er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, December 11, 2011

Siapakah yang memilih dan menentukan spesies pokok yang ditanam di taman-taman

 

Jika kita perhatikan pokok-pokok yang ditanam di taman-taman, kebanyakan spesiesnya hampir sama sahaja, walaupun taman tersebut mempunyai thema atau konsepnya berlainan. Hampir 90% spesies pokok yang ditanam terdiri daripada spesies pokok yang diimport atau diperkenalkan dari luar negara. Spesies pokok yang  asli negara kita jarang-jarang diberi keutamaan.

Siapakah yang memilih dan menentukan spesies pokok-pokok yang ditanam? Jawapannya sesiapa sahaja boleh menentukannya. Kita tidak ada prosedur yang berupa peraturan dalam memilih spesies yang hendak ditanam. Penentuan spesies kesesuaian habitatnya, memenuhi keperluan alam sekitar dsbnya tidak diberi pertimbangan. Pemilih spesies langsung tidak tau nama pokok itu jauh lagi mengetahui habitat dan negara asal pokok itu.

Peluang ini diambil oleh pakar-pakar dalam bidang ini dan menyediakan ribuan semaian pokok seperti yang terdapat di Muar dan sekitarnya. Peluang ini juga diambil untuk mengimport berbagai-bagai spesies dari negara jiran yang pakar dalam menyediakan spesies tanaman untuk Landskap seni taman.

Pengusaha-pengusaha semaian ini memberi nasihat dalam hal pemilihan spesies tetapi semua bertujuan keuntungan yang berlipat ganda dengan konsep kartel dan harga pokok yang cukup mahal.

Akhirnya pokok-pokok secara tanam segera terus ditanam. Ada pokok yang sepatutnya di tanam di tanah lembab ditanam di tanah tinggi. Ada pokok yang habitatnya di tempat yang redup  di tanam di tempat panas dan begitulah berlaku seterusnya pokok ditepi air di tanama di atas bukit.

Pokok-pokok ini bukan sahaja tidak hidup dengan baik dan sukar untuk menjaganya, Seperti yang kerap di alami, apabila berlaku sahaja ribut dan angin kencang  seperti yang kerab berlaku di Kuala Lumpur, PJ dan Putrajaya, pokok-pokok ini tumbang merosakkan harta benda malah ada yang menyebabkan kehilangan nyawa

 Saya pernah dijemput untuk mengaudit tentang pemilihan spesies palma untuk ditanam di sebuah taman. Dalam senarai kontrak spesies palma  seperti di bawah:

  • Hyophorbe langenicaulis  -  10  units    @ RM 3000.00    -  RM 30,000.00  
  • Mascarena revaughanii    -   10 units

     @RM 7000.00     =   RM70,000.00 

Hyophobia langenicaulis

Saya beri tahu perunding Landscape Architect bahawa palma ini ialah spesies yang sama.   Hyophorbia langenicaulis ialah nama yang diterima betul dan Mascarena revaughanii ialah sinonim. LA asing luar negara ini begitu marah dengan saya dan akhirnya didapati saya betul dan dapat menyelamatkan wang client sebanyak RM70,000. dan banyak lagi dapat saya betulkan, tetapi saya tetap kehilangan sesuatu dari boss saya.!!  Begitulah when a barber wants to become a dentist dalam project penaman pokok dan seni taman negara.

1 comment:

  1. Sebenarnya kita tidak mempunyai perancangan jangka panjang untuk menentukan apakah bentuk/konsep taman yang dikehendakki. Kebanyakan drp pihak yang terlibat tidak mempunyai 'kesabaran' dan hanya melihat keuntungan jangka pendek. lihat sahaja lah dengan Putrajaya. Apa yang boleh dibanggakan dengan konsep penanaman pokok sebagai elemen utama taman yang ada? Pihak yang berkuasa menentukan bukanlah 'pakar' yang sebenar. justeru, saya bersetuju sangat dengan pandangan penulis bahawa sesiapa pun boleh menentukan pemilihan pokok yang bakal ditanam , lebih-lebih lagi peranan dan 'kuasa' pengusaha semaian landskap dan pembekal pokok-pokok tanaman landskap amat 'vital' demi kelangsungan penghijauan Putrajaya. Justeru, tidak ada apa yg boleh dibanggakan apabila kita melintasi pintu utama Putrajaya yg tidak berbeza dengan kawasan persekitaran. Mungkin kawasan persekitaran lebih baik rekabentuknya. Teouk dada tanya hati..

    ReplyDelete