er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, May 30, 2010

Buat Pargola Polycarbonate


Lama juga saya tak menulis dalam blogs saya. Sebabnya saya terlalu ghalib dengan buat pargola polycarbonate. Dengan bantuan seorang perkerja mahir Indonesia, saya dapat menyiap pargola dalam tempoh 25 hari. seronoknya kalau kita buat sendiri.
Dengan nasihat Pak Kadir, saya gunakkan kayu terpakai sahaja. Jadi saya dapat kayu cengal, resak, kempas dan meranti. Sejenis kayu yang saya cari selama ini, ialah kayu sungkai ( False Jati) dapat sebatang. Kayunya tersangat halus dan menarik.
Masa nak beli polycarbonate tu, saya tertipu juga. Harga satu kaki persegi RM5.50. Mujur Poly ini untuk sulur kecil, di belakang rumah. Kemudian dengan pertolongan seorang teman harga sebenarnya ialah RM2.60 sahaja. Memang kalau tak ada pengelaman alamat kena tipu. Memasangnya amat mudah sekali hanya dengan screw sahaja
Masa beli kayu juga nasib baik tak tertipu. Seorang penjual menawarkan harga RM 14.00 satu kaki bagi satu tiang. Jadi kalau 10 kaki pajang tiang, bermakna harganya RM140.00 sebatang tiang. Mujur lah ada seorang penjual memberi tahu harganya, hanya RM10.00 satu kaki sahaja.
Jadi saya sangat puas hati dengan pargola dan polycarbonate saya. Bukan itu sahja, saya sudah jadi pakar dalam buat pargola polycarbonate.
Ada sesiapa yang berminat?

8 comments:

  1. aik..dah jadi pakar wat pargola polycarbonate?
    alamat bungkus la subcon yang lain...
    hehehe.
    PS: bila nak wat free kat BM?

    ReplyDelete
  2. Berapa kos utk buat sume tu bang..teringin juga nak buat...kalu jenis kayu ni berapa lama boleh tahan..

    ReplyDelete
  3. Boleh tahu kat mana beli polycarbonat tu, Kedai dekat rumah saya di hulu langat mahal sangat, RM6-RM8.

    emel: mat_imin@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, maaf nak tanya kat mana nak cari polycarbonate tu ek???? saya tanya kat seri kembangan selangor dia kira 1 kaki persegi rm18.... tolong emailkan di zuhairawatipawzi@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  5. Polycarbonate boleh dibeli di Kajang Satu kaki RM 2.80 je, buatan Malaysia. Beli kayu second hand dan buat sendiri. Cuba call o387381162

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan... boleh tak emailkan alamat kedai polycarbonate tu.... far1977@gmail.com. Tak dapat alamat sebenar pun takpa asalkan ada nama jalan dan sedikit gambaran.

      tq.

      Delete
  6. Harga murah mahal bukan kriteria kena TIPU..kena faham betul2. polycarbonate ada mcm2 jenis.
    1. Standarad Bayer 50% dan recycled 50% harga RM2.50-RM5.50
    2. Standarad Bayer 75% dan recycled 25% harga RM5.50-RM8.50
    3. Standarad Bayer 100% harga RM8.50-RM30.00

    Harga murah tu ada kah seperti quality 100% bayer...mustahil kan? Lagi pula polycarbonate ini ada jenis hollow(belubang=murah) dan sheet (kepingan padat) mahal.

    Harga juga ditentukan dengan ketebalannya dari 1mm hingga 25mm.

    JADI..jangan sebarangan kata kena tipu....SILAP2 dengan harga RM2 ++ hanya LOW quality dan nipis.....

    haha...wak bukan nyaris tertipu tapi nyaris menipu diri sendiri......
    ooops llupa nak bagitau...ada yang UV dan ada yang tiada...semua harga berbeza beb...jangan mudah kata tertipu......kwang2

    ReplyDelete
  7. saya nak beli y harge paling murah,,berapa ingit sekaki, y saya tau sekeping ader 2-3 saiz jer,,

    4kaki x 7 kaki,
    4kaki x 6 kaki,
    4kaki x 8 kaki,

    saya nak tau harge y paling murah,,sy berminat,

    as_45@ymail.com

    ReplyDelete