er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, February 4, 2012

AKAR PERIOK KERA–TUMBUHAN UNIK MALAYSIA

 

Malaysia amat terkenal dengan kepelbagaian flora antara yang terkaya dan tertua di dunia. Ada spesies antara flora ini yang tersangat unik, ia itu Akar periok kera atau lebih dikenali juga sebagai Nepenthes.

 

20040608-11431120040608-114912

Nepenthes ampullaria

 

Keunikan Akar periok kera ini, tip daunnya membesar dan membentuk seperti mangkuk dengan berbagai-bagai saiz dan bentuk serta warna warna yang menarik mengikut spesies.

Mangkuk-mangkuk ini biasanya bertujuan untuk memerangkap serangga. Dalam mangkuk ini terdapat air bertakung dan sekitar pemukaan mangkuk terdapat pula sumbar-sumbar nektar. Serangga-serangga akan tertarik dengan nektar-nektar ini dan biasanya akan terjatuh dan mati lemas dalam mangkuk. yang  bertakung air. Serangga-serang yang mati dicerna dan nutrien yang dicerna  menjadi makanan bagi pokok  periok kera ini.

Di Malaysia terdapat kira-kira 85 spesies Akar periok kera. Masih banyak spesies yang masih belum ditemui, terutamanya di Sarawak dan Sabah. Usaha untuk memulihara tumbuhan ini tidak banyak dilakukan. Pembangunan pesat yang tidak terkawal mungkin akan mengancam kepelbagaian spesies akar periok kera.

Semasa saya melawat beberapa Taman Botani di German dahulu saya perhatikan banyak pokok Akar periok kera ini sudah dilakukan penghibridan dan dijadikan tanaman hiasan yang sangat mahal. Lebalnya menunjukkan tanaman ini berasal dari Malaysia

DSC_0167

 

Usaha untuk membudidayakan tanaman Akar periok kera atau Nepenthes ini tidak banyak dilakukan, sedang tanaman ini berpotensi besar sebagai tanaman hiasan yang boleh dijadikan elemen seni taman Malaysia. Keunikan Nepenthes boleh menarik pelancong luar negara.

3 comments:

  1. Salam En Ismail,

    betullll, saya amat setuju...tapi pernah cuba tanam, tapi beberapa kali gagal sebab mati akhirnya, mungkin dokumentasi untuk menerangkan cara2 menanamnya amat kurang, saya mungkin juga kurang membuat pembacaan lanjut. Sekarang saya ada 2 periuk kera ini, masih kecil, beli dari tidak silap dari FRIM, yang ditumbuhkans secara 'tissue culture". saya cuba letak bawah rumah orkid, masih hidup, tapi masih lagi kurang jelas cara menjaganya....mohon bantuan lanjut dari Botanist.

    ReplyDelete
  2. Salam En. Ismail..

    Saya jangkakan tuan telah mengunjungi Taman Orkid dan Periuk Kera Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak. Saya terlibat dengan projek pemuliharaan spesies periuk kera untuk taman tersebut. Apa pandangan atau cadangan tuan sekiranya tuan telah mengunjungi taman tersebut? Mungkin ada sebarang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam sdr,

    Saya belum berkunjong ke Taman Orkid dan Periuk Kera Padawan. Saya berasa syukur sdr terlibat dengan dengan projek pemuliharaan periuk kera. Saya pernah Ke Tenom dan Kinabalu park, Sabah. Di sana sudah ada taman pemuliharaan Akar Periuk kera. Di Semenanjung, satu taman periok kera sedang di bina di Penang.Syabas sdr. Email saya, kita boleh cit cat tentang tumbuhan. tq

    ReplyDelete