er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Wednesday, October 14, 2009

Buah Marang Asal Usul Bandar Marang Terengganu

Artocarpus odoratissimus
Famili: Moraceae
Nama Tempatan: Marang
Tarap
Pingan


Semasa saya melawat Taman Pertanian Tenom Sabah, saya telah ditunjukkan sebatang pokok yang lebat berbuah. Setelah melihat buahnya dan labelnya ditulis Artocarpus odoratissimus
jelaslah pokok ini yang saya cari selama ini. Orang Sabah memanggilnya Tarap dan Pingan. Orang Sulu pula memanggilnya Marang. Orang Basilan dan Mandanao pula memanggilnya Morang.

Di Terengganu terdapat sebuah bandar yang di Panggil Marang. Mungkinkah bandar ini dinamakan atau dikaitkan dengan pokok Marang. Sukarlah hendak membuktikannya, kerana pokok Marang mungkin tidak ada lagi di sekitar bandar tersebut dan pokok Marang pula bukanlah berasal dari Semenanjung. Pokok Marang berasal dari Borneo, kepulauan Sulu dan Mandanao. Pokoknya masih lagi terdapat tumbuh liar di hutan atau ditanam di kampung-kampung.
Masyarakat Melayu zaman dahulu amat terkenal sebagai ahli pelayaran. Mungkin ada di kalangan ahli pelayaran ini membawa balik buah-buahan, termasuklah buah Marang ke Terengganu. Buah Marang ini ditanam di sebuah penempatan dan kerana keunikan buah Marang, tempat itu terus di namakan Marang. Dalam hal ini banyak bukti yang boleh dipercayai. Banyak persamaan nama-nama buah-buahan antara Semenanjung Malaysia dan Filipina.

Pokok Marang merupakan pokok yang sederhana saiznya, mencapai ketinggian 20 meter dan berbanir sedikit. Buahnya sinkarpa, subglobos, 15 - 20 cm panjang, 10 - 13 cm lebar, kulitnya bak duri lembut tumbuh rapat-rapat, sepanjang 1 cm. Bijinya sub globos, 2 cm diameter dan dibaluti isi yang tebal berwarna keputihan, berjuz dan beraroma kuat. Rasanya manis.

Marang mudah dibiakan dengan cara menyemai biji benih. Marang merupakan buah nadir dan tidak dibudidayakan sebagai tanaman.

Ismail Saidin
Consultant Botanist & Malay World






2 comments:

  1. Terima kasih kerana buat penyelidikan tentang asal usul Bandar Marang...sya dah lama mcari knapa dberi nama sdemikian...

    ReplyDelete
  2. tak pernag dengar lah pulak teori Marang ni, asal usul namanya dari buah Marang....tapi setahu saya, mengikut apa yang diceritakan oleh beberapa orang2 lama di kampung saya, asal nama Marang di di ambil bersempena dengan nama tokey peraih ikan cina kat marang yang bernama Ma. Setiap kali orang nak jumpa dia, dia mesti berada di tepi pantai dekat "rang" (para yang digunakan untuk menjemur ikan). So dialog yang sering didengari ialah "Ma kat rang nung". Pasal tu, dikalangan penduduk setempat, istilah "Marang nungggg" masih lagi digunakan oleh orang2 lama...

    ReplyDelete