er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Monday, May 18, 2009

Penulis Tak Boleh Cari Makan Dengan Menulis










Di negara-negara maju, seseorang penulis boleh cari makan dengan hanya menulis. Ada penulis yang menjadi kaya raya dengan menulis buku. Di Malaysia penulis tak boleh cari makan dengan hanya menulis buku atau menulis secara kreatif. Oleh sebab itu, banyak lah diperkatakan tentang kita tidak mempunyai banyak buku dalam bahasa Melayu, jauh lagi mempunyai buku-buku dalam bahasa Melayu yang dianggap sebagai buku pengajian tinggi.

Dipersalahkan kononnya masyarakat Melayu tidak suka membaca. Ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi dipersalahkan kononnya tidak mahu menulis. Ada sebab sebenarnya, bukanlah masyarakat Malaysia tak suka membaca atau ahli-ahli akademik tidak mahu menulis.

Saya telah menulis tiga buah buku. 1 Bunga-Bungaan Malaysia. 2 Palma Pilihan Untuk Seni Taman dan 3 Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa. Saya amat seronok melihat hasil tulisan saya. Dan saya sudahpun menyiapkan buku" Dalam Dusun Malayu" dan sedang menulis" Elemen Tumbuhan Dalam Pantun".

Saya amat seronok melihat hasil tulisan saya, walau terpaksa membelanjakan dengan wang yang banyak. Royaltinya tak berbaloi pun dengan Komputer, printer, camera, dll. Tak pulang modalpun dengan royalti yang diberi oleh penerbit.

satu perkara yang saya amat terkilan. Mengapakah buku saya tidak terjual. Sebagai contoh: Buku " Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa " di terbitkan dalam tahun 2000, sebanyak 1000 naskhah, berharga RM50.00, tidak terjual sehingga sekarang, hampir sembilan tanun. Ramai yang telah mempunyai buku ini.

Mungkinlah nasib penulis-penulis sama dengan penyanyi-penyanyi, nyanyian mereka diciplak. Hasil penulis lagi mudah diciplak, cetak saja lebih daripada yang ditentukkan dan dijual secara gelap.






2 comments:

  1. Begitu sukarkah menghasilkan buku, sama ada buku fiksyen, buku ilmiah atau buku bukan fiksyen? Buku individu yang hendak menjadi penulis tetapi ramai yang tidak berjaya, apatah lagi sebagai penulis yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna di dalam dunia penulisan. Malah bukan menjadi rahsia lagi, ada yang masih lagi bermain dengan angan-angan. Mengapa anda hendak menadi penulis buku? Menulis buku dapat dilakukan sepenuh masa sebagai profesional dan dapat juga sebagai kerjaya sampingan.

    ReplyDelete
  2. salam, me pemilik buku tuan 'bunga-bungaan malaysia'.. amat informatif..

    ReplyDelete