er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Thursday, January 14, 2010

PROJEK LADANG POKOK - SATU GEJALA NEGATIF DALAM PERLADANGAN POKOK HUTAN





Pokok dan Infloresen Tectona grandis





Kira-kira satu dekat yang lalu ramai di kalangan rakyat Malaysia berlumba-lumba memulakan projek ladang pokok hutan, ia itu projek menanam pokok Jati atau lebih dikenali juga dengan nama saintifiknya Tectonia grandis

Kempen menanam pokok Jati ini tersebar luas. Kononnya penanaman pokok Jati ini sangat menguntungkan. Dalam tempoh sepuluh tahun saja, ladang Jati seluas sepuluh ekar boleh mendapat pulangan sehingga berjuta ringgit, hasil daripada jualan balak pokok Jati

Selain pokok Jati, pokok Cengal pasir atau Merawan siput jantan ( Hopea odorata ) dan pokok Sentang ( Azadirachta excelsa ) juga disyorkan dalam projek perladang hutan ini.

Ramailah yang mengambil bahagian dalam projek perladangan hutan pokok Jati, Sentang dan Cengal pasir ini. Berjuta-juta anak pokok Jati, Sentang dan Cengal diimport dari negara jiran. Satu perniagaan manipulasi jual-jual anak semaian yang sungguh mengguntung kepada orang-orang tertentu. Ada Jati emas, ada Jati perak dan Jati biasa dengan harga yang berlainan. Di sana sini terdapat ladang pokok Jati, Sentang dan Cengal pasir di tanam di sekitar bandar dan dewan badar raya sebagai elemen landskap. Yang paling ketara ialah landskap kiri kanan lebuh raya utara selatan dari Perlis hingga ke Johor dipenuhi dengan tanaman pokok Jati.

Kini cerita Jati emas, Jati perak, Sentang dan Merawan siput jantan atau Cengai pasir tiada kedengaran lagi. Orang-orang yang berkecimpung dalam projek perladang hutan ini, mungkin kini menggaru kepala. Jati yang ditanam “hidup segan mati tak mau”. Mungkin 20 hingga 30 tahun lagi, pokok Jati ini boleh di balak

Pokok Jati atau lebih terkenal dengan nama saintifiknya Tectonia grandis yang tergulung dalam famili Verbanaceae, berasal dari Myanmar dan Thailand. Tidak ada spesies atau varieti yang di panggil Jati emas atau Jati perak. Pokok ini hidup dalam habitat semula jadinya memerlukan hawa dingin dan panas, iaitu dua musim yang paling ketara di Myanmar dan Thailand. Di Malaysia pokok ini tidak baik hidupnya kecuali di utara semenanjung, yang mempunyai musim sejuk dan panas seperti di negeri Perlis.

Cengal pasir atau Merawan siput jantan juga berasal dari Myanmar dan Thailand. Pokok ini boleh di balak hanya setelah berumur 40 hingga 50 tahun
Pokok Sentang pula berasal dari Sulawesi dan tidak tergulung dalam kayu balak yang baik.

6 comments:

  1. hijaukan bumi.. ehehe, salamm pagi jumaat abang saidin

    ReplyDelete
  2. Inilah mentaliti masyarakat kita (terutamanya pemerintah) yang hanya memikirkan keuntungan segera tanpa perlu mengkaji baik dan buruk terlebih dahulu sebelum melabur dan melaksanakan projek berkaitan. Apabila melibatkan tumbuhan dan tanaman, mereka perlu merujuk terlebih dahulu kepada ahli botani dan ahli hortikultur sebelum membuat projek tanaman tumbuhan. Biar orang yang ahli dalam bidangnya yang menentukan apa yang perlu dilakukan. Jika tidak, suatu pembaziran akan berlaku apabila projek berkenaan gagal. Duit siapa yang digunakan untuk projek berkenaan? Bukankah duit kita semua juga (rakyat).

    ReplyDelete
  3. anak pokok cengal utk di jual RM3 je sepokok...matang dlm msa 15tahun je bleh tbang...sila hubungi zul(017-2306519)

    ReplyDelete
  4. Pokok sentang mempunyai potensi besar sebagai pokok hutan peladangan bagi membekalkan kayu untuk masa hadapan. Spesis yang mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang cepat memang berpotensi dan menjadi kriteria utama untuk digunakan sebagai pokok peladangan hutan. Sila rujuk SIFAT-SIFAT ASAS DAN KUALITI KAYU SENTANG tesis sarjana oleh Ahmad tamizi b. Mustafa.

    ReplyDelete
  5. Saya memiliki hanpir 1 ekar kebun sentang yang berusia 12 tahun. Ketinggian pokok sekitar 25-30 meter dan ukur lilit sekitar 20-30 inci. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya 019-4588234

    ReplyDelete
  6. Salam. Kenapa tiada artiket utk tahun 2011. Harap dpt membaca lagi coretan Abg Ismail.

    Afzal.

    ReplyDelete