pengurusan Taman Botani.
Dalam tempoh dua tahun setengah, saya mengikuti berbagai-bagai latihan praktikel. Di Haus der Landwirtchaft saya dapat mengunakan peralatan makmal lengkap. Satu yang sangat menarik saya, pengajar-pengajar kebanyakkan terdiri daripada pakar-pakar pesara. Saya teringat lagi Herr Knouber, pakar dalam analisis Plant Nutrients. Dia boleh menganggarkan dengan tepat kandungan Nitrogen dan nutrien lain dalam tanah sebelum membuat analisis di makmal.
Di musim panas saya juga perlu berada di ladang-ladang. Peladang atau petani Jerman kaya raya. Tidak saperti kita di Malaysia. Bila disebut petani, peladang, penoreh getah, tukang kebun terbayang wajah kemiskinan. Saya juga dapat melawat kilang baja, seperti Kilang BASF, Bayer dll, bersama-sama dengan pegawai pertanian Jerman dari Haus der Landwirtchaft. Pegawai-pegawai pertanian Jerman amat berkuasa dan sentiasa sahaja memereksa kimia pertanian di bawah Undah-Undang Baja. Jika didapati kandungan nutrien dalam baja tidak betul, semua consignment baja itu tidak diluluskan.
Akhirnya, selepas dua tahun setengah, kursus saya berakhir. Saya ditawarkan untuk menerus pengajian saya, tetapi kontrak saya dengan UM tidak membenarkan. Saya kembali ke tanah air dan terus memulakan projek Taman Botani UM. Setelah Taman Botani ( Rimba Ilmu ) terbentuk, saya tidak berjaya dalam perlantikan sebagai Kurator, tetapi telah diberi kepada orang lain. Saya begitu sedih dan tidak lama kemudian saya meninggalkan UM. ke UKM. Rimba Ilmu ialah projek saya.

Tuesday, August 25, 2009

DUNIA TUMBUHAN IMPOSTER BLOG


DUNIA TUMBUHAN is not my blog. Some one by the name of Ismail Saidin, probably impersonating me or having the same name. My blog is http://isaidin.blogspot.com./ I hope Googles will look upon this. Whatever information or write up published by this impersonater is not mine.

Saturday, August 15, 2009

Kacip Fatimah ( Labisia pumila )



Bagi kaum lelaki, pokok Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dikatakan sebagai penguat tenaga batin atau aphrodisiac. Bagi kaum wanita pula pokok Kacip Fatimah ( Labisia pumila) pula dikatakan sebagai kekuatan menerima tujuhan kaum lelaki.


Siti Fatimah anak perempuan Rasulallah dan Saidina Ali, suaminya memang terkenal dengan kedamaian rumah tangga. Penjual-penjual ubat akar kayu, mengambil kesempatan ini dengan mengaikan nama Ali dan Fatimah bagi menamakan pokok penguat tenaga batin


Herba Labisia pumila mempunyai nama lain, iaitu Mata pelanduk rimba, Rumput palis, Bunga tadah mata hari, Bunga belangkas hutan, Selusuh Fatimah. Nenek moyang kita zaman dahulu menggunakan akar dan daun herba ini untuk mengekalkan kewanitaan selepas bersalin. Bagi mencepat resa hendak bersalin akar herba ini yang direbus diminum. Selepas bersalin biasanya dalam pantang, daun herba ini dengan daun-daun herba lain dijadikan ramuan dalam mandi daun. Ini sangat mujarab bagi wanita. Sekarang ini disebut aromaterapi!!!


Herba ini juga dipanggil Bunga belangkas hutan. Belangkas biasanya berdua-duan. Isteri yang sentiasa mengamal kebersihan dan mandi daun serta mandian dengan beberapa jenis herba seperti Labisia pumila sentiasa sahaja berdua-duan seperti belangkas.


Memberi nama pokok seperti "Tongkat" Ali yang sentiasa menongkat dan Kacip Fatimah

yang boleh mengacip pinang, agak keterlaluan juga. Begitulah halnya cerita penjual-penjual akar kayu.


Rujukan: Malay Village Medicine.

by I.H. Burkill and Mohamed Haniff




Friday, August 14, 2009

Penyakit Mati Pucuk ( ED ) dan Tongkat Ali


Eurycoma apiculata

Eurycoma longifolia
Penyakit mati pucuk merupakan penyakit yang sangat digeruni oleh kaum lelaki. Penyakit ini ditakuti kerana seseorang itu akan hilang "kejantanannya". Kebanyakan pesakit terdiri daripada orang tua, pesakit kecing manis, dan kadang-kadang tidak tahu apa sebabnya. Banyak lah perkara yang negatif akan berlaku jika seseorang itu dapat penyakit ini.
Nenek moyang kita zaman dahulu tahu benar tentang penyakit ini. Hubungan mereka dengan alam tumbuh-tumbuhan dapat juga mengatasi masalah ini. Malah penyakit mati pucuk ini dapat di atasi sehingga ada yang boleh menyara empat isteri. Kadang-kadang umurnya menjakau hampir tiga suku dekad masih boleh beristeri lagi.
Tidak lama dahulu, Fakulti Sains Hayat, UKM secara berjenaka dalam Majalah Sains menyatakan pokok Tongkat Ali (Eurycoma longifolia ) sangat mujarab mengatasi masalah tenaga batin (sex) dalam percubaan yang dijalankan ke atas kaki tangan Fakulti itu. Jenaka itu telah diterbitkan oleh Utusan sebagai satu penemuan. Dan sejak itu, pokok Tongkat Ali mula ranab dari hutan.
Pokok Tongkat Ali, ( Eurycoma longifolia) atau dikenali juga dengan beberapa nama lain ia itu, Penawar pahit, Bedara putih, Lempedu pahit, Tongkat baginda, Muntah bumi, Petala bumi, bukanlah pokok yang boleh menguatkan tenaga batin atau aphrodisiac, tetapi hanyalah baik untuk mengubati demam.
Terdapat spesies yang lain, ia itu Eurycoma apiculata dan rupanya seakan akan sama tetapi hidup di hutan-hutan tanah tinggi. Spesies ini amat beracun. Masyarakat Melayu tidak dapat membezakan antara Eurycoma longifolia dan E. apiculata. Bagaimanakah kalau seseorang itu termakan spesies E. apiculata ini
Pokok Tongkat Ali yang sebenarnya ialah Smilax calophylla dan dikenali juga dengan nama
Dawai-dawai, Rancang besi, Itah tembaga. Spesies yang lain, Smilax myosotiflora juga dikenali sebagi Tongkat Ali, Akar tanding, Kerating. Itah besi, Ubi besi. Kedua dua spesies terkenal dikalangan masyarakat melayu sebagai herba yang boleh menguatkan tenaga batin atau aphrodisiac. Bagaimanapun, pokok ini sukar ditemui lagi.
Yang menarik sekali dalam hal pokok aphrodisiac ini, mengapakah ia dikaitkan denga Ali atau Saidinna Ali. Munkin Saidinna Ali begitu baik rukun rumah tangganya dengan isterinya Siti Fatimah.
Dalam pos saya yang akan datang akan ditulis tentang Kacip Fatimah yang berpadanan dengan Tongkat Ali!

Wednesday, June 17, 2009

Membaharui Lesen Senjata Api/Senapang

Pada 17 Jun,09, saya tergesa-gesa ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk membaharui lesen Senapang. Pukul 8.30 pagi sudah ramai yang datang membawa senapang masing-masing. Setahun sekali dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama yang memiliki senapang. Kebanyakan mereka sudah tua, menjangkau umur 60-80 tahun. Senapang mereka agak sudah sebaya dengan mereka. Kebanyakannya terdiri daripada senapang patah. Lain pula dengan pemilik senjata yang mempunyai senapang jenis termoden, semi-auto shotgun yang berkilat-kilat. Kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.
Bukannya mudah untuk mendapat lesen senjata api, seperti senapang kecuali mempunyai harta atau tanah yang luas. Kebanyakan yang mempunyai senapang adalah untuk menjaga musuh tanaman di dusun-dusun. Yang lainnya untuk keselamatan diri dan harta.
Sementara menunggu untuk senapang dipereksa, ada yang bercerita tentang dusun buah-buahannya tidak lagi selamat. Bukan sahaja monyet yang banyak tetapi juga buah-buah durian, cempedaknya dicuri orang. Yang lainnya pula bercerita tentang ikan peliharaannya dijala oleh orang di waktu malam. Ada pula yang bercerita kebun getahnya dicuri toreh oleh pendatang asing.
Bagi pemilik senjata api yang sudah berumur dan kurang sehat telah diberi ingat supaya menukarkan hak milik kepada anak-anak. Ramai pula menyatakan anak-anaknya bukan sahaja tidak berminat dengan senjata api tetapi tidak berminat dengan pertanian dan dusun, selain tidak tahu cara bagaimana hendak menukar hakmilik senjata tersebut. Ada juga yang telah membuat permohonan tetapi bertahun-tahun tidak lulus
Akhirnya, lesen senapang saya diperbaharui. Dan saya bersyukur, ada setahun lagi dapat memiliki senapang bagi menjaga keselamatan diri dan tanaman saya.

Tuesday, June 9, 2009

UNDANG-UNDANG BIJI BENIH LANGKAH PERTAMA DALAM MEMAJUKAN PERTANIAN

Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara pertanian. Sebilangan besar rakyat Malaysia masih lagi bergantung hidup kepada pertanian. Bagaimanapun, sektor ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.

Semasa era Dasar Ekonomi Baru (DEB)Kementerian Pertanian telah distruktur semula dengan berpuluh-puluh Jabatan ditubuhkan untuk memajukan pertanian, seperti MARDI, RISDA, Univerisiti Pertanian, FELDA, FELCRA, FAMA, Majuternak, Majuikan, Jabatan Kemajuan Pertanian Negeri dan lain-lain. Bagaimanapun akhirnya, Jabatan-jabatan ini terpaksa ditutup. Tinggallah Jabatan seperti MARDI, RISDA, FELCRA dll yang tidak begitu diketahui tentang fungsi dan peranannya. Jelas sekali peranan Jabatan-Jabatan ini bertindis-tindis antara satu dengan yang lain. Contohnya Jabatan Pertanian dan MARDI.

Sebenarnya kita bukanlah pakar dalam pertanian untuk makanan. Kita sebenarnya pakar dalam perladangan komoditi bukan makanan seperti Getah dan Kelapa sawit. Satu ketika dahulu, ada saranan supaya kita mempelbagai dan memperbanyakan komoditi makanan. Saranan ini hilang begitu sahaja

Baru-baru ini nampaknya ada visi pembangunan dalam penyelidikan pertanian, terutamanya dalam sektor perladangan. Dua penyelidik korprat, ia itu Asiatic Centre for Genome Technology Sdn Bhd dan Sime Darby Genomics Sdn Bhd terberjaya menghuraikan genome Kelapa sawit. Kejayaan teknologi ini, pengeluaran buah kelapa sawit dapat ditingkatkan berlipat ganda sehingga 35 tons sehektar, ekstraksi minyak pula sebanyak 25% dan minyak mentah pula sekurang-kurang 8 ton sehektar

Dalam tahun 2020, peladang Kelapa sawit akan dapat menikmati hasil penyelidikan ini daripada benih kelapa sawit yang dihasilkan daripada penghuraian DNA Genome kelapa sawit.
Dapatkah pekebun-pekebun kecil Kelapa sawit menikmati hasil benih terpilih ini? Saya teringat lagi dalam tahun 1970an benih-benih yang ditanam di rancangan Felda dan pekebun-pekebun kecil terdiri daripada benih liar, bukan benih terpilih seperti DxP atau Tenera. Jelas sekali itulah sebab-sebabnya pengeluaran buah ladang FELDA dan pekebun kecil amat rendah pada masa itu.

Begitulah juga tentang tanaman lain, seperti tanaman Getah. Benih yang tanam bagi pekebun-pekebun kecil bukanlah daripada klon terpilih dan siri RRI. Benih-benih terpilih daripada RRI terus di “export”.

Begitu juga bila sampainya musim buah-buahan. Buah Durian dijual ditepi jalan. Jelas ditulis Durian D 24. Banyaklah yang tertipu. D 24 tidak ada yang tulen lagi sejak benihnya ditemui di Perak dalam 1937. Ramailah yang tertipu

Apa sebenarnya berlaku ialah kita tidak mempunyai undang-undang biji benih. Berbanding dengan negara yang maju, industri biji benih merupakan langkah pertama dalam mamajukan pertanian. Mengapakah kita masih mengimport biji benih sayuran dan bunga-bungaan dari luar. Tanaman Landskap juga diimport dari luar negara?

Kita mengucapkan syabat kepada Asiatic Centre for Genome Technology Sdn Bhd dan Sime Darby Genomics Sdn Bhd yang telah berjaya menghuraikan DNA genome Kelapa sawit seterusnya menghasilkan benih kelapa sawit yang berteknologi tinggi. Apakah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pertanian, Mardi, Porim, Felda. Ketiadaan undang-undang biji benih macam-macam boleh berlaku terhadap benih kelapa yang berteknologi tinggi ini

Tuesday, June 2, 2009

Durian kampung dan Durian Cantum D24








Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian spesies Durian.
Buah yang unik ini dikatakan raja segala buah-buahan tropika. Buah ini juga menjadi kontroversi kerana baunya tidak disenangi oleh masyarakat barat.

Di kampung-kampung tradisi Melayu, pokok Durian amat dominan dan ditanam dalam konsep dusun, bercampur-campur dengan pokok-pokok buah-buahan lain, tidak mengikut jarak tanaman dan hidup bersimbiosis antara satu dengan yang lain sehingga terdapat kepelbagaian spesies buah-buahan. Bagaimanapun, buah Durian yang ditanam di kampung-kampung tradisi tidak dapat ditentukan kebaikannya. Kebanyakannya tidak begitu enak dimakan. Tuan punya dusun mengetahui ada pokok-pokok Durian dalam dusunnya yang mempunyai buah yang baik dan enak dimakan.

Usaha mencari buah Durian yang baik dan enak dimakan serta dapat memenuhi keperluan pasaran mula dilakukan oleh ahli-ahli sains pertanian Inggeris
Pengumpulan biji benih dan teknik cantuman diperkenalkan di Federal Experimental Station, Serdang di awal kurun yang ke dua puluhan

Beberapa klon Durian yang terpilih telah dapat dihasilkan. Antaranya klon D 2 ( Dato’ Nina ), Melaka 1934, D 10 ( Durian hijau ) Kajang 1934, D 24 Kuala Kangsar, 1937. Berbagai-bagai klon juga terdapat dan ditanam di Serdang bagi menentukan kualiti buah.

Masyarakat Melayu tidak begitu berminat menanam Durian cantuman ini dan lebih suka menanam pokok Getah, Koko dan Kelapa sawit. Bagaimanapun, sedikit sebanyak ada juga pokok Durian cantuman ini ditanam. Antara yang popular ialah D 24. Selain itu pekebun Cina pula menanam Klon pilihan sendiri seperti D 101 dan di Pulau Pinang terdapat berbagai-bagai klon terpilih yang dikawal oleh peladang-peladang Durian.

Bila sampai musim Durian, penggemar Durian biasanya akan membeli Durian ditepi jalan. Biasanya buah Durian ini dijual mengikut timbangan kilogram. Kerap kali pembeli tertipu. Durian kampung biasa dikatakan D 24, atau D 101. Ramai yang tidak kenal dengan Durian D 24 ini. Durian D 24 terlalu nadir dan tidak tulen lagi. Klon ini sudah berusia lebih 70 tahun.

Penggemar Durian biasanya akan berpaling kepada Durian yang di import dari Thailand. Rasanya tidak lah begitu enak kerana Durian ini ada hasil peraman.
Kita sungguh rasa kagum dengan industri Durian Thailand.

Bila saya balik kampung di musim Durian tidak lama dulu, alangkah enaknya buah Durian D 24 yang tulen, hasil benih yang di bawa dari Serdang. Tidak lama dulu saya pergi ke ladang FES ingin melihat klon-klon Durian tetapi sudah tidak ada lagi.

Monday, May 18, 2009

Penulis Tak Boleh Cari Makan Dengan Menulis










Di negara-negara maju, seseorang penulis boleh cari makan dengan hanya menulis. Ada penulis yang menjadi kaya raya dengan menulis buku. Di Malaysia penulis tak boleh cari makan dengan hanya menulis buku atau menulis secara kreatif. Oleh sebab itu, banyak lah diperkatakan tentang kita tidak mempunyai banyak buku dalam bahasa Melayu, jauh lagi mempunyai buku-buku dalam bahasa Melayu yang dianggap sebagai buku pengajian tinggi.

Dipersalahkan kononnya masyarakat Melayu tidak suka membaca. Ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi dipersalahkan kononnya tidak mahu menulis. Ada sebab sebenarnya, bukanlah masyarakat Malaysia tak suka membaca atau ahli-ahli akademik tidak mahu menulis.

Saya telah menulis tiga buah buku. 1 Bunga-Bungaan Malaysia. 2 Palma Pilihan Untuk Seni Taman dan 3 Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa. Saya amat seronok melihat hasil tulisan saya. Dan saya sudahpun menyiapkan buku" Dalam Dusun Malayu" dan sedang menulis" Elemen Tumbuhan Dalam Pantun".

Saya amat seronok melihat hasil tulisan saya, walau terpaksa membelanjakan dengan wang yang banyak. Royaltinya tak berbaloi pun dengan Komputer, printer, camera, dll. Tak pulang modalpun dengan royalti yang diberi oleh penerbit.

satu perkara yang saya amat terkilan. Mengapakah buku saya tidak terjual. Sebagai contoh: Buku " Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa " di terbitkan dalam tahun 2000, sebanyak 1000 naskhah, berharga RM50.00, tidak terjual sehingga sekarang, hampir sembilan tanun. Ramai yang telah mempunyai buku ini.

Mungkinlah nasib penulis-penulis sama dengan penyanyi-penyanyi, nyanyian mereka diciplak. Hasil penulis lagi mudah diciplak, cetak saja lebih daripada yang ditentukkan dan dijual secara gelap.






Tuesday, May 5, 2009

Cerita Buah Manggis

Bunga Manggis biasa
Manggis biasa

Bunga Manggis Masta


Masta



Masta

Manggis
Garcinia mangostana L.
Nama Lain: Manggustan, Masta Mangosteen

Semasa balik ke kampungku di Malim Nawar, Perak pada musim buah-buahan yang dulu, alangkah sedihnya melihat beratus-ratus buah Manggis keras kematu di bawah bawah pokok dan tidak siapa yang hendak mengambil dan memakannya. Begitulah juga buah Rambutan merah dan menjadi hitam di pokok

“ Dema dah tak hendaklah lagi makan buah-buah ini, Mai’l oi. Anak aku yang balik dari Universiti tu, langsung tak jeling Manggis dan Rambutan tu” Kata sepupu aku yang dah gayut umurnya. “ Dema makan epol, aggor aje”Katanya lagi.

Teringgat masa aku kecil-kecil dulu. Buah Manggis dan Rambutan tu aku jual untuk duit poket pergi sekolah. Aku ikat manggis, 10 biji 30 sen dan Rambutan 100 biji 2 ringgit. Kini buah-buahan tempatan tidak diminati oleh generasi muda sekarang

Manggis dikatakan berasal dari Malaysia dan diketahui dalam bentuk pokok yang ditanam sahaja. Bagaimanapun ada catatan menyatakan spesimen liar pernah ditemui.

Ada juga catatan menyatakan Manggis berasal dari kepulauan Nikobar. Penduduk Nikobar memanggil Manggis sebagai Manggusta. Manggusta ada persamaan dengan Masta ( yang disingkatkan) bagi panggilan Manggis bagi orang Kelatan

Pokok Manggis mempunyai keunikannya tersendiri kerana ketiadaan fungsi bunga jantan. Dalam anthesis bunganya, telah ditentukan segmen buah yang berbiji. Biji-bijinya adalah apomiktik (apomictic ). Dengan hal yang demikian semua bijinya menurun baka


Buah Manggis berbentuk globos, licin, 4 – 6 cm diameter, berwarna putih kehijauan dan bertukar merah keunguan dan hitam keunguan apabila cukup masak. Lobus stigmanya tinggal kekal sehingga buahnya masak dan bilangan lobus stigma ini menandakan bilangan segmen ulas yang terdapat di dalam buah. Biasanya terdapat 5 – 7 ulas segmen yang berwarna putih, tersusun rapi dan mudah dipisahkan dengan kulitnya. Ulas-ulas berjus ini rasanya manis dan enak hingga dikatakan buah tropika yang tersangat enak dimakan. Satu atau dua ulas segmen ini mengandungi biji yang hampir bulat dan leper, berwarna keperangan. Semua bahagian pokok ini, terutama buahnya yang muda mengeluarkan getah berwarna kekuningan apabila terluka.


Terdapat varieti atau forma Manggis yang mempunyai pokok yang lebeh besar dan daunnya lebih lebar serta buahnya bentuk gasing. Kulit buahnya agak tebal dan isinya lebih manis. Varieti atau forma Manggis ini panggil Masta dan sering ditemui di pantai timur Semenanjung.

Penanaman Manggis di dusun-dusun zaman dahulu amat unik dan ada asas sains di sebaliknya. Memakan Manggis berasa amat puas jika biji terus ditelan. Biji yang keluar bersama najis amat baik percambahannya. Oleh sebab masyarakat dusun dizamannya tidak mempunyai tandas yang tetap, terdapatlah anak-anak pokok ini tumbuh di sana sini. Haiwan juga memakan Manggis. Biji-biji yang ditelan keluar bersama-sama najis dan juga cambah di sana sini.

Kini buah manggis amat popular di luar negara, bukan sahaja rasanya enak tetapi kulitnya dijadikan minuman dan mengandungi khasiat perubatan. Mulakan menanam Manggis yang akan menjadi tanaman yang menguntungkan dimasa akan datang








Tuesday, April 21, 2009

Pokok Taman Pantun Di tebang


Kandis
Garcinia cowa Roxb.
Famili: Guttiferae

Buah Kandis dimakan budak,
Hendak ditebang tiada beliung;
Hendak menangis bukannya budak,
Hendak terbang bukannya burung.

Buah Kandis dimakan budak,
Hendak ditebang tiada gergaji;
Menangis tidak ketawapun tidak
Bila tangan sudah digari
Peristiwa Yang Menyayat Hati


Pantun dianggap sebagai genre asli, unik dan merupakan khazanah dalam kehidupan masyarakat Melayu. Memandangkan kedudukan pantun yang begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan Melayu serta penuh dengan nilai-nilai estetika bahasa telah menarik ramai sarjana tempatan dan barat mengkaji dan meminati pantun.

Kajian yang banyak dibuat terhadap pantun berlegar tentang takrifan pantun, jenis, asal usul dan peranannya dalam masyarakat Melayu. Kajian dari aspek sains pula, terutama tentang flora dan fauna yang menjadi elemen dalam pantun, tidak banyak dilakukan.

Semasa berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia saya telah menubuhkan sebuah Taman Pantun, di Universiti tersebut. Konsep Taman Pantun ini merupakan pemuliharaan spesies tumbuh-tumbuhan yang sering disebut dalam pantun tradisional dan puisi. Tujuan Taman Pantun ini merupakan cara penyibaran hasil sastera yang ada kaitannya dengan sains, terutamanya tentang etnobotani Melayu.

Dalam sebuah Taman Pantun, sambil berjalan-jalan atau beriadhah, khalayak dan pelajar-pelajar boleh membaca pantun pada plak yang diletakkan pada tumbuhan yang dikenalpasti berkaitan dengan pantun. Dengan sendirinya khalayak dan pelajar-pelajar akan dapat memahami tentang kekayaan warisan sastera yang ada kaitannya dengan sains, seterusnya dapat memahami pemikiran, seni dan kebudayaan Melayu, sebagai lambang kebijaksanaan berfikir dan identiti kelompok-kelompok Melayu yang lahir sejak ratusan tahun yang lampau.

Terdapat kira-kira 250 spesies tumbuhan yang disebut dalam pantun, jampi serapah yang berupa pantun dan pribahasa. Kebanyak spesies pokok yang disebut dalam pantun ini tidak dapat dikenalpasti oleh generasi sekarang. Spesies yang disebut dalam pantun ini mungkin tidak dapat dikenalpasti oleh pemantun juga sarjana-sarjanan pantun. Pemantun mungkin tahu nama tumbuhan yang disebut dalam pantun sahaja tetapi tidak pernah melihat tumbuhan tersebut.

Kawasan seluas 16 ekar telah dibangunkan dan sebilingan besar spesies tumbuhan yang disebut dalam pantun tradisi ditanam. Penanamanya juga mengikut konsep semula jadi sehingga spesies tumbuhan hidup bersimbiosis antara satu dengan yang lain. Taman ini telah dilancarkan pada 17 September, 1990.

Alangkah sedih dan keciwanya saya apabila saya bersara pada 1997, Taman Pantun sudah tidak ada lagi. Sebilangan besar koleksi spesies yang ditanam sudah ditebang.

Lebih memilukan saya, amat sukar bagi saya mendokumentasikan spesies tumbuhan tersebut dalam penulisan saya iaitu buku Dalam Taman Pantun. Saya terpaksa mencari tumbuhan itu semula untuk dibukukan. Kini buku tersebut telahpun siap ditulis, malang sekali penerbit seperti DBP tidak berminat menerbitkannya.

Betullah kata pepatah Melayu:

Sekali air bah, sekali pantai berubah


Sunday, February 22, 2009

Bunga Kebangsaan Boleh Dijadikan Hiasan Laman yang Menarik












Hiasan seni taman atau laman di bandar-bandar raya banyak menggunakan annual yang diperkenalkan dari luar negara seperti Mari Gold ( Tagetes patula, T. erecta. ) Bayam bunga
(Celocia argentea)dll.Sayangnya bunga kebangsaan kita, iaitu Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) tidak banyak ditanam sebagai hiasan seni taman atau laman, sehinggalah di tegur oleh YAB Perdana Menteri.Dengan sekelip mata sahaja pokok Bunga raya mula ditanam. Bagaimanapun, hiasan Bunga raya, Bunga Kebangsaan kita ini tidak lah begitu ketara, saolah-olah melepas batuk ditangga sahaja.


Bunga raya amat menarik jika dikawal pertumbuhannya. Ia boleh ditanam sebagai hiasan batasan, standard, pagar hias, tanaman pasu dsbnya. Dengan berbagai warna yang menarik, Bunga raya boleh menjadi kebanggaan kita.

Monday, February 16, 2009

MALAYSIAN PALM GARDENS

Wednesday, February 11, 2009

MALAYSIAN PALM GARDENS
A PROPOSAL FOR A PALM GARDEN IN MALAYSIA( For many years I was interested in Palms. It all started when I was studying in Germany and visited the Palmen Garten and to my surprise they were so many palms from Malaysia planted in the gardens. I wrote a book “Palma Pilihan Untuk Seni Taman” And I started collecting palms to establish a palm garden on the campus of the Universiti Kebangsaan Malaysia. Unfortunately most of palms cut down when I retired from the University.)Introduction Palm manifests itself in more than two thousand species and of all the land plants it is the most distinguished. It suffers no attrition through ramification. In all the warmer parts of the earth this form stamps itself in grand simplicity on the landscape. The present distribution of palms resembles an immense chessboard on which we see the last moves of a great game of life. The kings and queens are Malaysian and Amazonian. The palms are as old, if not older, than any other form of flowering plants and in all dating back 120 million years ago. They have endured while the rest have pressed forward into modern trees, climbers, herbs and grasses,ramified, extended, twisted and simplified.Malaysia is a Palm CountryMalaysia is a land of palms, from the graceful coconuts of the strand and the serried squat ranks the oil palm plantations to the giant fishtail palms of the hills and mountains. The rain forest undergrowth is crowded with many species of palms and others emerge from the forest canopy. There are palms to the tops of mountain, while others are in mangrove forests. Malaysia is one of the most richly endowed palm lands of the world.In Peninsula Malaysia there are about 194 indigenous species of palms in 31 genera of which 82 species and 1 genus are endemic. In Sabah there are about 131 species in 25 genera of which 12 species and 2 varieties are endemic. While Sarawak has more than 218 species under 25 genera and the endemism is relatively high, at least 56 species are endemic.Non-indigenous PalmsThere are many species of palms introduced to Malaysia. Apart from those species cultivated as ornamentals, six species are grown and enter into commerce.The oil palm and the coconut are grown on a plantation scale and have contributed to the Malaysian economy. The sago palm is locally important, while betel nut, salak and sugar palm are of minor important and are planted on a village scale.Most of the ornamental palms planted in major cities and gardens are introduced from other tropical countries.Conservation of Malaysian PalmsThough Malaysia is one of most richly endowed palms in the world, the indigenous species are neglected and many are considered as endangered species. Our National Parks, such as the Taman Negara and the Endau Rompin State Forest Park have an important role to play in providing a refuge for our palms. In Taman Negara there are about a third of Peninsula’s palm flora being conserved. There are about 70 species in 22 genera and of these 14 species are endemic to Peninsula. The only endemic specie to the National Park and the much sought after is the Livistona tahanesisIn the Endau-Rompin Forest Park, there are about 71 species in 21 genera. Of these 24 species are endemic to Peninsula Malaysia. The much sought after is the Licuala endauensis endemic to the Endau area in Johore where it forms fan palm forest.Though the National Parks and Wildlife Reserves have legal protection but they are not always well patrolled and suffer various forms of damage such as logging, conversion to other purposes and threat from commercial palm hunters. For example, Johannesteijsmannia magnifica. J. perakensis, J. lanceolata, J. altifrons, Livistona tahanesis, Livistonia endauensis, Maxburretua rupicola, are being sought after by international commercial palm hunters.On the positive side, however, the palm hunters play an important role in conservation of Malaysian flora. In most well known tropical Botanical gardens, Malaysian flora including palms are well conserved there. The irony is that Malaysian commercial nurseries could easily import these plant species from international growers for our parks and gardens development.Malaysian Ecosystem Support the Assemblage of world PalmsThe climate of the Peninsula Malaysia is equatorial with the average annual rainfall ranging from 2,500mm in drier locations to 4000mm on the east coast which experiences monsoon rain. Relative humidity ranges from 55 – 70 percent during the day and is usually above 95 percent at night. The mean annual temperature is 26.7 degree C, the different between monthly maximums and minimums is 3.3 degree C. The soil is heavily weathered and predominantly lateritic. Sedimentary soil make up most of the coastal plains, though there are also some limestone outcropsPeninsula Malaysia falls within the Malesian floristic region and shows closes affinity with the floras of Borneo and Sumatra. The natural vegetation is tropical rain forest. The dominant forest type is the dipterocarp. The great majority of the palm species are growing in this dipterocarp forest.The Malaysian climate and its ecosystem are the factors that make Malaysia rich in palms. These factors also support diverse assemblage of palms introduced from all over the world. For example the oil palm dominates the Malaysian landscape and now considered as the largest oil palm plantation in world. About 99% of the ornamental palms planted in our major cities, gardens and theme parks are dominated by introduced species from South America, Africa and other tropical countries.Palm World ConceptMalaysia has a vast potential to become the center and assemblage of palms from all over the world. We propose to call this palm center, Palmarum Malaysiana.or Taman Palma Malaysia. Under the concept, the palms will be planted in accordance to systematic botany as classified by Dransfield and Uhl (1987).Justification to Establish Malaysian Palm Gardens ( Palmarum Malasiana )Conservation PolicyThe proposed Malaysian Palm Garden has an important role to play in providing a refuge for the genetic diversity of Malaysian palms. Out of 194 species of palms in Peninsular Malaysia, 23 species are considered as endangered, 60 vulnerable that are likely to become endangered, 86 vulnerable, 16 rare and only 10 are not threatened.The conservation status of palms in Sabah is hardly known. Of the131 species, 113 as classified as unknown. Only 10 species are classified asnot threatened. While the Sarawak conservation status of palms, as up to 1989, out of 218 species, 30 are endangered, 65 vulnerable, 26 rare, 4 indeterminate, 75 unknown and only 18 are not threatened.Ethno botany of PalmsThe tropical equatorial rain forest is the center of human civilizations based on palms. The flourish wealth of species with commercial value as well as those used in every respect of village life - for food, building materials, for weaving, medicine and cultural ceremonies. We just could not imagine the difficulties of various ethnic groups in the beginning of civilization, even to the modern days, without the presence of palms in forest. It is very urgent to record the ethno botanical information on palms from the various ethnic groups in Malaysia.The roles and functions of the Taman Palma Malaysia, not only to record the ethno botanical information but also to establish Malaysian antiquity of living palms museum.ResearchThe palm flora of Malaysia is still not completely known to science and new species can still be found. The endemic, endangered, vulnerable and rare species can be conserved in the proposed Taman Palma Malaysia.The family of palms is an important one. Its members include major tropical crops plants and many species of commercial value in horticulture while some find enormous diversified uses in economy, such as the oil palm, coconut and sago. The Malaysian palms have vast potentials to be exploited as ornamentals palms.Palms are major interest scientifically because they serve as useful models in many disciplines - ecology, demography, anatomy, morphology, biomechanics - and they are likely to become increasingly valuable as study objects in the fields of plant morphogenesis and physiology. Palms also provide good examples for the study of evolutionary processes in plant kingdom. As an exemplary group, palms need to be known as precisely as possible at the taxonomic level because systemic biology is the foundation for all other biological disciplines.Tourism DestinationPalmarum Malaysiana will become a major tourist destination. The assemblage of palms from all over the world will attract not only local tourists but also tourists from all over world. As a palm world center, it is not limited to recreational, but also as a “laboratory” for international educational program.Proposed Site for Palmarum MalaysianaI made several proposal sites for palm gardens, including the east corner of Precinct 19, Pustrajaya ( neighbouring the Kg Limau Manis ). The site occupies an approximate area of 41.2 ha. based on the latest site boundary.The overall topography of the area consists of two hillocks with an elevation of more than 40 - 100 m above sea level. The hillocks occupy the central portion of the site and there are slopes on all boundaries with an elevation 40 – 100 m above sea level. The undulating surface of the site, valleys and hillocks, together with the type soils are factors that make the establishment of palm garden possible.The latest proposal site I made was the Mont Kiara. This is most suitable site for World Palm Collections, but the Malaysia Nature Society prefers to grow trees or arboretum just like the Rimba Alam in Putrajaya.
Posted by Ismail Saidin at 11:47 PM 0 comments