er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Tuesday, September 22, 2009

Apa Nama Pokok Ini


Ridley bersama Ahmat Hassan

Mohamed Hanif






Burkill

















Tahukah anda tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok asli Malaysia mempunyai nama Melayunya. Kadang-kadang pokok yang diperkenalkan dari luar negara juga mempunyai namanya dalam bahasa Melayu. Nama-nama pokok ini diberi oleh nenek moyang kita zaman dahulu.

Nama-nama pokok ini banyak yang diabadikan kepada nama negeri, bandar, kampung, bukit, sungai dan boleh dikata sebilangan besar nama-nama tempat adalah asal usalnya nama pokok. Dalam jampi serapah, pantun dan puisi banyak menyebut nama-nama pokok.

Sayangnya jenerasi sekarang ini tidak lagi dapat mengenali pokok-pokok atau mengetahui nama-nama pokok yang merupakan warisan kita.

Kita berasa amat berterima kasih kepada beberapa ahli sains Inggeris yang mengumpulkan nama-nama pokok dan seterusnya menyimpan rekod nama-nama pokok dalam bahasa Melayu dan nama sainsnya.

Pengumpulan nama pokok ini tentulah datangnya dari orang Melayu atau nenek moyang kita dahulu. Orang-orang Inggeris, sebagai Tuan, mencatatkan sahaja.

Henry Nicholas Ridley, Pengarah Taman Botani Singapura ( 1888 – 1912,) dan lebih dikenali sebagai orang yang membangunkan industri getah. Beliau banyak merekodkan nama-nama pokok bahasa Melayu, seperti dalam Flora of the Malay Peninsula Vol. I –V 1922-25.

Sebenarnya Ridley banyak dibantu oleh orang Melayu dalam pengenalpastian tumbuh-tumbuhan. Antaranya yang banyak membantu Ridley ialah Ahmad bin Hassan.( Lihat gambar)

Isaac Henry Burkill Pengarah Taman Botani Singapura ( 1912 – 1925 ) menyambung kerja-kerja Ridley. Beliau telah menghasilkan The Dictionary of the Economic Products of the Malay Peninsula (1935). Buku ini sebagai Monumental Dictionary yang tiada tandingnya hingga sekarang

Burkill juga banyak dibantu oleh orang-orang tempatan. Antaranya ialah Mohamed Hanif ( 1872 – 1930). Mohamed Hanif antara 1890 – 1926 banyak mengumpul spesimen untuk herbarium dan dikagumi oleh Burkill. Burkill dan Mohamed Hanif ( 1930 ) menerbitkan Malay Village Medicine. Buku ini menjadi panduan tentang spesies pokok dalam perubatan tradisional Melayu, lengkap dengan nama Melayu dan nama saintifiknya.

Orang seperti Ahmad bin Hassan dan Mohamed Hanif yang diketahui banyak berjasa dalam bidang kajian tumbuh-tumbuhan tidak mendapat tempat sebagai ahli budaya, berbanding dengan ahli kesusasteraan dan penyanyi. Saya teringat lagi seorang kenalan saya Encik Kassim bin Rejab seorang pembantu Herbarium di UKM, amat terkenal dengan koleksi spesimennya sehingga pelawat-pelawat botanists dari Taman-taman Botani luar negara sering mencarinya di Herbarium UKM untuk pengenalpastian specimen herbarium. Pak Kassim, nama yang sering dipanggil kini sudah tiada lagi. Ada cadangan untuk menamakan Herbarium UKM atas namanya, tidak kesampaian
( Lawak Cari Nama Pokok)

Semasa mencari spesimen, seorang Penjajah Inggeris membawa seorang pembantu Melayu. Sudah penat berjalan dalam hutan tebal, pegawai Inggeris bertanya:

“ Mat, apa nama ini pokok ?” sambil menunjuk kepada sebatang pokok yang berdaun lebar.

Mat yang sudah terlalu letih, menjawab sambil lewa dan sinis; “Itu pokok Mak hang” secara loghat Penang.

Penjajah Inggeris itu terus mencatatkan nama pokok itu, “pokok Mahang” dan nama saintifiknya Macaranga. Dia kemudiannya terus bertanya.

“Ini negeri apa nama, Mat?”

“ Ini negeri Pa’ hang” Jawab Mat

“Oh…Ohh Pahang.”

1 comment:

  1. hahaha... Baru saya tahu asal-usul nama pokok mahang. Saya teringat cerita mengenai asal-usul nama binatang Kangaroo (cerita mitos). Apabila Captain Cook datang ke Australia, beliau bertanya kepada orang asli tempatan mengenai nama seekor haiwan yang beliau nampak. Tetapi orang tempatan tersebut tidak memahami pertanyaan Captain Cook dan menjawab "kangaroo" yang bermaksud "saya tidak faham kamu" dalam bahasa mereka. Captain Cook pun mencatatkan nama 'Kangaroo'.

    ReplyDelete