Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara pertanian. Sebilangan besar rakyatnya masih lagi bergantung hidup kepada sektor ini.
Pada satu ketika dahulu sektor ini memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara. Tetapi kini pertanian merupakan ikon kemiskinan?
Bila kita sebut sahaja petani, peladang, pesawah penoreh getah, tukang kebun, nelayan, penternak dan peneroka terbayang di dalam minda kita wajah-wajah kemiskinan. Ramai yang tidak lagi berminat untuk berkecimpung dalam sektor ini.
Pada satu ketika dahulu, bermulanya era DEB Kementerian Pertanian dan Koperasi dirombak dan digantikan dengan berbagai-bagai agensi kerjaan , seperti Maju Ternak, Maju Ikan,LPN, FAMA, Felda, Felcra, Risda, MARDI, termasuk juga Bank Pertanian dan Universiti Pertanian.
Beberapa siri Dasar Pertanian Negara juga di gubal, tetapi pertanian masih juga ditakuk lama. Yang pasti, sebilangan besar agensi pertanian ini ditutup. Dan yang amat ketara ialah Universiti Pertanian. Nama pertanian itu terlalu miskin bunyinya dan digantikan dengan nama Universiti Putra. Begitu juga Bank Pertanian ditukar kepada Agrobank.
Kita sudah mencapai Kemerdekaan lebih setengah abad yang lalu. Dasar pertanian negara masih lagi terombang ambing. Kearah mana golongan masyarakat luar bandar terutamanya orang Melayu menempuh hidup.
Di luar bandar terdapat beribu-ribu ekar tanah terbiar yang terdiri daripada tanah rezab Melayu. Sayangnya tanah ini tidak dapat dimajukan melainkan ditanam dengan Getah atau Kelapa sawit, dan disebut sahaja pekebun kecil. Konsep pekebun-pekebun kecil ini jelas juga menampakkan ikon kemiskinan dalam banyak espek.
Semasa saya berada di Jerman mengikuti kursus, saya amat kagum dengan petani-petani. Kebanyakan petani-petani kaya raya. Mereka ini dijaga dan diurus dengan baik oleh Kementerian Pertanian.
Saya pernah mengikuti dN melawat sebuah ladang bersama-sama dengan seorang Pegawai Pertanian dari Landwirtchaft Versuchanstalt,Darmstadt. Masalah petani ini hanyalah kolam ikannya terlalu banyak rumpai. Sebelum masuk ke ladangnya petani terlebih dahulu bertanya tentang pengalaman pegawai tersebut. Dia juga bertaya tentang kehadiran saya. Akhirnya kerja-kerja memusnah rumpai dijalankan…..Percuma
Di Malaysia ini tidak ada lagi semangat demikian. Tidak ada lagi extension workers yang mahu menunjuk ajar kepada Petani. Pekebun-pekebun kecil sentiasa saja tertipu
Benih yang bukan terpilih. Baja yang tidak diketahui kandungan dan kesesuian nutriennya dan berbagai-bagai lagi penipuan yang dilakukan terhadap pekebun-pekebun kecil
Malaysia kini menuju kearahan negara berpendapatan tinggi. Bagaimana pula golongan, pekebun kecil, penanam padi, penternak dll. Mungkinkah kemiskinan di luar bandar berulang lagi seperti dalam tahun 50 – 60an.
Pak Ungku Aziz, mungkin tersenyum membaca posting blogs saya kali ini.
kan??? macamana nak kaya? sebut je pertanian..sume lari lintang pukang masuk opis ber-air-con...
ReplyDelete