er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, August 29, 2010

Mengawal tanah runtuh dan menstabilkan cerun secara ekoloji Tumbuhan

Sekiranya anda memandu di lebuh raya utara selatan, anda dapat melihat dikiri kanan lebuh raya ini cerun-cerun ditumbuhi oleh Paku pakis  Resam (Dicranoteris linearis).

ResamResam 2

Pokok Resam ini tumbuh sendiri dengan sebaran sporanya yang dibawa angin. Natur (Nature) memaiankan peranan untuk menutup muka bumi yang gersang, tercemar dan cuba menyuburkan semula muka bumi yang telah ditolak tambus.

Bagaimana Resam ini dapat hidup di atas bumi yang gersang amat menakjupkan. Dalam tempoh yang sengkat cerun-cerun ditutupi oleh Resam, selain memberi pendangan yang menarik serta menstabilkan cerun.

Rasanya pihak yang tertentu tidak perlu membayar satu sen pun dalam menghijaukan kiri kanan lebuh raya ini seterusnya menstabilkan cerun

Resam 1 Resam 4

Dalam menstabilkan cerun, pokok Resam ini membunuh Lalang ( Imperata cylindrica) dan lain-lain rumpai. Setelah hidup subur, rimbunan pokok Resam ini tempat perlindungan burung-burung untuk berehat atau tidur.Burung seperti merbah dan kelicap membawa biji-biji benih dalam najis/beraknya. Biji benih ini akan bercambah di bawah rimbunan pokok Resam.  Anak-anak pokok seperti Senduduk ( Melastoma),Mahang (Macaranga) Halban (Vitex pinnata), Akasia, Ficus dll.tumbuh dengan subur.  Akhirnya pokok Resam memberi laluan kepada pokok-pokok di atas, untuk tujuan menghutan semula dan menstabilkan cerun.

Malangnya pembinaan cerun-cerun oleh jurutera-jurutera, tidak memikirkan kepentingan ekoloji persekitaran. Ada cerun-cerun yang terlalu curam hingga melebihi 45 darjah. Bukan itu sahaja, terdapat pula teres-teres cerun dibina parit-parit kongkrit. Kononnya hendak melarikan air dari curam dan cerum.Saya kira tidak ada di dunia ini parit-parit dibina di atas bukit.

Pembinaan parit-parit di atas curam dan cerun ini menambah keadaan kegersangan tanah dan tanah-tanah literit akan merekah-merekah dan mikrops tanah tidak dapat hidup baik.

Parit-parit di atas curam dan cerun ini ada kala rosak dan pecah disebabkan pergerakan tanah. Jadi air akan mencurah-curah keluar hingga menyebab hakisan seterus kegelinciran cerun.

 

DSCN6578

Resam 5

Kegelinciran cerun ini ditutup dengan plastik dan akhirnya dibina pula konkrit batu batan. Beratus-ratus pembinaan konkrit batu batan didapati dibina sepanjang lebuh raya utara selatan. Kosnya agak mahal tetapi ada juga peluang pekerjaan bagi kontraktor klas F

Sebenarnya bagi mengawal hakisan, kegelunsuran cerun,  tanah runtuh dan sebagainya boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok yang dipilih khas bagi tujuan ini. Teknik ini dipanggil bioengineering.  Saya telah menjalan teknik ini dan dapat mengenalpasti spesies tumbuhan yang dapat mengawal dan menahan tanah runtuh. Percubaan yang saya jalan di kampus UKM kira-kira suku dekad yang lalu menunjukkan kestabilan cerun dan tidak berlaku tanah runtuk dicerun-cerun yang tanam dengan pokok-pokok yang dipilih khas.

Saya sangat berminat untuk berkongsi pengalaman dalam penyelidikan Bioengineering ini.

Tuesday, August 24, 2010

Pertanian Ikon Kemiskinan…?

Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara pertanian.  Sebilangan besar rakyatnya masih lagi bergantung hidup kepada sektor ini.

Pada satu ketika dahulu  sektor ini memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara. Tetapi kini pertanian merupakan ikon kemiskinan?

Bila kita sebut sahaja petani, peladang, pesawah penoreh getah, tukang kebun, nelayan, penternak dan peneroka terbayang di dalam minda kita wajah-wajah kemiskinan. Ramai yang tidak lagi berminat untuk berkecimpung dalam sektor ini.

Pada satu ketika dahulu, bermulanya era DEB Kementerian Pertanian dan Koperasi dirombak dan digantikan dengan berbagai-bagai agensi kerjaan , seperti Maju Ternak, Maju Ikan,LPN, FAMA, Felda, Felcra, Risda, MARDI,  termasuk juga Bank Pertanian dan Universiti Pertanian.

Beberapa siri Dasar Pertanian Negara juga di gubal, tetapi pertanian masih juga ditakuk lama. Yang pasti, sebilangan besar agensi pertanian ini ditutup. Dan yang amat ketara ialah Universiti Pertanian. Nama pertanian itu terlalu miskin bunyinya dan digantikan dengan nama Universiti Putra. Begitu juga Bank Pertanian ditukar kepada Agrobank.

Kita sudah mencapai Kemerdekaan lebih setengah abad yang lalu. Dasar pertanian negara masih lagi terombang ambing. Kearah mana golongan masyarakat  luar bandar terutamanya orang Melayu menempuh hidup.

Di luar bandar terdapat beribu-ribu ekar tanah terbiar yang terdiri daripada tanah rezab Melayu. Sayangnya tanah ini tidak dapat dimajukan melainkan ditanam dengan Getah atau Kelapa sawit, dan disebut sahaja pekebun kecil. Konsep pekebun-pekebun kecil ini jelas juga menampakkan ikon kemiskinan dalam banyak espek.

Semasa saya berada di Jerman mengikuti kursus, saya amat kagum dengan petani-petani. Kebanyakan petani-petani kaya raya. Mereka ini dijaga dan diurus dengan baik oleh Kementerian Pertanian.

Saya pernah mengikuti dN melawat sebuah ladang bersama-sama dengan seorang Pegawai Pertanian dari Landwirtchaft Versuchanstalt,Darmstadt. Masalah petani ini hanyalah kolam ikannya terlalu banyak rumpai. Sebelum masuk ke ladangnya petani terlebih dahulu bertanya tentang pengalaman pegawai tersebut. Dia juga bertaya tentang kehadiran saya. Akhirnya kerja-kerja memusnah rumpai dijalankan…..Percuma

Di Malaysia ini tidak ada lagi semangat demikian. Tidak ada lagi extension workers yang mahu menunjuk ajar kepada Petani. Pekebun-pekebun kecil sentiasa saja tertipu

Benih yang bukan terpilih. Baja yang tidak diketahui kandungan  dan kesesuian nutriennya dan berbagai-bagai lagi penipuan yang dilakukan terhadap pekebun-pekebun kecil

Malaysia kini menuju kearahan negara berpendapatan tinggi. Bagaimana pula golongan, pekebun kecil, penanam padi, penternak dll. Mungkinkah kemiskinan di luar bandar berulang lagi seperti dalam tahun 50 – 60an.

Pak Ungku Aziz, mungkin tersenyum membaca posting blogs saya kali ini.