Dalam bulan Oktober, 2008 saya telah menghantar dua manuskrip, iaitu Bunga-Bungaan Malaysia Edisi ke 3 dan Dalam Dusun Melayu ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Setelah menunggu hampir 6 tahun dan pada bulan November 2013 barulah buku saya dapat di terbitkan. Itupun setelah menulis dan meminta jasa baik Timbalan Perdana Menteri untuk menerbit buku saya itu..
1 Buku Bunga-Bungaan Malaysia edisi 3 3000 naskhah @ RM 140.00
2 Dalam Dusun Melayu 3000 " @ RM 50.00
Royalti penulis sebanyak 12%
Baru-baru ini saya bertanya tentang royalti saya. Malangnya saya diberi tahu tidak ada laporan tentang jualan buku saya. Alang terkejutnya saya seorang kenalan DBP memberi tahu saya bahawa banyak buku-buku dibawa lari oleh syarikat konsesi DBP setelah kontraknya ditamatkan pada 31 Ogos 2014. Berapa banyakkah buku-buku yang dibawa lari oleh syarikat berkenaan tidak diketahwi
Penulis dan pengarang buku-buku yang diterbitkan oleh DBP kini agak dalam dilemma kerana pembayaran royalti belum dapat ditentukan lagi. Dasar pembaran royalti DBP adalah mengikut jualan buku. Malangnya kini buku-buku sudah tidak ada lagi.
DBP juga agak dalam dilemma kerana perlu menerbit semula buku-buku yang dibawa lari. Tapi ini melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit.
Sekarang ini kita mula faham, mengapakan tidak ramai penulis buku dan mengapakah industri buku negara tidak setanding dengan negara lain. Penulis penulis sentiasa mengharapkan belas kesian daripada Penerbit ( Writers are at the mercy of the Publishers) Penerbit sentiasa sahaja bersekongkol dengan pencetak untuk mencetak lebih neskhah dan dijual dalam pasaran gelap..