er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, July 25, 2010

TANAH DIAMBIL BALIK DENGAN TIPU HELAH AHLI EXCO

No-1
Bila melihat buah Limau bali atau Limau tambun (Citrus maxima) teringat saya peristiwa yang sungguh menyayatkan hati. Walaupun peristiwa ini berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu, kecewa dan sedih ini tidak mungkin boleh saya lupakan sepanjang hidup saya
Saya telah menjalankan penyelidikan tentang Limau bali dan telah menanam Limau ini seluas 6 ekar, di Gesir Tengah, Ulu Selangor. Seorang peladang Limau dari Tambun, telah memberikan rahsia menanam Limau bali dan telah menyediakan benih limau bali yang tulen untuk saya. Mengikut peladang Limau ini, ladang seluar 10 ekar boleh menghasilkan keuntungan RM120,000 setahun. ( Nilai wang pada masa itu.)
Banyak wang telah dibelajakan, terutama membeli tanah, membangunkan kebun dan membeli benih tulen. Projek ini merupakan pelaburan untuk bersara.
Pada 7 November, 85 penjaga ladang saya menalifon dan memberi tahu bahawa ladang telah di tolak Saya bergegas ke ladang dan alangkah terkejut dan sedihnya semua pokok Limau saya telah ditolak dan di buldoze rata.
No-3 No-2

Pada 9.Nov. 85 saya bergegas ke Pejabat Tanah Ulu Selangor dan menemui Pegawai Tadbir Tanah yang berkenaan. Saya diberi tahu, tanah saya akan diambil balik untuk Projek Hala Cara Baru dan Kampung Tersusun, Gesir Tengah. Satu Projek anjuran YB Dato’ Exco kerjaan negeri Selangor.
Saya diberi tahu juga YAB Perdana Menteri Dr Mahathir Muhamad akan melawat projek tersebut pada 8 Disember, 85 untuk perasmian pecah tanah. Oleh sebab itu tanah ( Ladang saya) perlu dibersihkan dengan segera untu perasmian tersebut
Saya tidak mengambil tindakan seperti melaporkan kejadian ini kepada polis, oleh sebab saya tersangat bangga terdapat projek untuk orang Melayu di situ.
Pada 8 Disember, 1985 saya pergi ke ladang saya dengan harapan untuk bersama dengan YAB Perdana Menteri dalam lawatan itu. Alangkah terkejutnya saya tidak seorangpun berada di tanah berkenaan.
Pada petang 14 Disember, 85 saya berjumpa dengan YB Dato’ Exco dan memberi tahunya adalah menjadi kesalahan dalam pengambilan balik tanah ini dengan tidak mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah. Beliau menyalahkan Pegawai Daerah dan menyuruh saya berjumpa dengannya. Beliau juga menetapkan temu janji dengan Pegawai Daerah.
Subuh lagi pada 16 Disember, 85 saya bertolak dari Kajang ke Kuala Kubu Baru untuk menemui Pegawai Daerah. Alangkah terkejutnya saya Pegawai Daerah cabut lari.

Besoknya, semasa saya berada di Pejabat, di UKM sebuah kereta dari Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru datang dan membawa Cek untuk bayaran pampasan. Episod ini merupakan sejarah dalam pentadbiran tanah, begitu cepat bayaran pampasan dibuat. Tetapi jumlah pampasan menghampakan.
Bagaimanapun, saya terima pampasan tersebut, secara bantahan. Pegawai yang membawa Cek itu terkejut apabila saya terima pampasan tersebut dengan bantahan. Maknanya kes ini tidak selesai begitu sahaja dan akan pergi ke Mahkamah.
no-4 No-5

Saya terus mengumpulkan segala bukti dan tuntutan termasuk menulis kepada YAB Perdana Menteri melalui Bahagian UMNO saya, di Perak. PM menjawab surat saya dan tidak ada lawatan ke Projek Hala Cara Baru dan Kampung tersusun Gesir Ulu Selangor. Seterusnya saya menulis kepada BPR, Pejabat Biro Pengaduan Awam dan kepada media. Hanya media The Star, 30 Mar. 87 dan Watan 4 April, 87 sahaja yang menyiar tulis saya.

no-6 No-7
Pada 23 Feb. 87 saya menemui YAB Menteri Besar Selangor. Setelah menunggu hampir 4 jam barulah dibenarkan masuk untuk menemui YAB. YAB langsung tidak melayani dan terus membaca Malay Mail di tangannya. Beliau mengambil dokumen yang di tunjukkan dan menanda tangan, ia itu arahan kepada PTG. Tidak sampai 1 minit pun dengan YAB dengan muka yang masam. Saya terus keluar. Dia tidak tahu sahaja juga seorang Ahli UMNO
no-8 Pada 26 May, 88. satu penyelesaian di luar mahkamah di adakan. Saya bersama-sama Peguam dan Penilai Harta Tanah saya. Alangkah terkejutnya saya, dalam proses penyelesaian itu, Peguam Negeri Selangor begitu angkuh dan menanya sama ada saya memahami bahasa Inggeris dan memberi tahu peguam saya jika tidak bersetuju dengan penyelesaian ini boleh terus ke Mahkamah.
Saya terpaksa mencelah dan minta perkara ini diselesaikan di mahkamah. Peguam Negeri Selangor agak terkejut apabila saya katakan saya bukan orang kampung Gesir Tengah Ulu Selangor. Saya ialah pegawai kanan kerjaan, Saya bukan sahaja boleh bahasa Inggeris tetapi juga bahasa Jerman. Juga mempunyai Ijazah Jerman
Saya cabar beliau bahawa, pengambilan balik tanah ini tidak mengikut undang-undang dan nama YAB Perdana Menteri digunakan dalam proses pengambilan balik tanah.
Akhirnya, saya ditawarkan dengan tuntutan mengikut penilaian yang dibuat oleh Penilai Hartanah walaupun jauh daripada tuntutan saya. Peguam saya memujuk saya supaya menerima tawaran tersebut.
Hari ini tanah yang dirampas sudah dibangunkan dengan projek perumahan, Tapak perniagaan oleh orang-orang kenamaan dalam politik. Ahli JKKK dan Ketua Kampung semuanya dapat lot tanah serta rumah. Sebuah Masjid juga tersergam indah.
Penjaga ladang saya juga dapat satu lot dan rumah percuma. Malangnya beliau telah meninggal dunia dan anak-anaknya masih belum mendapat geran tanah tapak rumah berkenaan walaupun sudah hampir tiga dekad.
Peristiwa ini berlaku, merupakan permainan politik orang-orang kenamaan UMNO. Mereka menyangkakan tanah itu dipunyai oleh orang kampung dan boleh ditipu helah dalam pengambilan balik. Mereka sanggup menggunakan nama YAB Perdana Menteri.
No-10
Kini tanah yang telah diambil balik menjadi tapak perniagaan orang kenanamaan tertentu
No 11
Peristiwa ini juga berlaku semata-mata ada sebuah Syarikat Bumiputra melobi kerjaan negeri Selangor dan sanggup membina sebuah Masjid dan membayai projek Kampung Tersusun Gesir Tengah Ulu

Selangor No 12
Sejak peristiwa yang menyayatkan hati ini berlaku, saya tidak lagi berminat mendapingi politik, terus berhenti menjadi ahli UMNO. Sedih dan kesal. Rupa-rupanya kebanyakan mereka mencari kekayaan melalaui UMNO, bukan berjuang untuk bangsa.

5 comments:

  1. Redha dan anggaplah sebagai amal jariah yang akan menambahkan timbangan amal ibadat diakhirat kelak.

    ReplyDelete
  2. geram tengok gambar bulldozer tolak pokok limau tuh...eeeeiii...

    ReplyDelete
  3. semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua....ini semua adalah kerja kerja manusia yang tamakkan atau gilakan harta dan kuasa di dunia semata....InsyaAllah kita semua akan mendapat keuntungan dunia dan akhirat.....sabar tuan....

    ReplyDelete
  4. kesian tuan. sabar saja lah!
    di akhirat kelak mungkin dapat ganjaran setimpal atas kesabaran tuan :)

    ReplyDelete
  5. Memang sebahagian besar orang nak kaya melalui jalan penipuan...khususnya mereka yang dimaksudkan oleh penulis. Dulu, kini dan selamanya...menipu.

    ReplyDelete