er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, January 16, 2010

MALAYSIA MEMPUNYAI BILANGAN SPESIES PALAMA ANTARA YANG TERKAYA DI DUNIA, TETAPI...










Empat spesies Johannesteijsmannia yang hanya terdapat

di Malaysia




Malaysia ialah sebuah negara palma; daripada lambaian pohon Kelapa di pantainya, barisan-barisan Kelapa sawit yang menghijau di ladang-ladang yang luas hinggalah kepada hutan-hutannya yang ditumbuhi oleh berbagai-bagai spesies palma yang menembusi kanopi pokok-pokok hutan.

Kita dekati hutan hujan tropika kita ini, tebing sungai dan payanya ditumbuhi oleh Kelubi, Kepau, Tronok, Cinkai, Salak dan Serdang, bukit dan gunung ditumbuhi oleh Langkap,Taha, Rabuk dan Bertam serta di bawah pokok-pokok hutan besar dan kecil tumbuh Palas, Legong, Tronok dan Pinang boreng. Dan lebih jauh ke dalam hutan, kita akan dihalang oleh duri-duri tajam daripada Rotan kecil dan besar yang membelit-belit pokok-pokok besar masing-masing dengan habitatnya

Pertumbuhan berbagai-bagai spesies palma ini menjadikan hutan hujan tropika Malaysia ini begitu unik dan jarang-jarang terdapat di negara-negara lain. Oleh sebab itu Malaysia terkenal sebagai negara palma dan merupakan negara yang terkaya dengan bilangan spesies palmanya selepas Amazonia.

Kekayaan alam semula jadi ini semakin hari semakin diancam kepupusan dan malangnya kita tidak memuliharanya sepenuh hati. Dasar pemuliharaan kepelbagaian biologi ( Conservation of Biodiversity) tinggal di atas kertas sahaja.

Ancaman kepupusan banyak spesies Palma ini adalah disebabkan pembangunan fizikal kita yang tidak terkawal. Selain itu, banyak spesies palma kita yang endemic dan yang menarik dicuri oleh pemungut-pemungut palma. Antara spesies yang mahal ialah seperti laJohannesteijsmannia altifrons, J. perakesnis, J. lanceolata, J. magnifica, Livitona endauensis, L. tahanensis dan banyak lagi yang mendanpat harga yang mahal di luar negara

Saya tidak begitu kecewa dengan kecurian ini kerana pokok-pokok ini akan ditanam di taman-taman palma negara-negara tertentu. Jadi spesies palma ini terpulihara diluar negara. Yang kita terlalu kecewa, taman-taman kita di Malaysia, baik di Putrajaya dan Bandar Bandar Raya maupun disekitar taman awam dipenuhi oleh spesies palma yang diimport. Jelas sekali kita langsung tidak mengambil kira Dasar pemuliharaan kepelbagaian biologi ( Conservation of Biodiversity) yang kita menjadi jaguhnya sedikit masa dahulu.

Tidak lama dahulu Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur bercadang untuk membangunkan sebuah taman di Bukit Kiara yang bernilai berjunta-juta ringgit. Beberapa syarikat perunding menyampaikan tema taman masing-masing. Sebuah syarikat perunding Landskap menyampaikan presentasinya yang begitu baik iaitu Palmarum Malaysina atau Taman Palma Malaysia.

Malang sekali konsep dan tema Palmarum Malaysiana ditolak dan diganti dengan konsep Taja Pokok atau Sponsored Trees. Penanja akan membeli pokok dan menanamnya sendiri. Tentulah sponsors ini orang-orang kenamaan.

1 comment:

  1. Saya sangat menyokong usaha-usaha menanam dan memperkenalkan pokok dan tumbuhan tempatan. Banyak lagi tumbuhan tempatan yang mempunyai potensi yang lebih baik sebagai tumbuhan hiasan malahan sesuai tumbuh dengan iklim semula jadinya. Pelancong dan pengkaji dari luar negara datang ke Malaysia untuk melihat kepelbagaian tumbuhan tempatan yang tidak ada di negara mereka, tetapi pihak berkenaan masih gemar menanam tumbuhan eksotik (mungkin dengan alasan lebih cantik atau menarik). Tumbuhan tempatan kita ini pun tidak kurang menariknya. Pihak berkenaan perlu ada rasa patriotik terhadap tumbuhan tempatan, bukan setakat kibar bendera Malaysia atau nyanyi lagu Negaraku sahaja.

    ReplyDelete