Peribahasa di atas jarang-jarang lagi kita dengar. Gaharu dan Cendana yang disebut dalam peribahasa ini mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang. Bagaimanapun, sekarang ini Gaharu sudah mula menjadi buah mulut di kalangan ramai khalayak
Gaharu, Karas atau Tabak dan lebih di kenali dengan nama saintifiknya Aquilaria malaccensis. Pada satu ketika dahulu pokok Gaharu ini banyak terdapat di hutan-hutan Malaysia. Oleh sebab kayu Gaharu ini berbau wangi dan dan harganya terdangat mahal, pokok Gaharu banyak yang ditebang.
Begitu juga pokok Cendana atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Santalum album, yang berasal di Selatan India, terdapat juga di Malaysia pada satu ketika dahulu. Nasib pokok Cendana sama juga seperti pokok Gaharu.
Keunikan pokok Gaharu ini dapat menghasilkan kayu yang berbau wangi. Biasanya pokok yang sudah cukup besar, dijangkiti oleh fungus seterus menyebabkan kayunya berbau wangi. Nenek mayang kita zaman dahulu mengetahui tentang jangkitan pokok Gaharu ini dan seterusnya menebang pokoknya untuk mendapatkan kayu Gaharu yang wangi. Ahli-ahli saintis pula masih lagi tidak mengetahui dan memahami tentang jangkitan yang menyebabkan kayu Gaharu menjadi wangi.
Kayu Gaharu yang wangi ini amat mahal harganya mengikut gred-gred tertentu. Usaha untuk menanam pokok Gaharu ini sudah mula dipergiatkan dan kempen dari negara jiran diperhebatkan. Samalah seperti kempen menanam pokok Jati, Merawan siput jantan dan Sentang dahulu.
Kempen ini lebih menarik lagi dengan menawarkan teknik penjangkitan terhadap pokok Gaharu supaya lebih cepat menghasilkan kayu yang wangi. Teknik penjangkitan fungus ini telahpun diketahui tetapi dirahsiakan. Mereka yang membeli anak-anak pokok Gaharu melebihi lima ribu pokok atau lebih akan di bantu untuk menghasilkan kayu Gaharu yang wangi. Apabila pokok Gaharu yang ditanam berumur 5 tahun, pokok Gaharu ini akan disuntik jangkitan bagi menghasilkan kayu Gaharu yag wangi. Selepas dua tahun suntikan jangkitan dilakukan pokok-pokok Gaharu yang disuntik akan mati seterus menghasilkan 3 – 5 kilogram kayu Geharu yang wangi sepokok. Harga yang ditawarkan pula, dikatakan antara RM5000-RM10,000 per kilogram. Bayangkanlah jika anda mempunyai 5000 pokok Gaharu!
Anak-anak semaian spesies Gaharu yang mula diimport ke Malaysia ialah Aquilaria crasnna, iaitu spesies yang kecil dan berasal dari Kemboja dan utara Thailand. Perlu diingatka spesies ini tidak begitu baik hidupnya di Malaysia kerana ketiadaan cuaca dingin. Spesies yang terdapat di Malaysia ialah Aquilaria malaccensis, iaitu spesies pokok besar.
Sebelum menjalankan usaha menanam Gaharu ini perlu berhati kerana spesies Aquilaria crassna tidak boleh dihidup baik di Malaysia. Teknik jangkitan fungus kepada pokok masih diragui keberkesanannya.
Kayu Geharu kayu Cendana, Sudah tertipu apa gunanya
No comments:
Post a Comment