er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, March 31, 2012

Pepohon Kebangsaan Malaysia( Malaysian National Tree

 

Kita telahpun mempunyai Bunga Kebangsaan, ia itu Bunga Raya ( Hibiscus rosa sinensis ). Bagaimanapun, kita belum lagi mempunyai pokok atau Pepohon Kebangsaan.

Kalau kita lihat sekitar taman-taman kita kini dipenuhi berbagai-bagai spesies pokok yang dibawa atau diimport dari luar negara. Tidak ramai yang tahu hal ini dan jauh lagi mengetahui bahawa pokok-pokok yang diimport ini ada yang sudah  merosakkan persekitaran ekoloji hutan.

Walaupun Malaysia  antara negara yang mempunyai bilangan spesies antara yang tertua dan terkaya di dunia, tetapi tidak ramai yang menghayatinya sebagai warisan negara.

Sampai masanya kita perlu memilih satu spesies pokok untuk dikenali sebagai Pepohon atau Pokok Kebangsaan atau National tree. Kalau Bunga raya berunsur rukun negara berdasar petalnya, Pepohon Kebangsaan melambang kesenian dan sains negara. Pepohon kebangsaan ini dapat menyedarkan tentang pentingnya memulihara tumbuhan kita.

Saya ingin mencadangkan Pepohon atau pokok kebangsan kit:

Peltophorum pterocarpun

Famili:   Leguminosae

Negara Asal: Malesia

Nama Tempatan: Jemerlang, Batai

                   Yellow Flame

 

Peltophorum

Pokok Jemerlang atau Yellow Flame memenohi syarat-syarat sebagai Pokok atau Pepohon Kebangsaan atau National Tree           

  • Pokok ini ialah pokok tempatan dan tersebar sekitar Nusantara
  • Pokok ini mudah hidupnya, kuat dan tidak mudah patah
  • Mempunyai bunga kuning yang menarik
  • Tidak mengotorkan kawasan
  • Memberi teduhan yang baik
  • Hidup sebarang jenis tanah

Saya mohon pembaca memberi pandangan dan cadangan untuk menjayakan konsep Pokok kebangsaan Malaysia ini

 

Ismail Saidn

5 comments:

  1. assalam, saya diyana pelajar tahun akhir senibina landskap di uitm shah alam. bolehkah saya membuat temujanji dengan tuan berkenaan dengan taman pantun di ukm bangi. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sdr,
    Taman Pantun sudah tiada lagi, sudah ditebang semua pokoknya dan plak pantunpun sudah tiada.

    ReplyDelete
  3. assalam,
    saya diyana student uitm.saya sudah pergi ke taman pantun, masih ada sebahagian pokok-pokok yang masih dilebalkan dgn saintifik dan common name. selain itu, plak pantun juga masih ada. lecturer saya meminta saya berjumpa dgn tuan bagi mendapatkan maklumat mengenai ethnobotany. saya harap tuan dapat membantu saya dalam thesis dan design saya yang berkenaan Malay ethnobotanical garden. saya ingin meminta contact no. tuan dan tuan boleh hubungi saya 013-3223406

    ReplyDelete
  4. Sdri,
    Boleh hubungi saya HP 0123333033. Mengenai etnobotani, agak terlalu luas dan tidak banyak kajian yang dibuat.Malaysia mempunyai tumbuhan yang terkaya dan tertua didunia.Senibudaya Melayu dengan alam tumbuhan juga amat kaya dan luas. Sayang bidang ini tidak banyak dibuat kajian.

    ReplyDelete
  5. Salam En Ismail,

    Saya amat suka pokok ini, dah lama saya perhatikan di sepanjang2 jalan2 raya di malaysia ini. Nama saintifiknya tidak silap saya ialah Peltophorum pterocarpum (Yellow flame. Malah saya albumkan dalam album FB saya bertajuk Flower and Malaysia. Saya bukan jurusan botani, tapi kejuruteraan, tapi saya adalah peminat bunga2, termasuk bunga-bunga cantik malaysia. Sejak balik dari luar negara, makin sayang saya pada bunga malaysia, sebab tidak nampak di luar negara. Kalau ada taman pokok-pokok ini, sungguh indah sekali, di univ2 pon banyak juga pokok ini, termasuk uitm shah alam,cuma tiada label saja, mohon student uitm tu labelkan la....memang indah, look and observe, you will see them everywhere....love this.

    ReplyDelete