Negara berhawa sederhana (Temperate countries) mempunyai empat musim. Musim meluruh dan musim bunga merupakan musim yang dinanti-nanti kerana keindahan pelbagai warna. Musim luruh terdapat keindahan daunan pelbagai warna. Musim bunga pula terdapat pelbagai warna bunga-bungaan.
Di Malaysia tidak terdapat musim bunga atau musim meluruh, hanyalah kehijauan sepanjang tahun. Bagaimanapun, terdapat juga banyak spesies pokok mempamirkan keindahan pelbagai warna bila sampai musimnya. Keindahan warna warni ini bila sampai musim meluruh (deciduous) bagi setengah-setegah spesies pokok dan yang lainnya pula mula berpucuk muda. Keindahan warna warni dapat di lihat di sekitar hutan di bukit-bukit dan gunung
Nenek moyang kita zaman dahulu peka tentang keindahan warna warni ini dan dapat mengecam musimnya seterus dijadikan panduan untuk mula turun ke ladang bersawah padi atau upacara pertanian. Generasi sekarang ini tidak lagi peka dalam hal ini
Warga negara asing pula mencari spesies pokok ini untuk dijadikan elemen seni taman dan dijual dengan harga yang mahal
Semasa berkhidmat sebagai botanist di bawah KLCC Projek, saya telah mencadangkan sebuah taman berkonsep warna warni. Caranya ialah dengan menanaman berkelompok satu-satu spesies supaya memberi impak warna. Taman ini saya panggil Taman Pancarona Putrajaya. Saya telah menyedia spesies yang sepantutnya ditanam.
Baru-baru ini dalam siri jalanan mengambil gambar untuk buku saya, Taman Pancarona yang saya ilham tidak kesampaian. Pokok yang ditanam bukan daripada spesies Pancarona