Pokok Rotan manau
Pokok Rotan tergulung dalam kumpulan pokok Palma. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat kira-kira 104 spesies. Kebanyakannya tumbuh liar di hutan-hutan dan kebanyakannya mempunyai habitat memanjat. ( Rotan manau ( Calamus manan ) di katakan pokok memanjat yang terpanjang di dunia. Burkill merekodkan Rotan manau memanjat sepanjang 556 kaki.)
Masyarakat Melayu zaman dahulu amat menghargai pokok Rotan dan spesies palma lain sebagai kegunaan harian. Kita tidak dapat membayangkan kesukaran hidup jika tidak ada pokok Rotan dan palma untuk dijadikan atap, perabot anyaman, kraf.dan sebagainya.
Penghayatan datuk nenek kita zaman dahulu terhadap Rotan dapat dilihat tiap-tiap spesies Rotan mempunyai nama Melayunya tersendiri, seperti Rotan manau, Rotan sega, Rotan semambu, Rotan dahan, Rotan kertong, Rotan demuk dan sebagainya. Kita percaya jenerasi sekarang tidak mungkin dapat mengenali spesies Rotan ini
Rotan, pada satu ketika dahulu merupakan industri yang benilai berjuta-juta ringgit dan mempunyai permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara. Begitu bernilai perabot-perabot Rotan dan krafnya dapat memenuhi permintaan antara bangsa.
Hari ini kita jarang-jarang dapat melihat perabot-perabot Rotan dan jika adapun harganya tersangat mahal, apatah lagi perabot yang dibuat daripada Rotan manau, Rotan sega atau Rotan semambu. Ini adalah disebabkan pokok-pokok Rotan semakin pupus di hutan-hutan.
Kita tidak lagi berminat dengan pokok Rotan kerana kita mempunyai bahan alternatif seperti plastik. Tetapi membiarkan pokok-pokok Rotan pupus bermakna kita melenyapkan juga seni dan budaya Melayu yang ada hubungan dengannya
Untuk tidak melenyapkan seni dan budaya Melayu yang ada hubungannya dengan Rotan dan spesies palma yang lain, saya telah mencadangkan sebuah Taman Palma ( Palmarum Malaysiana ) di bangunkan di Putrajaya. Malang sekali cadangan saya tidak mendapat pertimbangan.Saya juga telah mencadangkan sebuah Taman Palma dibangunkan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, di bawah cadangan Dewan Bandar Raya, Kuala Lumpur dan Jabatan Landskap Negara, tetapi tidak juga mendapat pertimbangan.
Beberapa tahun yang lalu kita bercakap tentang dasar Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi ( Conservation of Biodiversity). Tetapi hari ini kemusnahan dan kepupusan kepelbagaian species disebabkan kemusnahan hutan tidak dapat dikawal lagi.
takda Rotan Akar Bergna
ReplyDelete