Ladang pokok hutan Acacia mangium
Ladang pokok Pain Pinus merkusii dan Pinus caribea
Pada 14 Januari, 2010 saya telah menulis tentang ladang pokok, ia itu pokok Jati, Sentang dan Merawan siput jantan dan ramai yang menanggung kerugian dan merasa tertipu.
Satu Ladang pokok hutan ia itu ladang pokok Acacia mangium. Kononnya pokok Akasia ini cepat membesar dan dalam tempoh 5-10 tahun boleh menghasil balak yang boleh diexport. Beribu-ribu ekar telah ditanam dan jika memandu ke utara melalui lebuh raya utara-selatan, sebelum sampai ke Tanjong Malim terdapat papan tanda “We are greening the earth with Acacia mangium”
Tidak sampai pun 10 tahun ladang Akasia ini terus die back kerana pokok ini tidak berdaya maju dalam iklim tropika Malaysia. Berjuta-juta ringgit di belanjakan oleh Jabatan Perhutan ?. Mustahil pegawai perhutan tidak tahu tentang pokok Akasia ini berasal dari Australia yang memerlu hawa dingin.
Sekarang ini di ladang berkenaan mula ditanam dengan pokok getah klon balak. Syabas, klon ini bukan sahaja boleh menghasil getah, tetapi juga selepas 7 –10 boleh menghasilkan balak. Balak kayu getah sekarang amat tinggi harganya sehingga tidak boleh diexport
Teringat saya semasa masih menuntut di Serdang. Menteri Pertanian, pada masa itu, Allahyarham Aziz Ishak. Beliau bercadang untuk memulakan industri Kertas dengan menanam pokok Pain. Percubaan telah dijalankan oleh pegawai-pegawai perhutanan Kepong. Pecubaan menanam pokok Pain, Pinus caribea dan Pinus merkusii amat berjaya ( Lihat gambar ). Malang sekali Aziz Ishak tidak dapat melihat kejayaannya itu. Kita juga merasa kagum dengan ketabahan dan kepintaran Foresters Kepong pada masa itu.
Saya amat tertarik dengan artikel ini. Pokok Acacia mangium mempunyai pertumbuhan yang cepat dan penyebaran biji benih yang baik. Ia boleh tumbuh di kebanyakan kawasan. Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut membuatnya sebagai spesies pesaing kepada pokok tempatan untuk tumbuh. Pensyarah saya (subjek Ekologi Pengurusan Sumber), Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said ada memberitahu di dalam kelasnya terdapat sebuah hutan simpan di Kedah yang berhampiran ladang Acacia mangium telah ditumbuhi oleh spesies pokok tersebut dengan amat banyak. Ia mengganggu ekologi hutan hujan tropika di Malaysia.
ReplyDeleteHello Encik Saidin, Saya ada beberapa soalan tentang pokok akasia ini. Saya mempunyai beberapa ekar tanah untuk menanam pokok getah, tetapi pokok akasia yang tumbuh cepat telah mempengaruhi hasil pertumbuhan pokok getah saya. Oleh itu, Encik ada apa recommendasi tentang problem saya ? terima kasih.
ReplyDeletePokok Akasia diperkenalkan dari Australia. Dua spesies akasia, iaitu Acacia auriculaformis dan A mangium dikatakan telah merosakkan ekosistem flora Malaysia. Sebenar tidak Acacia spesies ini cempat membaiki kerosakan tanah, sebabnya ia terdiri dari famili Leguminosae. Sayangnya kayu akasia tidak dapat digunakan dengan baik
ReplyDeletePokok getah juga berasal Brazil tetapi boleh menghasil getah. Jika saudara hendak menanam getah buang saja pokok akasia. OK
Jika saudara ingin nasihat lanjut hubungi saya
ismail3098@gmail.com
salam en.ismail.
ReplyDeletesaya nak tanya dimana kita boleh dapatkan beli benih pokok pain ni untuk tujuan perladangan. berapa lama tempoh pembesaran hingga boleh dituai atau eksport. juga berkenaan dengan kaedah penanamannya.
seperkara lagi, kalau en.ismail ada maklumat tentang poko giant bamboo harap dapat dikongsi bersama.
densahak@gmail.com
Sdr Deen,
ReplyDeleteDua spesies pokok Pain dapat hidup baik di Malaysia, ia itu Pinus caribea dan P.merkusii. Benihnya perlu diimport. Tak pasti dari negara mana, Tak ekonomi ditanam secara kecil-kecilan.
Saya cadang sdr tanam pokok Jelutong. Buluh Giant boleh sdr tengok di FRIM. Dendrocalamus giganteus.
Assalamualaikum sdr ismail,
ReplyDeleteSaya mempunyai tanah seluas 1.618 hectar.Saya bercadang untuk menanam pokok getah klon balak.Dimana boleh saya dapatkan informasi mengenai pokok getah klon balak dan ada tak syarikat yg menjualnya.Sekian terima kaseh.
dimana boleh dapat tanaman acacia...nak tumpang letak lebah...
ReplyDelete