Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Kuala Lumpur seharus menjadi sebuah ‘kota buku’ supaya taraf warganya semakin tinggi dan tergolong bertamadun tinggi.
Sudah banyak benar kita dengar tentang kisah buku. Kita dengar tidak banyak penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Orang Malaysia tidak suka membaca. Ahli sarjana-sarjana dan ahli akedamik tak suka menulis dan bermacam-macam lagi kisah hal buku dan membaca.
Memang ada sebabnya. Bukan orang Malaysia tak suka membaca dan bukan ahli sarjana dan akedamik tak suka menulis seterusnya menerbitkan buku. Mudah saja jawabnya. Belum ada lagi di Malaysia ini penulis boleh jadi kaya atau boleh bergantung hidup dengan menulis buku.
Kita rasa, ada kalanya penerbit dan pencetak menjadi kaya raya dengan adanya karya-karya penulis yang dirompak. Biasanya karya-karya yang dirompak ini memang yang releven dengan orang yang suka membaca. Jadi ada pasarannya. Selain itu, berapa sangatlah royalti yang diberi oleh penerbit, sekadar 12%. Sejak begitu lama, dan lama kelamaan, penulis tidak berminat lagi untuk menulis dan seterusnya kuranglah buku-buku yang releven bagi yang peminat membaca. Terdapatlah buku ‘picisan’ sahaja dalam pasaran.
Semasa belajar di Jerman, stupendium saya termasuk juga membeli buku. Orang-orang Jerman sukan membaca. Oleh sebab itu Buch Messe di Frakfurt memang ditunggu-tunggu kerana terdapatnya buku-buku terbitan baru dan sangat releven dengan kehendak pembaca.
Semasa saya berada di Berlin, saya telah diperkenalkan dengan ramai pesara-pesara. Di Malaysia dipanggil warga emas. Warga emas Jerman ini pakar dalam banyak bidang dan mereka diberi bantuan dalam penulisan buku. Begitu juga di universiti-universitinya terdapat juga kemudahan penulisan bagi pesara-pesara yang berminat menulis. Mereka diberi bantuan untuk menurunkan pengelaman mereka di atas kertas.
Penerbit-penerbit buku di Jerman amat menghargai penulis warga emas ini. Mengikut ceritanya, penerbit dan pencetak buku dikhususkan ( specialised ) ke beberapa bidang sahaja. Mithalannya penerbitan buku-buku pertanian akan dicetak oleh BLV Bayerischer Landwirtschaftsverlag GmbH.
Di Malaysia belum ada lagi institusi yang berminat untuk memberi bantuan kepada warga emas untuk menulis. Hanya Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja di bawah Institut Alam dan Tamadun Melayu memberi peluang bagi mereka yang minat menulis sebagai ‘Karyawan Tamu’.
Penerbit-penerbit buku tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tidak kurang pulan Institusi Pengajian tingginya terdapat Jabatan Penerbitan masing-masing. Bagaimanapun jarang benar kita lihat relevan dalam penerbitan buku.
Kini ada Yayasan Pembangunan Buku Negara. Koperasi Persatuan Kotraktor Buku Selangor Bhd, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Sewajarnya, boleh menjayakan konsep Kuala Lumpur ‘Kota Buku’ Bagaimanpun, perlu mengambil kira tentang Akta Percetaan, Pegkhusan penerbit, Bantuan kepada pesara dan warga emas yang berminat dalam penulisan.