TAMAN PANTUN DALAM KENANGAN
Komposisi pokok-pokok dalam Taman Pantun
yang sudah ditebang. Pokok-pokok hidup bersimbiosis antara satu dengan yang lain. Satu contoh ruang perkebunan Melayu
Semasa berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya telah mencadangkan untuk menubuhkan sebuah taman yang di panggil Taman Pantun. Ramai yang tidak begitu memahami tentang konsep Taman Pantun ini.
Dalam ratusan pantun tradisi banyak terdapat nama- nama pokok. Pengkaji-pengkaji
pantun maupun pakar-pakar pantun mungkin tidak dapat mengecam atau tidak tahu
menahu tentang tumbuh-tumbuhan yang disebut di dalam pantun. Mereka mungkin
tahu nama-namanya tetapi tidak pernah melihat pokok-pokoknya.
Dalam
Taman Pantun ini spesies pokok yang disebut dalam pantun akan di tanam. Satu
plak pantun akan diletakkan pada pokok berkenaan,
Contoh
Naik perahu belayar ke seberang,
Menuju belukar menebang kayu;
Bukan tak tahu zaman sekarang,
Gaharu dibakar Kemeyan berbau
Gaharu –Aquilaria
malaccemsis
Peminat-peminat pantun dan khalayak sambil
berjalan-jalan di dalam Taman
Pantun, dapat mengenal pasti tumbuhan
yang disebut dalan pantun.
Pada 17 September, 1990 Taman Pantun
Universiti Kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sabbaruddin Chik, Menteri
Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada
masa itu
Taman Pantun seluar 16 ekar, bekas
kampung tradisi Melayu telahpun
terdapat kepelbagaian pokok dan kebanyakan spesies dikenal pasti namanya
disebut dalam pantun. Komposisi pokok merupakan ruang perkebunan Melayu dan
pokok-pokok bersimbiosis antara satu spesies dengan yang lain.( Lihat Gambar )
Saya bersama-sama dengan team
Bahagian Pertanian terus mencari spesies pokok dan terus menanam spesies yang disebut dalam pantun. Ramai juga
pengunjung yang datang. Malang
sekali sikap negatif pengunjung
termasuk juga pekerja-perkeja,
penuntut-penuntut mula merosak pokok-pokok, mengambil buah yang terdapat
di Taman Pantun. Seterus plak-plak pantun dicuri dan keadaan yang sukar dikawal.
Saya meninggal UKM pada tahun 1997 untuk berkhidmat di KLCC Projek Bhd, Putrajaya. Saya kerap datang ke
Taman Pantun untuk mengambil gambar pokok-pokok untuk penulisan saya. Kerap
kali saya dapati Taman Pantun tidak lagi terjaga. Yang paling menyedihkan saya sebilangan
spesies pokok-pokok ditebang. Saya
tidak tahu mengapa pokok-pokok ditebang. Pokok yang paling saya sayang ialah Bijai yang mempunyai buah yang manis dan satu pokok
Kelapa rambai, yang mempunyai tandan terjuntai sepanjang lebih 2 meter.
Kini saya kira Taman Pantun UKM tidak lagi wujud dan tinggal namanya
sahaja. Bagaimana pun saya masih
lagi dihubungi oleh beberapa pelajar dari pusat-pusat pengajian tinggi
bersabit dengan peranan Taman Pantun.
No comments:
Post a Comment