Laporan Audit Negara 2011 mengaitkan tentang Taman-Taman Putrajaya tidak diselenggara dengan baik, ketiadaan kawalan keselamatan dan ketiadaan promosi bagi menarik pengunjung ke taman-taman tersebut.
Bila Putrajaya bercadang membangunkan Taman Botani, Herbarium dan tiga belas taman dengan berbagai-bagai konsep seterusnya menjadikan Putrajaya bandar dalam taman, sesuatu yang amat disanjung tinggi oleh khalayak terutama mereka yang meminati dalam usaha-usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi. alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan
Kita sedar bahawa Malaysia mempunyai bilangan spesies tumbuhan antara yang tertua dan terkaya di dunia. Malangnya kita masih lagi belum mempunyai Taman Botani dan Herbarium negara. Kita pernah mempunyai Taman Botani dan Herbarium yang amat terkenal di Singapura, tetapi kini Taman itu bukan lagi kepunyaan kita.
Dalam perancangan asal Taman Botani Putrajaya merupakan Pusat penyelidikan tinggi tumbuh-tumbuhan, pemuliharaan kepelbagaian spesies, pembelajaran dan destinasi pelancong. Selain itu, ia mempunyai 13 subsidiari taman, seperti Wetland, Taman Wetland, Pancarona, Taman Gimnosperma, Rimba alam, Taman wawasan, Taman warisan pertanian dan berbagai-bagai konsep taman dirancangkan bagi memenuhi kepentingan Taman Botani supaya ia dapat diiktiraf oleh Persatuan Botani Antara Bangsa
Malang sekali Perunding ( Consultant ) yang merancang dan membangunkan Taman Botani Putrajaya adalah seorang landscape architect dari luar negara, yang tidak tahu langsung tentang tumbuhan tempatan jauh lagi tentang Flora Malesiana. Pengurus projek pula seorang Jurutera Awam.
Ketiadaan botanist, ecologist, agronomist, horticulturist semasa membangunkan Taman Botani, akhirnya objektif dan peranannya sebagai Taman Botani menyimpang jauh dan taman yang sepatutnya menjadi Taman Botani menjadi taman tanaman hiasan sahaja. Paling menyedihkan Taman Botani kini terbengkalai dan Herbarium Negara juga entah kemana
Pembangunan Taman-Taman yang lain juga menyimpang jauh daripada konsepnya kerana ketiadaan pakar tumbuh- tumbuhan semasa perencangan dan pembangunannya
Spesies tumbuh-tumbuhan yang ditanam pula ditentukan oleh pengusaha pengusaha semaian yang berluasa di sekitar Muar. Spesies-spesies yang ditentukan kebanyakan diperkenalkan dari negara luar negara. Oleh sebab itu, Taman-Taman di Putrajaya mempunyai spesies tumbuhan yang agak sama dan hampir 90% spesies tumbuh-tumbuhan merupakan spesies yang diimport, sedangkan spesies asli Malaysia tidak digunakan.
Persoalannya, mengapakan ahli sains seperti botanist, ecologist, horticulturist, agronomist tidak diberi peluang untuk pembangunan taman-taman juga pembangunan physical negara. Apakah seorang jurutera atau architect tahu tentang alam tumbuhan dalam pembangunan physical. Ceritanya hampir sama apabila seorang tukang gunting hendak menjadi tukang gigi ( When a barber wants to become a dentist) Begitu cara pembangunan Taman-Taman di Putrajaya. Begitu jugalah pembangunan physical kita yang kini terlalu banyak dipersoalkan.
Taman Saujana Hijau Putrajaya yang terdiri daripada tumbuhan kumpulan gimnosperma (Gymnosperm) yang terdapat di sekitar Tenggara Asia.
-
HBT456
-
-
-
October 22, 2012 at 10:37 am | Permalink
Good morning YAB,
salam..
ReplyDeleteboleh saya dapatkan emel tuan?tq