Malaysia amat terkenal dengan kepelbagaian flora antara yang terkaya dan tertua di dunia. Ada spesies antara flora ini yang tersangat unik, ia itu Akar periok kera atau lebih dikenali juga sebagai Nepenthes.
Nepenthes ampullaria
Keunikan Akar periok kera ini, tip daunnya membesar dan membentuk seperti mangkuk dengan berbagai-bagai saiz dan bentuk serta warna warna yang menarik mengikut spesies.
Mangkuk-mangkuk ini biasanya bertujuan untuk memerangkap serangga. Dalam mangkuk ini terdapat air bertakung dan sekitar pemukaan mangkuk terdapat pula sumbar-sumbar nektar. Serangga-serangga akan tertarik dengan nektar-nektar ini dan biasanya akan terjatuh dan mati lemas dalam mangkuk. yang bertakung air. Serangga-serang yang mati dicerna dan nutrien yang dicerna menjadi makanan bagi pokok periok kera ini.
Di Malaysia terdapat kira-kira 85 spesies Akar periok kera. Masih banyak spesies yang masih belum ditemui, terutamanya di Sarawak dan Sabah. Usaha untuk memulihara tumbuhan ini tidak banyak dilakukan. Pembangunan pesat yang tidak terkawal mungkin akan mengancam kepelbagaian spesies akar periok kera.
Semasa saya melawat beberapa Taman Botani di German dahulu saya perhatikan banyak pokok Akar periok kera ini sudah dilakukan penghibridan dan dijadikan tanaman hiasan yang sangat mahal. Lebalnya menunjukkan tanaman ini berasal dari Malaysia
Usaha untuk membudidayakan tanaman Akar periok kera atau Nepenthes ini tidak banyak dilakukan, sedang tanaman ini berpotensi besar sebagai tanaman hiasan yang boleh dijadikan elemen seni taman Malaysia. Keunikan Nepenthes boleh menarik pelancong luar negara.