er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Wednesday, January 27, 2010

Satu Lagi Projek Ladang Pokok Gejala Negatif

Akasia-1  Akasia 2

    Ladang pokok hutan Acacia mangium

 

Pine (1)

                                               Pine

Ladang pokok Pain Pinus merkusii dan Pinus caribea

Pada 14 Januari, 2010 saya telah menulis tentang ladang pokok, ia itu pokok Jati, Sentang dan Merawan siput jantan dan ramai yang menanggung kerugian dan merasa tertipu.

Satu Ladang pokok hutan ia itu ladang pokok  Acacia mangium. Kononnya pokok Akasia ini cepat membesar dan dalam tempoh 5-10 tahun boleh menghasil balak yang boleh diexport. Beribu-ribu ekar telah ditanam dan jika  memandu ke utara melalui lebuh raya utara-selatan, sebelum sampai ke Tanjong Malim terdapat papan tanda “We are greening the earth with Acacia mangium”

Tidak sampai pun 10 tahun ladang Akasia ini terus die back kerana pokok ini tidak berdaya maju dalam iklim tropika Malaysia. Berjuta-juta ringgit di belanjakan oleh Jabatan Perhutan ?. Mustahil pegawai perhutan tidak tahu tentang pokok Akasia ini berasal dari Australia yang memerlu hawa dingin.

Sekarang ini di ladang berkenaan mula ditanam dengan pokok getah klon balak. Syabas, klon ini bukan sahaja boleh menghasil getah, tetapi juga selepas 7 –10 boleh menghasilkan balak. Balak kayu getah sekarang amat tinggi harganya sehingga tidak boleh diexport

Teringat saya semasa masih menuntut di Serdang. Menteri Pertanian, pada masa itu, Allahyarham Aziz Ishak. Beliau bercadang untuk memulakan industri Kertas dengan menanam pokok Pain. Percubaan telah dijalankan oleh pegawai-pegawai perhutanan Kepong. Pecubaan menanam pokok Pain, Pinus caribea dan Pinus merkusii amat berjaya ( Lihat gambar ). Malang sekali Aziz Ishak tidak dapat melihat kejayaannya itu.  Kita juga merasa kagum dengan ketabahan dan kepintaran Foresters Kepong pada masa itu.

Saturday, January 16, 2010

MALAYSIA MEMPUNYAI BILANGAN SPESIES PALAMA ANTARA YANG TERKAYA DI DUNIA, TETAPI...










Empat spesies Johannesteijsmannia yang hanya terdapat

di Malaysia




Malaysia ialah sebuah negara palma; daripada lambaian pohon Kelapa di pantainya, barisan-barisan Kelapa sawit yang menghijau di ladang-ladang yang luas hinggalah kepada hutan-hutannya yang ditumbuhi oleh berbagai-bagai spesies palma yang menembusi kanopi pokok-pokok hutan.

Kita dekati hutan hujan tropika kita ini, tebing sungai dan payanya ditumbuhi oleh Kelubi, Kepau, Tronok, Cinkai, Salak dan Serdang, bukit dan gunung ditumbuhi oleh Langkap,Taha, Rabuk dan Bertam serta di bawah pokok-pokok hutan besar dan kecil tumbuh Palas, Legong, Tronok dan Pinang boreng. Dan lebih jauh ke dalam hutan, kita akan dihalang oleh duri-duri tajam daripada Rotan kecil dan besar yang membelit-belit pokok-pokok besar masing-masing dengan habitatnya

Pertumbuhan berbagai-bagai spesies palma ini menjadikan hutan hujan tropika Malaysia ini begitu unik dan jarang-jarang terdapat di negara-negara lain. Oleh sebab itu Malaysia terkenal sebagai negara palma dan merupakan negara yang terkaya dengan bilangan spesies palmanya selepas Amazonia.

Kekayaan alam semula jadi ini semakin hari semakin diancam kepupusan dan malangnya kita tidak memuliharanya sepenuh hati. Dasar pemuliharaan kepelbagaian biologi ( Conservation of Biodiversity) tinggal di atas kertas sahaja.

Ancaman kepupusan banyak spesies Palma ini adalah disebabkan pembangunan fizikal kita yang tidak terkawal. Selain itu, banyak spesies palma kita yang endemic dan yang menarik dicuri oleh pemungut-pemungut palma. Antara spesies yang mahal ialah seperti laJohannesteijsmannia altifrons, J. perakesnis, J. lanceolata, J. magnifica, Livitona endauensis, L. tahanensis dan banyak lagi yang mendanpat harga yang mahal di luar negara

Saya tidak begitu kecewa dengan kecurian ini kerana pokok-pokok ini akan ditanam di taman-taman palma negara-negara tertentu. Jadi spesies palma ini terpulihara diluar negara. Yang kita terlalu kecewa, taman-taman kita di Malaysia, baik di Putrajaya dan Bandar Bandar Raya maupun disekitar taman awam dipenuhi oleh spesies palma yang diimport. Jelas sekali kita langsung tidak mengambil kira Dasar pemuliharaan kepelbagaian biologi ( Conservation of Biodiversity) yang kita menjadi jaguhnya sedikit masa dahulu.

Tidak lama dahulu Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur bercadang untuk membangunkan sebuah taman di Bukit Kiara yang bernilai berjunta-juta ringgit. Beberapa syarikat perunding menyampaikan tema taman masing-masing. Sebuah syarikat perunding Landskap menyampaikan presentasinya yang begitu baik iaitu Palmarum Malaysina atau Taman Palma Malaysia.

Malang sekali konsep dan tema Palmarum Malaysiana ditolak dan diganti dengan konsep Taja Pokok atau Sponsored Trees. Penanja akan membeli pokok dan menanamnya sendiri. Tentulah sponsors ini orang-orang kenamaan.

Thursday, January 14, 2010

PROJEK LADANG POKOK - SATU GEJALA NEGATIF DALAM PERLADANGAN POKOK HUTAN





Pokok dan Infloresen Tectona grandis





Kira-kira satu dekat yang lalu ramai di kalangan rakyat Malaysia berlumba-lumba memulakan projek ladang pokok hutan, ia itu projek menanam pokok Jati atau lebih dikenali juga dengan nama saintifiknya Tectonia grandis

Kempen menanam pokok Jati ini tersebar luas. Kononnya penanaman pokok Jati ini sangat menguntungkan. Dalam tempoh sepuluh tahun saja, ladang Jati seluas sepuluh ekar boleh mendapat pulangan sehingga berjuta ringgit, hasil daripada jualan balak pokok Jati

Selain pokok Jati, pokok Cengal pasir atau Merawan siput jantan ( Hopea odorata ) dan pokok Sentang ( Azadirachta excelsa ) juga disyorkan dalam projek perladang hutan ini.

Ramailah yang mengambil bahagian dalam projek perladangan hutan pokok Jati, Sentang dan Cengal pasir ini. Berjuta-juta anak pokok Jati, Sentang dan Cengal diimport dari negara jiran. Satu perniagaan manipulasi jual-jual anak semaian yang sungguh mengguntung kepada orang-orang tertentu. Ada Jati emas, ada Jati perak dan Jati biasa dengan harga yang berlainan. Di sana sini terdapat ladang pokok Jati, Sentang dan Cengal pasir di tanam di sekitar bandar dan dewan badar raya sebagai elemen landskap. Yang paling ketara ialah landskap kiri kanan lebuh raya utara selatan dari Perlis hingga ke Johor dipenuhi dengan tanaman pokok Jati.

Kini cerita Jati emas, Jati perak, Sentang dan Merawan siput jantan atau Cengai pasir tiada kedengaran lagi. Orang-orang yang berkecimpung dalam projek perladang hutan ini, mungkin kini menggaru kepala. Jati yang ditanam “hidup segan mati tak mau”. Mungkin 20 hingga 30 tahun lagi, pokok Jati ini boleh di balak

Pokok Jati atau lebih terkenal dengan nama saintifiknya Tectonia grandis yang tergulung dalam famili Verbanaceae, berasal dari Myanmar dan Thailand. Tidak ada spesies atau varieti yang di panggil Jati emas atau Jati perak. Pokok ini hidup dalam habitat semula jadinya memerlukan hawa dingin dan panas, iaitu dua musim yang paling ketara di Myanmar dan Thailand. Di Malaysia pokok ini tidak baik hidupnya kecuali di utara semenanjung, yang mempunyai musim sejuk dan panas seperti di negeri Perlis.

Cengal pasir atau Merawan siput jantan juga berasal dari Myanmar dan Thailand. Pokok ini boleh di balak hanya setelah berumur 40 hingga 50 tahun
Pokok Sentang pula berasal dari Sulawesi dan tidak tergulung dalam kayu balak yang baik.