Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk seri Rais Yatim membangkitkan isu mengapa 5150 penulis buku di negara ini tidak boleh hidup daripada hasil penulisan, sedangkan nilai jualan buku mencecah RM2.1 bilion.
Datuk Seri Rais Yatim membangkitkan perkara ini semasa melancarkan buku Najib Razak-A Sense of Mission pada 31 Mac, 2010. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Rais Yatim yang berani membakitkan perkara budaya songsang dalam masyarakat kita.
Hampir saya tidak percaya terdapat 8,184 syarikat penerbitan sedang terdapat 5150 penulis buku. Maknanya lebih banyak syarikat penerbitan daripda penulis. Kita tidak tahu berapa banyak pula syarikat percetakan. Syarikat penerbitan dikatakan mencatat keuntungan berjuta-juta ringgit. Kita tidak tahu berapa banyak pula syarikat percetakan( Printer) mendapat keuntungan. Semua keuntungan ini mungkin hasil daripada titik peluh penulis.
Biasanya penulis akan menghantar manuskripnya kepada Penerbit ( Publisher). Penerbit akan mengkaji manuskrip dari segi potensi pasaran. Sekiranya potensi pasaran yang menguntungkan, perjanjian biasanya akan dibuat antara penulis dan penerbit. Dalam perjanjian ( kontrak ) ini biasanya akan ditetapkan royalti, jumlah naskhah dll. Ini sebagai formaliti sahaja.
Penerbit dan Pencetak ( Printer) akan bersekongkol menerbitkan lebih banyak naskhah daripada yang ditetapkan dalam perjanjian. Seterusnya menjual buku ini secara formal atau tak formal. Jumlah naskhah seperti yang ditetapkan dalam berjanjian biasanya tidak terjual. Biasanya tersimpan dalam setor. Oleh kerana naskhah ini tidak terjual, penulis tidak mendapat royalti sepenuhnya. Selepas dua tahun buku-buku ini biasanya dilelong dengan harga yang murah.
Saya pernah menulis sebuah buku dan diterbitkan oleh Penerbit sebuah pusat pengajian tinggi.
Buku ini diterbitkan dalam tahun 2000 dan jumlah naskhah yang diterbit ialah 1000. Hingga sekarang ini buku ini belum lagi habis dijual, tetapi hairannya dimana-mana sahaja terdapat buku saya ini. Agaknya terlalu banyak naskhah diterbitkan sehingga 10 tahun tak habis dijual.
Saya kira, YB Datuk Seri Rais Yatim, tidak sahaja membangkitkan perkara ini tetapi mencari jalan penyelesaian tentang budaya songsang yang sudah lama bertapak.
No comments:
Post a Comment