Bunga puteri atau Bunga bidadari, dikenali juga dengan nama scientificnya Grammatophyllum speciosum, ialah spesies orkid yang terbesar di dunia. Orkid ini terdapat hidup di Thailand, Malaysia, Borneo hingga ke Indonesia. Biasanya, orkid ini hidup liar di atas pokok pokok yang tinggi dan biasanya berbunga dalam bulan ogos dan September.
Masyarakat Melayu zaman dahulu amat gerun terhadap bunga orkit ini yang tersangat cantik dan dikaitkan bunga orkid ini dengan penunggu pokok dan bunga ini dikaitkan kepunyaan tuan puteri atau bidadari-bidadarinya. Mereka tidak berani mengambil atau merosakkan bunga orkid ini, seterus memanggil bunga orkid ini Bunga puteri atau Bunga bidadari. Kedatangan ahli kajitumbuhan Inggeris telah mengambil bunga orkid ini dan Blume telah menamakan orkid Grammatophyllum speciosum sebagai nama botaninya. Orkid ini tersebar luas dan antara orkid yang termahal di dunia.
Saya pernah menanam orkid ini di UM dahulu dan orkid ini berbunga lebat sehingga mempunyai 7 batang tangkai bunganya. Tiga tahu dahulu saya telah menanam orkit ini di atas pokok besar di rumah saya. Bulan Julai yang lalu perdu pertama mengeluarkan satu batang tangkai bunga sahaja dan perdu kedua mengeluarkan dua batang tangkai bunga sahaja.
Menjelang bulan Ogos dan September, panas yang terik sekarang ini menyebabkan Bunga Puteri ini berbunga. Saya berkunjung ke rumah kenalan saya. Saya dapati Bunga puterinya yang ditanam dalam pasu berbunga lebat dan mempunyai 9 batang tangkai bunga serta bunganya kembang dengan warna yang sangat menarik.
Sayang sekali Bunga puteri atau Bunga Bidadari ini tidak ditanam ditaman-taman awam. Sepatutnya banyak ditanam sebagai bunga Warisan Negara