er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, August 29, 2010

Mengawal tanah runtuh dan menstabilkan cerun secara ekoloji Tumbuhan

Sekiranya anda memandu di lebuh raya utara selatan, anda dapat melihat dikiri kanan lebuh raya ini cerun-cerun ditumbuhi oleh Paku pakis  Resam (Dicranoteris linearis).

ResamResam 2

Pokok Resam ini tumbuh sendiri dengan sebaran sporanya yang dibawa angin. Natur (Nature) memaiankan peranan untuk menutup muka bumi yang gersang, tercemar dan cuba menyuburkan semula muka bumi yang telah ditolak tambus.

Bagaimana Resam ini dapat hidup di atas bumi yang gersang amat menakjupkan. Dalam tempoh yang sengkat cerun-cerun ditutupi oleh Resam, selain memberi pendangan yang menarik serta menstabilkan cerun.

Rasanya pihak yang tertentu tidak perlu membayar satu sen pun dalam menghijaukan kiri kanan lebuh raya ini seterusnya menstabilkan cerun

Resam 1 Resam 4

Dalam menstabilkan cerun, pokok Resam ini membunuh Lalang ( Imperata cylindrica) dan lain-lain rumpai. Setelah hidup subur, rimbunan pokok Resam ini tempat perlindungan burung-burung untuk berehat atau tidur.Burung seperti merbah dan kelicap membawa biji-biji benih dalam najis/beraknya. Biji benih ini akan bercambah di bawah rimbunan pokok Resam.  Anak-anak pokok seperti Senduduk ( Melastoma),Mahang (Macaranga) Halban (Vitex pinnata), Akasia, Ficus dll.tumbuh dengan subur.  Akhirnya pokok Resam memberi laluan kepada pokok-pokok di atas, untuk tujuan menghutan semula dan menstabilkan cerun.

Malangnya pembinaan cerun-cerun oleh jurutera-jurutera, tidak memikirkan kepentingan ekoloji persekitaran. Ada cerun-cerun yang terlalu curam hingga melebihi 45 darjah. Bukan itu sahaja, terdapat pula teres-teres cerun dibina parit-parit kongkrit. Kononnya hendak melarikan air dari curam dan cerum.Saya kira tidak ada di dunia ini parit-parit dibina di atas bukit.

Pembinaan parit-parit di atas curam dan cerun ini menambah keadaan kegersangan tanah dan tanah-tanah literit akan merekah-merekah dan mikrops tanah tidak dapat hidup baik.

Parit-parit di atas curam dan cerun ini ada kala rosak dan pecah disebabkan pergerakan tanah. Jadi air akan mencurah-curah keluar hingga menyebab hakisan seterus kegelinciran cerun.

 

DSCN6578

Resam 5

Kegelinciran cerun ini ditutup dengan plastik dan akhirnya dibina pula konkrit batu batan. Beratus-ratus pembinaan konkrit batu batan didapati dibina sepanjang lebuh raya utara selatan. Kosnya agak mahal tetapi ada juga peluang pekerjaan bagi kontraktor klas F

Sebenarnya bagi mengawal hakisan, kegelunsuran cerun,  tanah runtuh dan sebagainya boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok yang dipilih khas bagi tujuan ini. Teknik ini dipanggil bioengineering.  Saya telah menjalan teknik ini dan dapat mengenalpasti spesies tumbuhan yang dapat mengawal dan menahan tanah runtuh. Percubaan yang saya jalan di kampus UKM kira-kira suku dekad yang lalu menunjukkan kestabilan cerun dan tidak berlaku tanah runtuk dicerun-cerun yang tanam dengan pokok-pokok yang dipilih khas.

Saya sangat berminat untuk berkongsi pengalaman dalam penyelidikan Bioengineering ini.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih di atas informasi yang telah tuan sampaikan. Saya kira, bioengineering berpotensi menjadi bidang yang menjadi keutamaan pada masa hadapan. Jika tidak silap saya, Prof. Jumaat Adam di UKM ada menjalankan kajian tumbuhan penutup bumi bagi mengawal hakisan di lereng bukit. Saya berharap tuan dapat teruskan berkongsi ilmu dan idea berkaitan bidang ini.

    diskusibotani.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ..macam pernah nampak highway nih...
    kat tepi rumah ayahcho ke?
    heheh

    ReplyDelete
  3. can u give more information about geosintetik

    ReplyDelete