er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf
- ISMAIL SAIDIN
- Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
- An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia
Saturday, September 21, 2013
BUKU TERBITAN TERBARU: DALAM DUSUN MELAYU DAN BUNGA-BUNGAAN MELAYSIA EDISI KE 3
Buku saya yang baru, Dalam Dusun Melayu ( In the Malay village Orchards ) dan Bunga-Bungaan Malaysia-Edisi ke 3 telahpun diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setelah bersabar menunggu hampir 6 tahun. Walau apa pun saya amat berterima kasih kepada DBP dapat menerbitkan buku saya.
Buku Dalam Dusun Melayu merupakan koleksi buah-buahan yang terdiri daripada buah-buahan tempatan yang nadir dan spesies yang telah lama diperkenalkan ke Alam Melayu dan dikenali oleh nenek moyang kita zaman dahulu. Buah-buahan ini ditanam mengikut teknik perkebunan Melayu dan pokok-pokok buah-buahan hidup bersimbiosis antara satu dengan yang lain. Sayang nya jenerasi muda sekarang ini tidak dapat lagi mengecam buah-buahan ini jauh lagi menghayatinya sebagai warisan negara.
Buku ini dijual dengan harga yang sangat murah, hanya RM50.00 sahaja
Buku Bunga-Bungaan Malaysia Edisi ke 3. telah juga diterbitkan oleh DBP. Buku ini merupakan penerbitan semula, tetapi edisi ke 3 ini ditambah dengan berbagai-bagai spesies lagi serta dengan gambar warna tiap-tiap spesies. Buku ini amat menarik sebagai Coffee Table dan harganya RM140.00
Peminat alam bunga-bungaan buku ini amat baik untuk jadi dijadikan rujukan
Ismail Saidin
Monday, September 2, 2013
BUKU KOLEKSI 99 SPESIES BUAH DI FRIM
Sebuah buku bertajuk " 99 Spesies Buah di FRIM" telahpun diterbitkan oleh FRIM baru-baru ini. Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada FRIM dan juga penulis buku ini.
Penerbitan buku ini patut diberi sanjungan, bukan sahaja isi kandungannya tetapi penulis-penulisnya. Penulis-penulisnya terdiri daripada kakitangan FRIM berpangkat rendah yang mempunyai pengalaman kerja. Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri ia itu, Encik Othman Hasin dan isteri Zawiah Ngah. Encik Othman Hasin seorang Pembantu am tapak semaian dan Puan Zawiah seorang Pembantu Penyelidik perhutanan. Hasil pengalaman mereka dapat menerbitkan sebuah buku bertajuk di atas.
Ketua Pengarah FRIM, Dr Abd Latif Mohmod patut juga diberi pujian kerana menggalakkan dan memberi peluang kepada En Othman Hasin dan isterinya Puan Zawiah menulis buku dan merakamkan pengalaman kerja ke dalam sebuah penerbitan buku 99 spesies Buah di FRIM. Anjuran seperti ini jarang-jarang berlaku. Biasanya hal-hal seperti ini Ketua Pengarah, Ketua jabatan atau bos-bos mahu namanya diletakkan di satu sudut.
Di Malaysia kini terdapat ramai saintis yang mempunyai kelayakan yang tinggi sehingga bertaraf PhD dalam banyak bidang. Malangnya kita masih belum melihat banyak buku-buku sains bertaraf pengajaian tinggi dalam bidang forestry, botany, Agriculture, horticulture dan sebagainya. Kalau ada pun di FRIM penulisnya adalah Scientists Pelawat sahaja.
Saya merasa amat bangga dan syabas diucapkan kepada Encik Othman Hasin dan Puan Zawiah Ngah atas kejayaan menulis dan merakamkan pengalaman mereka dalam sebuah buku " 99 Spesies Buah di FRIM."
Subscribe to:
Posts (Atom)