er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, May 29, 2011

Penulis Mogok dan Tak Boleh Cari Makan

 

Tidak berapa lama dahulu,  seorang Sasterawan Negara pernah melancarkan mogok seni dan sastera. Dia mogok dan berhenti menulis atau berkarya dalam seni dan sastera. Ramai yang tidak faham mengapa dia seorang Sasterawan Negara melancarkan mogok.  Rupanya ada kesahnya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kononnya royalti penulisannya tak berbayar. Tidak diketahui apa kesahnya selepas itu. Nampaknya lepas itu Sasterawan kita mencari penerbit lain.

Saya amat kagum dengan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana membangunkan Bahasa Melayu dengan moto “Bahasa Jiwa Bangsa”. Saya sempat menulis dua buku dan menyumbang dalam berbagai-bagai sudut karya.

Itu dulu dan sekarang sudah berbeza. Saya terus menulis dan menyumbang untuk penerbitan buku sains yang belum begitu banyak ditulis dalam bahasa Melayu.

Malang sekali, 2 manuskrip telah dihantar hampir 4 tahun yang lalu, sudah dinilai, diedit masih belum dapat diterbitkan. Konon ceritanya pengswataan yang diberi kepada sebuah syarikat sudah main kayu tiga.

Saya kemukakan masalah ini kepada seorang pegawai kanan dan alangkan kecewanya saya bila dia meminta saya mencari penerbitan lain, jika tidak suka dengan DBP.

Apakah saya perlu mogok  berkarya. Begitulah ceritanya. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lagi berbahasa

 

 

Sunday, May 22, 2011

Jemputan Mengikuti Kursus Arborist

 

Seorang kenalan saya mengajak saya mengikuti kursus Arborist. Katanya kursus ini penting sebagai kelayakan untuk mendapatkan kontrak penanaman pokok atau penyelenggaraan Landskap seni taman di Putrajaya dan lain-lain projek Landskap seni taman.

Hairan juga saya apakah perlunya kursus Arborist ini sebagai kelayakan untuk mendapatkan kontrak menanam pokok atau penyelenggaraan seni taman.

Arbor   bermaksud pokok atau pepohon atau tree. Arborist ialah ahli kajian pepohon atau pokok.

Saya minta kenalan saya itu memberi definasi tetang pepohon atau tree. Dia langsung tidak dapat memberi definasi tree walaupun dia sudah lulus kursus tersebut.

Saya rasa kajian tentang arbore amat sukar dibuat tentang pepohon ( trees) di Malaysia kerana terlalu banyak dan kepelbagaian spesies pula. Lain lah di sekitar negara berhawa dingin dan sederahana bilangan pepohonnya boleh dikira dengan  jari. Pepohon ini dijaga dengan rapi oleh arborist.

Di Malaysia yang penting ialah mempelajari tentang plant taxonomy untuk  menjadi seorang botanist. Selain mengetahui nama tumbuh-tumbuhan dan habitatnya, botanists sepatutnya diberi peranan dalam pembangunan hijau. Sehingga kini pembangunan hijau negara ditentukan oleh orang yang bukan dalam bidang penghijauan.

 

Ismail Saidin

 

 

 

Saturday, May 14, 2011


MORE KAMPUNG BARUS IN THE MAKING


Tun Dr Mahathir Mohamad wrote in his blogs recently that one of his failures during his 22 years as Prime Minister was his administration's inability to rehabilitate and develop the Kampung Baru, in the federal territory, Kuala Lumpur.
No one would blame Tun Dr. Mahathir for his failure to rehabilitate and develop Kampung Baru. We know the reasons why Tun Dr Mahathir was reluctant to rehabilitate and to develop Kampung Baru. To rehabilitate and develop Kampung Baru is just like " Menang sorak kampung tergadai"
If Kuala Lumpur has one Kampung Baru, and the problems related to its development, Putrajaya has several "Kampung Barus" in the making. Though the Malay Villages – the would be "kampung Baru - are not in the Federal Territory, but several of them bordering Putrajaya, such as Kampung Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Kampung Limau Manis and Dengkil. These Malay villages are as old as Kampung Baru, in Kuala Lumpur.
Putrajaya, the Federal Government Administrative Centre took about ten years to develop. In its over-riding goal is to create a well planned city, besides self sustaining and balanced ecosystem of a garden City.
We are very proud of the Putrajaya development. But we are sad to think about the Malay Villages bordering Putrajaya which ultimately facing the same predicament as that of Kampung Baru.



Wednesday, May 11, 2011

Taman Gimnosperma Putrajaya
























Cycas dikenali sebagai
living fossil





Sebuah taman yang dipanggil Taman Saujana Hijau, di Putrajaya merupakan sebuah taman yang berkonsepkan tumbuhan gimnosperma, iaitu tumbuhan yang terdapat hidup di zaman Jurrasic, kira-kira 150,000,ooo tahun yang lalu. Di Tenggara Asia, termasuk Malaysia masih terdapat tumbuhan-tumbuhan ini, walaupun sebahagian besar telahpun pupus.


Gimnosperma ( Gymnosperma ) merupakan pokok yang mempunyai ovulnya terdedah ( tidak ditutupi oleh ovari). Tidak seperti tumbuhan sekarang ini, ia itu Angiosperma (Angiosperma) ovulnya dilindungi oleh ovari


Terdapat 3 hingga 4 kelas Gimnosperma, iaitu Cycads, Ginkgo, Conifers dan Gnetum. Ginkgo tidak terdapat di Malaysia. Gnetum ( Melinjau) terdapat di Malaysia. Uniknya spesies Melinjau sudah menyerupai pokok Angiosperma.


Keunikan Taman Saujana Hijau ini tidak disedari oleh banyak pihak. Sebenarnya inilah sebuah taman yang patut dibanggakan, bukan sahaja dari segi keindahannya tetapi juga taman pemuliharan kepelbagaian flora termasuk Gymnosperm Tenggara Asia




Taman ini patut diwarwarkan, diberi publicity yang lebih selain lapangan pembelajaran.

Selain itu, tukarlah nama taman ini kepada Taman Gimnosperma atau Gymnoperm Park





Ismail Saidin



Botanist & Malay World




































Saturday, May 7, 2011

Lama Tak Menulis

Lama saya tak menulis kerana komputer rosak. Repair pun tak jadi. So beli baru. Lagi pun sebok dengan menyiapkan buku Revised Addition, Bunga-Bangaan Malaysia Edisi ke 3. Juga buku dalam Dalam Dusun Melayu ( In the Malay Village Orchards).

Sebenarnya rasa nak merajuk dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dah lebih tiga tahun manuskrip di serahkan. Buku tak juga terbit.

Begitulah Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak lagi berbahasa. Lepas ini saya akan menulis dengan lebih banyak mengenai Flora Malaysia