er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, November 13, 2010

Bunga Raya, Bunga Kebangsaan Tidak mendapat Tempat Dalam Seni Taman Malaysia




Bunga raya, Bunga Kebangsaan kita, lebih dikenali dengan nama Hibiscus rosa-sinensis sedang merayakan jumbli emas; sudahpun melangkau setengah dekat sebagai bunga kebangsaan Malaysia.

Walaupun Bunga raya ini Bunga Kebangsaan kita, ramai jenerasi sekarang tidak dapat mengenali bunga ini, jauh lagi menghayatinya sebagai Bunga Kebangsaan

Di taman-taman kebanyakan bunga-bungaan ditanami dengan annual dan syrab yang diimport dari luar negara. Jarang-jarang terdapat Bunga Kebangsaan kita ditanam. Kalau adapun, pokoknya hidupnya"segan mati tak mahu"

Tidak lama dahulu sekitar taman-taman diseluruh Malaysia termasuk juga Putrajaya dan wilayah persekutuan lain, sebok dan secara tergesa-gesa menanam Bunga raya. Rupa-rupanya ini adalah arahan YAB Perdana Menteri.

Hairan juga saya dalam tempoh yang singkat beribu-ribu pokok bunga raya dapat ditanam diseluruh negara. Rupa-rupanya ada ahli perniagaan yang bijak mengumpul dan mengimport seberapa banyak anak-anak pokok Bunga Raya. Dia hanya menunggu perintah dari pihak yang berkuasa untuk menanam pokok Bunga Raya. Arahan dikeluarkan dan seluruh taman-taman awam di Malaysia giat menanam Bunga Raya.

Setelah sekian lama Bunga raya ditanam, kini Bunga Kebangsaan ini mula terbiar dan hidup segan mati tak mahu.

Sebagai Bunga Kebangsaan, sepatutnya Bunga raya dan spesies dan kulitvarnya ditanam secara meluas. Penyelidikan perlu juga dijalankan bagi mendapatkan kepelbagaian warna supaya lebih menarik untuk ditanam secara batasan, standard syrab, pagar hiasa, tanaman pasu dan sebagainya.

Saya telah menjalankan beberapa penyelidikan terhadap Bunga raya dengan mengunakan Growth Retardent CCC dan hasilnya sangat memuaskan ( lihat gambar). Sayang sekali saya bukan seorang ahli perniagaan hanya seorang peminat Bunga Raya







2 comments:

  1. Salam Encik Ismail...saya Ammar Jazlan dari akhbar Kosmo!...Kami sedang mencari peminat-peminat bunga raya untuk artikel '50 tahun Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan'.

    Saya rasa tuan mungkin orang yang paling sesuai untuk bercakap tentang isu ini memandangkan bunga raya semakin dipandang sepi walaupun pelabagai usaha telah dijalankan untuk memartabatkannya...Mungkin ada kajian yang tuan ingin dikongsi kepada umum..

    Saya boleh dihubungi di talian 019-3212514 atau ammar.jazlan@kosmo.com.my...sebarang maklum balas dari tuan amat saya hargai...sekian...

    ReplyDelete
  2. Sdr Ammar Jazlan,

    Saya peminat Bunga raya dan pernah menjalankan penyelidikan terhadap Bunga raya dengan menyekat pertumbuhannya hingga menjadi rendah dan amat sesuai ditanam untuk menggantikan annuals yang di import. BASF Germany telah menghantar kimia untuk menjalan penyelidikan. Kajian saya amat berjaya tetapi tak dapat hendak di komersialkan. Lihat gambar

    ReplyDelete