er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Tuesday, September 1, 2009

CERITA DULU-DULU: BELAJAR DI JERMAN

Saya yang masih muda, menghadiri Seminar.





Semasa menghadiri seminar dengan beberapa pegawai pertanian
dari beberapa negara.



Saya dapat peluang belajar di Jerman di bawah Yayasan Jerman. Saya benar-benar ingin menjadi specialist dalam bidang botany, apatah lagi pada ketika itu UM hendak menubuhkan sebuah Taman Botani, sekarang ini dipanggil Rimba Ilmu. Ini cerita hampir setengah abad yang lalu.
Sebelum memulakan pengajian, saya perlu belajar Bahasa Jerman. Selama empat bulan belajar bahasa Jerman di Goethe Institute Ebersberg, Deutchland. Selepas empat bulam saya lulus ujian bahasa membolehkan saya mengikuti syarahan.
Saya dihantar ke TH Darmstadt. Selepas beberapa hari, saya dapati terlalu rendah dan saya pula menjadi pengajar. Saya di hantar ke Justus Liebig Universitaet, Giessen, ia itu universiti pertanian yang tertua di Jerman dan berkerja sama dengan Haus der Landwirchaft, Darmstard
dalam bidang Nutrien tanaman dan Baja, Kawalan keselamatan tanaman, pestisid dan residue pestisid; Penubuhan dan pengurusan Taman Botani.
Dalam tempoh dua tahun setengah, saya mengikuti berbagai-bagai latihan praktikel. Di Haus der Landwirtchaft saya dapat mengunakan peralatan makmal lengkap. Satu yang sangat menarik saya, pengajar-pengajar kebanyakkan terdiri daripada pakar-pakar pesara. Saya teringat lagi Herr Knouber, pakar dalam analisis Plant Nutrients. Dia boleh menganggarkan dengan tepat kandungan Nitrogen dan nutrien lain dalam tanah sebelum membuat analisis di makmal.
Di musim panas saya juga perlu berada di ladang-ladang. Peladang atau petani Jerman kaya raya. Tidak saperti kita di Malaysia. Bila disebut petani, peladang, penoreh getah, tukang kebun terbayang wajah kemiskinan. Saya juga dapat melawat kilang baja, seperti Kilang BASF, Bayer dll, bersama-sama dengan pegawai pertanian Jerman dari Haus der Landwirtchaft. Pegawai-pegawai pertanian Jerman amat berkuasa dan sentiasa sahaja memereksa kimia pertanian di bawah Undah-Undang Baja. Jika didapati kandungan nutrien dalam baja tidak betul, semua consignment baja itu tidak diluluskan.
Akhirnya, selepas dua tahun setengah, kursus saya berakhir. Saya ditawarkan untuk menerus pengajian saya, tetapi kontrak saya dengan UM tidak membenarkan. Saya kembali ke tanah air dan terus memulakan projek Taman Botani UM. Setelah Taman Botani ( Rimba Ilmu ) terbentuk, saya tidak berjaya dalam perlantikan sebagai Kurator, tetapi telah diberi kepada orang lain. Saya begitu sedih dan tidak lama kemudian saya meninggalkan UM. ke UKM. Rimba Ilmu ialah projek saya.

2 comments:

  1. Salam.

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Saya teringin untuk melihat kewujudan suatu taman botani seperti Rimba ilmu UM terdapat di UKM. Walaupun UKM mempunyai herbarium ke-2 terbesar di Malaysia dari segi bilangan spesimen selepas FRIM, pemuliharaan tumbuhan secara ex situ juga penting dan menjadi rujukan penting kepada pelajar. Buat masa sekarang, hanya terdapat Taman Paku Pakis yang telah dinaik taraf setelah terbiar beberapa ketika, terletak di hadapan bangunan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi. Hutan simpan Bangi di dalam kawasan UKM pula semakin kecil keluasannya kerana pembangunan di sekitarnya. Sangat menyedihkan.

    ReplyDelete
  2. Sdr Rahman N.A

    Saya telah berusaha memanjukan Kampus UKM sebagai Kampus dalam taman botani. Malang apabila saya bersara banyak pokok yang saya tanam terus ditebang, termasuk taman pantun.
    Hutan simpanan Bangi pun habis ditebang. Kita tak boleh buat apa-apa.

    ReplyDelete