Baru-baru ini, kerajaan sekali menguntukkan RM2 juta lagi untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggalakkan penulis menerbitkan karya yang bermutu tinggi, Selain peruntukan ini berbagai-bagai insentif bagi penulis ( STAR 16April,2013)
Kewujudan dana dan insentif amatlah menggembirakan penulis. Sebagai seorang penulis menyambut baik atas seruan kerajaan untuk menerbitkan buku-buku ilmiah sains dalam bahasa Melayu.
Pada bulan Februari, 2008 saya telah menghantar satu manuskrip buku bertajuk DALAM DUSUN MELAYU (In the Malay Village Orchards ) ke DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Menuskrip ini merupakan kajian saya dalam bidang etnobotani Melayu, ia itu ruang perkebunan Melayu sebelum kedatangan penjajah ke alam Melayu. Kandungannya dipenuhi dengan buah-buah nadir yang mungkin tidak dikenali oleh generasi muda sekarang ini.
Pada bulan Oktober, 2008 saya mengantar satu lagi menuskrip ia itu BUNGA-BUNGAAN MALAYSIA
edisi ke 3. Edisi 1 diterbitkan 1977 dan edisi 11 diterbitkan 2000 oleh DBP.
Perjanjian lesen penerbitan buku Dalam Dusun Melayu telah ditanda tangani pada 8 November, 2010 dan buku Bunga-Bungaan Malaysia Edisi 3 pada 22 April, 2010. Dalam kedua perjajian itu royalti hanya 12% daripada jualan buku. Hanya 50% sahaja akan dibayar apabila buku diterbitkan, selebihnya akan dibayar mengikut jualan buku.
Hingga hari ini, sudah hampir lima tahun sejak manuskrip disampaikan kepada DBP, masih belum tahu bilakan buku buku saya dapat diterbit. Manuskrip buku-buku berpindah tangan dari satu editor ke satu editor sehingga agak cemas kerana kekerapan kehilangan teks dan gambar.
Baru-baru ini saya diberi tahu bahawa buku saya sedang di cetak oleh print corp Utusan. harga buku itu hanya RM 50. Begitu nilai buku Sains etnobotani Melayu. sebuah buku pengajian tinggi dalam Bahasa Melayu. Kadar royalti harga buku RM50, senaskhah berjumlah 3000 naskhah, amat menyedih dan mengecewakan saya.
Saya berasa kecewa dan sedih apakah kewujudan dana RM2 juta dan kewujudan insentif penulis RM2 juta lagi kepada DBP sebagai menutup kelemahan DBP. Sebenarnya Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lagi berbahasa.