er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Tuesday, October 18, 2011

Strassen Bahn popular di Jerman sebagai pengangkutan awam

 

Semasa saya berada di Jerman dulu, saya amat kagum dengan pengangkutan awamnya. Itu kira-kira suku dekad yang lalu.

Saya berada di Darmstadt, Frankfurt, Giessen dll bandar, saya amat risau tentang kenaikan hendak pergi ke station penyelidikan dan kuliah. Semasa berada di der Landwirtchaft Versuchanstalt, Darmstadt saya di beri tunjuk ajar tentang pengangkutan awam di Jerman. Rupa-rupanya orang Jerman sering menggunakan pengangkutan awam ke mana-mana sahaja. Pengangkutan awam yang paling popular dan murah ialah Strassen Bahn. Orang Jerman simpan sahaja keretanya di rumah kecuali untuk bersiar-siar sahaja atau bercutian.

Strassenbahn

                 Strassen Bahn

Strassen Bahn ialah komuter yang berlegar-legar sekitar bandar, tepat masa dan murah. Bagi penuntut mendapat diskaun 15% pada masa itu. Tiket boleh dibeli di mana-mana kiok dan  bila naik  punch sahaja pada mesin dan simpan tiket untuk pemereksaan. Biasanya tak ada pemereksa tiket. Tapi kalau tertangkap tak ada tiket, denda yang tinggi akan dikenakan atau dibawa ke mahkmah.

Di negara kita Malaysia, pengangkutan awam amat menyedihkan. Di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya juga Putrajaya kesesakan lalu lintas sudah menjadi budaya dan cara hidup yang menyusahkan. Kita terpaksa beli kereta dan ini menambah kesesakan yang kini sukar di atasi.

Saya teringatkan keseronokan menaiki Strassen Bahn di Frankfur . Bermula dari Haubtbahnhof ( Central Station)  terus mengelilingi bandar raya dan akhirnya balik semula ke Haubtbahnhof. Bayar tiket hanya 60 Pf sahaja. Begitu juga saya lakukan di bandar-bandar lain.

Kalaulah terdapat Strassen Bahn, seperti yang terdapat di Jerman,  di bandar-bandar kita sebagai kemudahan pengangkutan awam alang mudahnya untuk pergi kerja atau bersiar-siar, selain dapat mengurangkan pencemaran dan kesesakan lalu lintas.

Saya kira trem atau Strassen Bahn  yang amat popular di Jerman itu amat sesuai dibangun di Putrajaya dan bandar-bandar di Malaysia.

Ismail Saidin

Thursday, October 13, 2011

Roller Coaster Kampung Sungai Merab Luar

 

Saya rasa ramai yang tidak tahu terdapat Roller Coaster di Kampung Sungai Merab Luar. Roller Coaster ini bukan satu bentuk rekreasi seperti yang terdepat di negara maju. Roller Coaster ini ialah jalan  sepanjang hampir 2 km, bengkang bengkok, kecerunannya ada yang hampir  50 darjah. Bayangkanlah jika anda memandu di atas jalan ini. Jika tersilap boleh tersungkur dalam gaung. ( Lihat gambar )

 

Roller.1   roller

 

Roller2

 

Kampung Sungai Merab Luar ini bersempadan dengan Perkampungan Duta-Duta, Putrajaya.( Maaf.) Presint Diplomatik Putrajaya di barat dan Bandar Baru Bangi di Timornya. Di Utaranya UPM dan Selatannya Dengkil

Kampung Sungai Merab ini di tadbirkan oleh Majlis Daerah Sepang tetapi beralamat 43000 Kajang Darul Ehsan. Ramai orang tidak tahu kedudukan Kg Sungai Merab yang merupakan kawasan rezab Melayu.

Hendak mencuba roller coaster ini, ikut sahaja jalan ke pintu satu Putrajaya ke arah Bandar Baru Bangi, masuk ke kanan simpang Stesyen Minyak Petronas. Berhati-hati. kerana jalan ini tidak dijaga baik. Selepas sahaja melintasi Roller Coaster ini and akan bertanya bagai mana jalan yang berupa Roller Coaster ini boleh diluluskan pembinaannya.

Saturday, October 8, 2011

Cerita dulu-dulu kapal korek ( Tin Dredging) Malim Nawar

 

Sekitar tahun 50an - 60an terdapat  hampir 20 kapal korek di sekitar lembah Kinta termasuk di sekiar Malim Nawar. Siang dan malam kapal korek ini berkerja melombong isi perut bumi lembah kinta bagi mendapat hasil bijih timah. Hutan-hutan terus ditebang dan tanah terus dilombong termasuk juga  perkampungan orang-orang Melayu. Kampung-kampung ini sekarang tinggal nama sahaja.

 

dredge

 

Yang menariknya, Malim Nawar begitu ramai penduduknya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, menikmati kemewahan hidup hasil daripada syarikat-syarikat perlombongan ini.

Mamat sudah berkerja dengan sebuah syarikat lombong selama hampir 15 tuhun. Dia mula berkerja sebagai kuli mencuci bucket-backet kapal korek. Oleh kerana dia tekun berkerja dinaikkan pangkat sebagai mandor. Tuan Russel sangat sayang kepadanya dan penuh percaya dengannya. Dia mahir dengan segala selok belok kejuruteraan dan operasi kapal korek sehingga tuan Russel memberi penuh kepercayaan dalam operasi perlombongan kapal korek. Mandor yang berkelulusan darjah 5 sekolah Melayu ini mampu berkerja dalam operasi perlombongan kapal korek. Selama dia berkerja jarang-jarang mengambil cuti terus berkerja untuk tuan Russel

Bagaimanapun. sekali sekala Mamat merasa pilu dan sedih melihat bucket-bucket menggali tanah-tanah dan winch kapal merembat pokok-pokok sehingga ranap. Bumi bertuah ini sudah ranap, isi perutnya dikeluarkan untuk kekayaan syarikat orang putih ini.

Suatu hari tuan Russel memanggil Mamat. Katanya dia akan bercuti panjang dan balik ke England. Dia akan digantikan oleh orang tempatan, jurutera lombong yang lebih berkelayakan.

Mamat amat sedih dengan pemergian Tuan Russel. Mungkin dia tidak akan kembali lagi.  Mamat terus berkerja dengan Tuan muda yang baru.  Cara dan gaya dia berkerja amat menyedihkan Mamat.Begitu juga perkerja-perkerja lain.  Mamat mula rasa tidak sehat kerap mengambil cuti.

Tuan muda terus menguruskan operasi perlombongan dengan gayanya sendiri. Suatu petang dengan cuaca ribut dan hujan lebat. Kapal korek mula diresapi kebocoran dan air meresapi segenap ruang. Tuan muda dengan perkerja-pekerja cuba mengatasi kebocoran. Tuan muda mula cemas dan ruang-ruang kapal sudah dipenuhi air.

Seorang pekerja terus memanggil Mamat. Mamat yang bercuti terus datang dan terus mencari punca kebocoran. Kebocoran dikesan dan dapat diperbaiki dengan mudah oleh Mamat.

Beberapa bulan kemudian Tuan Russel kembali. Kembalinya sebagai tuan besar. Hal ini diceritakan oleh tuan muda kepada tuan Russel. Tuan Russel tersenyum. “ Pengurusan yang baik” kata tuan Russel, “perlu juga mendapat pandangan orang lain”