er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Friday, August 14, 2009

Penyakit Mati Pucuk ( ED ) dan Tongkat Ali


Eurycoma apiculata

Eurycoma longifolia
Penyakit mati pucuk merupakan penyakit yang sangat digeruni oleh kaum lelaki. Penyakit ini ditakuti kerana seseorang itu akan hilang "kejantanannya". Kebanyakan pesakit terdiri daripada orang tua, pesakit kecing manis, dan kadang-kadang tidak tahu apa sebabnya. Banyak lah perkara yang negatif akan berlaku jika seseorang itu dapat penyakit ini.
Nenek moyang kita zaman dahulu tahu benar tentang penyakit ini. Hubungan mereka dengan alam tumbuh-tumbuhan dapat juga mengatasi masalah ini. Malah penyakit mati pucuk ini dapat di atasi sehingga ada yang boleh menyara empat isteri. Kadang-kadang umurnya menjakau hampir tiga suku dekad masih boleh beristeri lagi.
Tidak lama dahulu, Fakulti Sains Hayat, UKM secara berjenaka dalam Majalah Sains menyatakan pokok Tongkat Ali (Eurycoma longifolia ) sangat mujarab mengatasi masalah tenaga batin (sex) dalam percubaan yang dijalankan ke atas kaki tangan Fakulti itu. Jenaka itu telah diterbitkan oleh Utusan sebagai satu penemuan. Dan sejak itu, pokok Tongkat Ali mula ranab dari hutan.
Pokok Tongkat Ali, ( Eurycoma longifolia) atau dikenali juga dengan beberapa nama lain ia itu, Penawar pahit, Bedara putih, Lempedu pahit, Tongkat baginda, Muntah bumi, Petala bumi, bukanlah pokok yang boleh menguatkan tenaga batin atau aphrodisiac, tetapi hanyalah baik untuk mengubati demam.
Terdapat spesies yang lain, ia itu Eurycoma apiculata dan rupanya seakan akan sama tetapi hidup di hutan-hutan tanah tinggi. Spesies ini amat beracun. Masyarakat Melayu tidak dapat membezakan antara Eurycoma longifolia dan E. apiculata. Bagaimanakah kalau seseorang itu termakan spesies E. apiculata ini
Pokok Tongkat Ali yang sebenarnya ialah Smilax calophylla dan dikenali juga dengan nama
Dawai-dawai, Rancang besi, Itah tembaga. Spesies yang lain, Smilax myosotiflora juga dikenali sebagi Tongkat Ali, Akar tanding, Kerating. Itah besi, Ubi besi. Kedua dua spesies terkenal dikalangan masyarakat melayu sebagai herba yang boleh menguatkan tenaga batin atau aphrodisiac. Bagaimanapun, pokok ini sukar ditemui lagi.
Yang menarik sekali dalam hal pokok aphrodisiac ini, mengapakah ia dikaitkan denga Ali atau Saidinna Ali. Munkin Saidinna Ali begitu baik rukun rumah tangganya dengan isterinya Siti Fatimah.
Dalam pos saya yang akan datang akan ditulis tentang Kacip Fatimah yang berpadanan dengan Tongkat Ali!

4 comments:

  1. salam prof.. tertarik dgn kenyataan 'secara berjenaka' ~ maksudnya tidak benarlah pokok tongkat ali mujarab sbg ubat sakit pucuk? hmmm..

    ReplyDelete
  2. a`a la...saya pun tertarik dgn kenyataan prof tu..

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Masyarakat kita memang obses dengan tumbuhan ubatan kerana menjadi alternatif terhadap ubat-ubatan moden. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang memiliki pengetahuan untuk mengecam tumbuh-tumbuhan tersebut. Kesilapan pengecaman tumbuhan ubatan boleh mengundang padah. Bagaimana pula dengan kegunaan pokok tongkat ali hitam (Polyalthia bullata)? sama hebat dengan Eurycoma longifolia?

    ReplyDelete
  4. Sdr Rahman,

    sebagai seorang botanist, saya kurang percaya ada khasiat afrodisiak bagi Tangkat ali atau pun Tongkat ali hitam. itu adalah cerita tok bomoh je. Memang ada pokok ubatan yang mujrab, tetapi cara menggunakannya dengan cara amalan. Ertinya memakan ulam dan pucuk merupakan "ubat" yang cukup baik untuk kesihatan. Kalau kesihatan baik semuanya baik.

    ReplyDelete