er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf
- ISMAIL SAIDIN
- Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
- An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia
Tuesday, January 14, 2020
GILA GILA TANAM DURIAN
Sejak kebelakangan ini, ramai yang berminat untuk menanam Durian. Timbul pasaran Durian kerana orang China dari negara China sangat gemar makan Durian. Harga Durian melambung tinggi, hingga orang biasa di Malaysia tak mampu nak beli. Harga Durian klon Musang king mencapai RM 40 hingga RM 70 sekilo. Penanam penanam Durian ini yang terdiri daripada orang Cina berharap, akan dapat Durian ini di eksport ke negara China.
Di Kampung kampung Melayu, masih terdapat pokok Durian yang kebanyakan terdiri daripada berbagai-bagai jenis, yang biasanya disebut Durian kampung. Durian durian ini mempunyai berbagai-bagai rasa dan menjadi kegemaran orang kampung.
Terdapat juga pekebun pekebun menanam klon Durian terpilih, seperti D2, D 24, D 99 yang mendapat pasaran terbaik. Ini menjadi rezeki pekebun pekebun yang mempunyai dusun atau menanam sebatang dua persekitaran rumah di kampung.
Kita amat berterima kasih kepada saintis pertanian British yang memajukan klon klon Durian sebelum perang dahulu. Hingga hari tidak ada lagi klon-klon baru, kecuali beberapa klon terdapat dikebun-kebun Durian Cina di Pualau Pinang yang dikawal baik.
Sampainya musim Durian, pekebun pekebun Durian dapat juga rezeki menjual Durian. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini Durian Durian banyak dirosak oleh musuh tanaman seperti tupai dan monyet yang sukar dikawal.
Pekebun-pekebun Durian yang saya temui mengeluh tentang kerosakan yang dilakukan oleh tupai dan monyet. Cara yang baik katanya hanya dengan menembak dan mengurakan bilangan tupai. Dulu katanya orang kampung ada juga senapang. Sekarang banyak senapang ditarik balik kerana pemilik sudah tua. Masalah perosak tanaman buah Durian dapat diselesaikan hanya dengan senapang. Orang kampung manaboleh dapat lesen senapang. Rasanya pihak Perhilitan boleh mengatasi masalah ini jika dapat dipanggil untuk menembak tupai bila sampai musim Durian
Durian yang dirosakan oleh tupai
Subscribe to:
Posts (Atom)