er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Tuesday, September 14, 2010

PELBAGAI GUNA POKOK ANGSANA

Mungkin ramai yang kenal  pokok Angsana ( Pterocarpus indicus) kerana pokok ini banyak ditanam di sekitar bandar dan bandar raya. Bagaimanapun tidak ramai yang tahu tentang kepelbagaian kegunaan pokok ini.

Angsana -2

Pterocarpus indicus

 

Pokok Angsana berasal dari kepulauan Solomon dan New Guinea tersebar luas hingga ke Indonesia, Malaysia, Indochina, Filipina dll . Oleh sebab pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan, ia diberi berbagai-bagai nama. Di Malaysia dipanggil Angsana, Sena, Pedauk. Di Filipina dipanggil Narra dan popular sebagai Pokok Kebangsaan. Selain itu dipanggil juga Amboyna, Rose wood, Red sandle wood dan sebagainya

Pokok Angsana mula ditanam di Pulau Pinang dalam 1802 sebagai hiasan teduhan sisi jalan dan diikuti Melaka. Hingga sekarang pokok Angsana masih banyak ditanam sebagai hiasan sisi jalan.

Bagaimanapun, penanaman pokok Angsana ini tidak dibuat dengan betul dan tidak dijaga rapi  menyebabkan pokok ini mudah tumbang dan dahannya mudah patah apabila berlaku angin kencang,  seterusnya merosakkan harta benda.

Pokok Angsana mudah hidupnya dan mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Batang sepanjang 2 meter boleh ditanam terus ke tanah. Pokok ini boleh hidup dalam sebarang jenis tanah. Malah tanah gersang, tanah berair dan berlumpur pokok ini boleh hidup baik.  Ia juga mempunyai banir dan akar yang kuat. Yang paling menarik anai-anai bersimbiosis dengan pokok ini, hingga pangkal pokok ini menjadi seperti busut.  Pokok ini boleh dilakukan cantasan membentuk, cantasan pembaharuan dan cantasan pemulihan.

Saya telah menggunakan pokok Angsana ini untuk menstabilkan cerun. Pernah berlaku tanah runtuh di Komsis A, UKM dan saya telah menstabilkan cerun dengan menanam pokok Angsana. Hingga hari ini saya kira cerun itu cukup stabil.

Saya rasa banyak cerun sekitar Lebuh Raya Utara Selatan dan cerun-cerunlebuh raya yang terdapat di Malaysia boleh distabilkan dengan menanam pokok Angsana, selain berbagai pokok yang lain.

Saya sangat tertarik dengan pokok Angsana atau pokok Sena. Kayu pokok Sena ini  sangat cantik dan di Filipina, kayunya yang dipanggil Narra dan dijadikan perabot yang sangat mahal harganya. Lebih menarik lagi kayu Angsana ini boleh di buat peralatan  muzik seperti guitar.

angsana 2 angsana

Guitar yang diperbuat daripada kayu Angsana

 

Saya sekali kita tidak membudidayakan pokok Angsana  atau Sena. Kita lebih suka menanam pokok yang diimport. Sehingga kina 90% pokok yang ditanam di taman-taman di Malaysia terdiri daripada pokok yang import

      Buai laju-laju,

           Sampai bali sana;

       Apa dalam baju,

            Kuntum bunga Sena

      Buai laju-laju

           Bawah pokok Sena

      Apa dalam baju

           Ada kertas warna

 

Ismail Saidin

Botanist and Malay World

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum.

    Terima kasih atas banyak pengetahuan di dalam blog tuan ini.

    Nama saya Mohamad, juga berkhidmat di sebuah IPTA. Saya berminat untuk menceburi bidang pertanian terutam tanaman buah-buahan yang jarang dilakukan.

    Saya berminat menanam pokok buah delima ekoran membaca perihal manfaatnya. Setakat ini, jus buah delima diimport dari Turki.

    Sukacita mendapat saran tuan tentang perkara ini dan emel saya ialah mo_hamad@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengikuti blog saya.
    Pokok Delima tidak begitu baik hidupnya dan tidak dapat menghasilkan buah. Pokok ini berasal dari Iran dan kawasan sub temperate.
    Sebenarnya di Malaysia terdapat berbagai-bagai buah yang boleh dijadikan minuman. Lihat sahaja Manggis kini amat popular sebagai cordial. Penyelidikannya dibuat di luar negara. Apa boleh buat negara kita tidak berminat dalam hal-hal ini dan banyak tumbuh-tumbuhan kita sudah pupus
    Saya baru menyiapkan sebuah buku Dalam Dusun Melayu dan akan terbit tidak lama lagi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

    ReplyDelete
  3. Pokok kiwi diBukit Larut Taiping masih ada lagike?

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya pelajar dari jurusan town planning..
    ingin bertanya mengenai harga pokok angsana..

    ReplyDelete
  5. Dear Ismail,

    Where can i get the buah delima?
    Pls.

    TQ

    tommy_teh@yahoo.com 019-3334763

    ReplyDelete
  6. Dear Tommy,
    You can buy buah Delima at Supermarket. The fruits are imported from China, Iran or Pakistan.

    ReplyDelete