Pada 11 Jun, 2013 yang lalu semua yang mempunyai senjata api ( senapang ) perlu menjalani ujian menembak untuk membaharui lesen. Ujian menembak diadakan di Kelab Menembang Kajang. Kelab menembak ini, jauh hampir 3 kilometer dari jalan Cheras-Semenyih dan terpaksa mengharungi jalan yang berlopak-lopak yang dipenuhi oleh buang binaan untuk sampai ke Kelap tersebut
Pada pukul 9 pagi sudah ramai memenuhi ruang Kelab tersebut. Rupa-rupanya semua pemegang lesen datang dari sekitar Kajang, Bangi dan lain-lain. Sepatutnya pada 11 hari bulan hanya pelesen dari Bangi sahaja.
Kebanyakan pemegang lesen yang terdiri daripada golongan Melayu adalah warga tua dan senapang-senapang kepunyaan mereka sudah boleh dikatakan antik. Golongan lain pula yang lebih ramai kebanyakan warga muda dan senapang-senapang mereka pula semuanya Semi-auto. Rupa-rupanya sedikit benar golongan Melayu yang mempunyai senjata api. Seronok juga melihat golongan warga emas menjalani ujian menembak.
Setelah menunggu tiga jam untuk pemeriksaan senapang saya ( Semi- Auto Beretta saya ) sampailah giliran saya pula untuk ujian menembak. Tidak ada masalah bagi saya. Dan lesen saya diperbaharui untuk setahun lagi
No comments:
Post a Comment