er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Wednesday, June 17, 2009

Membaharui Lesen Senjata Api/Senapang

Pada 17 Jun,09, saya tergesa-gesa ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk membaharui lesen Senapang. Pukul 8.30 pagi sudah ramai yang datang membawa senapang masing-masing. Setahun sekali dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama yang memiliki senapang. Kebanyakan mereka sudah tua, menjangkau umur 60-80 tahun. Senapang mereka agak sudah sebaya dengan mereka. Kebanyakannya terdiri daripada senapang patah. Lain pula dengan pemilik senjata yang mempunyai senapang jenis termoden, semi-auto shotgun yang berkilat-kilat. Kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.
Bukannya mudah untuk mendapat lesen senjata api, seperti senapang kecuali mempunyai harta atau tanah yang luas. Kebanyakan yang mempunyai senapang adalah untuk menjaga musuh tanaman di dusun-dusun. Yang lainnya untuk keselamatan diri dan harta.
Sementara menunggu untuk senapang dipereksa, ada yang bercerita tentang dusun buah-buahannya tidak lagi selamat. Bukan sahaja monyet yang banyak tetapi juga buah-buah durian, cempedaknya dicuri orang. Yang lainnya pula bercerita tentang ikan peliharaannya dijala oleh orang di waktu malam. Ada pula yang bercerita kebun getahnya dicuri toreh oleh pendatang asing.
Bagi pemilik senjata api yang sudah berumur dan kurang sehat telah diberi ingat supaya menukarkan hak milik kepada anak-anak. Ramai pula menyatakan anak-anaknya bukan sahaja tidak berminat dengan senjata api tetapi tidak berminat dengan pertanian dan dusun, selain tidak tahu cara bagaimana hendak menukar hakmilik senjata tersebut. Ada juga yang telah membuat permohonan tetapi bertahun-tahun tidak lulus
Akhirnya, lesen senapang saya diperbaharui. Dan saya bersyukur, ada setahun lagi dapat memiliki senapang bagi menjaga keselamatan diri dan tanaman saya.

15 comments:

  1. salam encek ismail, info yg menarik berkenaan senapang..

    ReplyDelete
  2. salam encek ismail.. sebenarnya me sedang mencari nama buah ini .. kata orang hanya terdapat di negeri sembilan.. buah bertangkai sekali tengok macam putik petai, rasa macam rambai, biji boleh dimakan sedap macam kacang pistachios...

    http://www.flickr.com/photos/-en-me-/3765359582/

    ReplyDelete
  3. salam encik. saya berminat berminat dengan senjata api. saya sering mempelajari asas2 pengendalian senjata. hampir kesemuanya, modern atau yang lama. malah saya merupakan seorang pegawai tentera simpanan yang bertauliah. senjata m16, m203 grenade launcher,mesingan ringan, mesingan kegunaan am(MGKA 7.62mm), 60mm mortar dan CARL GUSTAV(anti kereta kebal) telah saya pelajari dan kendalikannya. saya tidaklah memiliki sebidang tanah untuk dijaga keselamatannya. impian saya memiliki sepucuk pistol dan menggunakannya untuk kegiatan sukan atau lebih tepat menyertai kelab senjata api di malaysia dan meluangkan masa bersama senjata api di lapang sasar. bagaimana saya ingin memohon lesen senjata api yang baru? dan berapa kosnya untuk memiliki spucuk pistol.harap encik dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. salam encik saya yang menyatakan minat saya terhadap senjata api. diulangi saya merupakan pegawai tentera simpanan yang bertauliah dan hasrat saya untuk memiliki sepucuk pistol untuk kegunaan sukan di lapang sasar. harap encik dapat membantu dengan memberi jawapan persoalan saya memlalui email saya cilako@yahoo.com. terima kasih encik

    ReplyDelete
  5. salam encik, sebenarnya saya ada soalan hendak tanya, kalau encik tak keberatan nak jawab. sebenarnya, ayah saya pemilik senjata jenis pemburu (saya tak berapa pasti tentang namanya) tapi saya sebagai anaknya, hendak tahu, kalau saya nak tukar nama pemilik ayah saya kepada saya, bagaimana saya hendak melakukannya?

    sudah menjadi impian saya untuk mewarisi senjata ini kerana ia milik arwah datuk saya. Jadi, saya sangat beterima kasih kalau encik boleh menunjukkan saya, syarat-syarat atau jabatan yang boleh saya lakukan kerja urusan rasmi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. saya ada tanah di kampung ingin nak mohon lesen pistol walther p99 agak2 boleh lepas ke

    ReplyDelete
  7. Sdr, agak sukar untuk mendapat lesen senjata api berdasarkan tanah sahaja. Ada ciri lain yang diperlukan oleh pihak polis.

    ReplyDelete
  8. salammm.. ramai golongan muda skrng berminat dgn sukan menimbak tapi minat itu terbatas. termasuklah saya sendiri. syarat yg d kenakan terlalu sukar untuk d turuti. terutamanya jumlah keluasan tanah,15 hektar (betulkan saya jika salah)dan nilai harta yg tinggi. Dizaman ini memang sukar utk mendapatkan tanah sejumlah itu.
    saya ingin bertanya kepada tuan adakah senapang angin memerlukan lesen.D nagara jiran senapang angin d jual seperti alat permainan.

    ReplyDelete
  9. askum...saya amat berminat ngan topik nie, cuma saya ingin bertanye bagaimanakah cara utk kita mendapat kan lesen senapang ( saya tak pasti jenis ape tapi tujuan utk memburu )kerana abg saya yg ingin mengambil nya..harap en.ismail dapat membantu nya..bleh la emailkan dkt Honey_maz83@hotmail.com

    ReplyDelete
  10. salam boleh sy tanya sedikit..utk memiliki senapang patah /senjata api jenis ini individu yg brumur 20-an boleh atau pn tidak utk memilikinya? kebanyakkan pemilik senjata api hanya boleh utk individu yg brumur atas 40 tahun,mcm mana dgn masalah tu?

    ReplyDelete
  11. Salam sdr,Bagi mendapat lesen senjata api, seperti senapang terpulang kepada pertimbangan Polis. Apakah tujuan sebenarnya memerlukan senapang?. Biasa boleh dipertimbang ialah untuk menjaga musuh tanaman. Biasa pemohon perlu mempunyai ladang atau dusun seluas kira 15 ekar dan quota dikawasan kosong. Pihak Polis akan mendapat maklumat peribadi anda. Anda tertakluk juga kepada pemereksaan ladang, dusun dan lain kepentingan oleh polis dan akta senjata api yang cukup ketat.

    ReplyDelete
  12. salam sya ada seorang kawan..dia bgitu berminat dengan senapang angin..saya ingin tahu adakah permit untuk memiliki senjata seperti ini ada dan bleh dimiliki? sekiranya seseorang itu adalah atlit sukan menembak dan memiliki senapang tersebut adakan ia memerlukan permit?

    ReplyDelete
  13. Semua senjata api termasuk senapang angin memerlukan permit. Senapang atau pistol yang digunakan dalam sukan juga memerlukan permit.

    ReplyDelete
  14. selamat sejatera encik, saya ada kebun rumah saya ada kat kebun juga, saya nak ambil lesen senapang patah, borang/tempat memohonan lesen adakah di mana? balai polis ada tah borang lesen senapang? terima kasih panyak-panyak encik.

    ReplyDelete
  15. Salam encik,boleh ke memohon lesen senapang angin atas dasar berburu binatang di hutan ?

    ReplyDelete