er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Wednesday, October 13, 2010

BERAPA BANYAK TAMAN BOTANI HENDAK DI BINA

 

Tidak berapa lama dahulu saya telah menulis dalam Utusan Malaysia ( 30.10.06) bahawa kita tidak mempunyai Taman Botani dan Herbarium Negara. Dalam blog saya juga saya tulis tentang pentingnya Taman Botani.

Pada 7 Okt. 2010 Utusan Malaysia melaporkan tentang pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan KWPKB menaikkan taraf Taman Tasik, ( Lake Garden ) Kuala Lumpur sebagai Taman Botani.

Kita di fahamkan menaikan taraf Taman Tasik ini menjadi Taman Botani adalah saranan YAB Perdana Menteri.

Fasa 1 telahpun hampir siap dan melibatkan perbelanjaan RM12juta. Fasa 11 pula sedang dirancang bagi menumpukan penyelidikan, pembelajaran dan menyediakan segala kemudahan saintifik.

Kini sudah terdapat beberapa Taman Botani sedang dalam pembinaan. Taman Pertanian Shah Alam kini sedang giat dijalankan oleh MARDI untuk dinaikan tarafnya sebagai Taman Botani Negara. FRIM juga berkhasrat membangun dan menaikkan tarafnya sebagai Taman Botani. Taman Botani Pulau Pinang, dulunya subsidiari Taman Botani Singapura, mahu dibangun semula sebagai Taman Botani.

Di Melaka juga mahu menaikkan taraf sebuah taman sebagai Taman Botani. Di Batu Pahat juga sebuah taman mula dimajukan sebagai Taman Botani. Di Putrajaya juga terdapat sebuah Taman Botani dan pembangunannya sudah terbangkalai.

Mengapakah kita memerlukan begitu banyak taman botani. Mungkin ramai yang tidak faham apakah sebenarnya sebuah Taman Botani.

Taman botani merupakan pusat pengajian dan penyelidikan tinggi tumbuh-tumbuhan, pusat pemuliharaan tumbuh-tumbuhan, pembelajaran dan penguat kuasa undang-undang terhadap tumbuh-tumbunan, selain kini menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular.

Bukanlah mudah untuk mendapat taraf taman sebagai Taman Botani. Pengurusannya memerlukan botanists dan biologists dari berbagai-bagai bidang. Hanya beberapa Taman sahaja yang diiktiraf sebagai Taman Botani. Antaranya Taman Botani Singapura, Taman Botani Bogor, Calcutta, Sri Lanka, Melbourne adalah yang paling terkenal dan diiktiraf dunia.

Kita memerlukan satu sahaja Taman Botani dan Herbarium negara. Yang paling baik perancangannya ialah Taman Botani Putrajaya dan 13 taman lain seperti Taman Rimba Alam, Taman Wet Land, Wet Land, Taman Wawasan, Taman Pancarona, Warisan Pertanian, dan lain-lain yang boleh dijadikan subsidiari Taman Botani Putrajaya..

YAB Perdana Menteri pada sidang akhabar selepas merasmikan Festival Bunga atau Floria Putrajaya 2010, berkata Taman Botani Putrajaya perlu dinaikan taraf dan ditanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan untuk menjadi taman yang mendapat pengiktirafan di peringkat antara bangsa.

Persoalan yang timbul mengapakan Taman Tasik perlu dinaikan tarafnya sebagai Taman Botani. Mengapakah Taman Pertanian Shah Alam mahu dinaikan taraf sebagai Taman Botani Negara seterusnya beberapa taman yang hendak dinaikkan taraf sebagai taman botani. Jelas sekali ramai golongan masyarakat Malaysia tidak tahu apa itu taman botani sebenarnya.

Ada banyak konsep taman boleh di bangun. Seperti negara Jepun terdapat Taman Jepun (Japanese Gardens) Di England pula terdapat English Garden. Cina pula terdapat Chinese Gardens semuanya memaparkan budaya masing-masing. Sebenar kita juga mempunyai ruang perkebunan Melayu, Taman Melayu,( Malay Gardens)

Dusun, Parak, Bustan yang banyak disebut dalam Hikayat-Hikayat Lama. Sepatutnya thema taman seperti ini dimajukan

Banyak Taman telah dibangunkan di Malaysia. Sayangnya Taman-Taman ini dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dari luar negara, sedangkan tumbuhan-tumbuhan tempatan kita diancam kepupusan.

Ismail Saidin

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan..

    Satu entri yang sangat bernas.

    Saya sependapat dengan tuan dalam perkara ini walaupun saya sendiri terlibat dengan pembangunan Taman Botani Johor di Sri Medan Batu Pahat seperti yang dinyatakan di dalam tulisan tuan.

    Kita terlalu mengejar kuantiti sedangkan pengisian di setiap 'taman botani' itu sendiri seperti tidak diambil kisah. Perkara ini seolah-olah merupakan satu 'trend' di mana ia bersifat bermusim.

    Tidak mustahil suatu masa nanti semua 'taman botani' ini hanya tinggal nama sebagaimana Taman Botani Pulau Pinang yang mana dokumentasi tumbuhannya telah 'ghaib'.

    Saya juga berminat dengan syor tuan mengenai Taman Melayu yang sepatutnya telah lama kita kaji dan jadikan identiti taman kita sendiri.
    Mungkin ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia sekiranya taman melayu dijadikan identiti taman di Malaysia.

    Teima kasih diucapkan dengan sedikit 'pencerahan' berkenaan taman botani oleh tuan.

    ReplyDelete