Sejak tahun 1977 saya telah menghasil empat tajuk karya dalam bidang Hortikultur and Botani. Buku saya yang pertama BUNGA-BUNGAAN MALAYSIA telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1977. Diikuti dengan Edisi Kedua tahun 2000 dan Edisi ketiga tahun 2013. Edisi ketiga Buku BUNGA-BUNGAAN MALAYSIA dipenuhi dengan gambar-gambar warna selain lukisan saintifik botani.
Buku saya yang kedua PALMA PILIHAN UNTUK SENI TAMAN diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1997 cetakan pertama dan cetakan kedua 2003.Malaysia merupakan negara palma dan kedua terbanyaknya spesies palma. Malang sekali banyak spesies palma kita telah pupus atau terancam kepupusan.
Buku saya ketiga SAYURAN TRADISIONAL, ULAM DAN PENYEDAP RASA diterbitkan oleh Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2000. Buku ini merupakan kumpulan sayur-sayur kampung dan ditanam dalam bentuk parak. Sekarang banyak disebut tanaman organik.
Buku saya yang keempat DALAM DUSUN MELAYU diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2013. Buku ini merupakan etnobotani tentang ruang perkebunan Melayu dan terdapat kepelbagaian spesies buah-buahan nadir yang jarang ditemui lagi.
Saya kira buku ini merupa karya saya terakhir dan mungkin tidak lagi berminat untuk menulis dalam bahasa Melayu. Rupa rupanya buku-buku seperti ini tidak mendapat tempat dikalangan khalayak. Bayangkan Buku BUNGA-BUNGAAN MELAYSIA Edisi ke tiga dan DALAM DUSUN MELAYU mengambil 6 tahun untuk DBP menerbitkannya. Royaltinya tak berbaloi untuk harga sebuah komputer dan kertas. Nasib penulis sains dalam bahasa Melayu tidak mendapat penghargaan di kalangan khalayak Melayu