Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Hari itu merupakan ekspo makan buah-buahan tempatan dan terdapat juga pemeran buah-buahan termasuk juga buah-buahan nadir.
Saya dapati ramai yang kunjung ke Taman tersebut penuh minat dengan buah-buahan nadir daripada buah komersial yang lain. Masing-masing bertanya-tanya dan ingin merasa buah tersebut.
Saya sudah lama meminati dan mencari buah-buahan nadir ini kerana banyak nama-nama buah ini di sebut dalam pantun. Buku yang sedang saya ditulis, ia itu DALAM TAMAN PANTUN masih tidak lengkap kerana ketiadan gambar buah-buahan nadir ini. Terdapat kira-kira 250 spesies tumbuhan yang disebut dalam pantun dan kebanyakannya sukar ditemui lagi dan kemungkinan diancam kepupusan
Pujian pantut diberi kepada Pegawai yang mengusahakan dan mengumpulkan buah-buahan nadir untuk pemeran tersebut.
Berembang ( Sonneratia caseolaris)
Pantun Lama
Buah Berembang buah Pedada,
Dijolok-jolok jatuh tak jadi;
Bintang apa semat di dada
Bintan jasa pagar makan padi
Kandis (Garcinia cowa )
Pantun Lama
Buah Kandis dimakan budak,
Hendak ditebang tiada beliung;
Hendak menangis bukannya budak,
Hendak terbang bukannya burung
Buah Kandis dimakan budak,
Hendak ditebang tiada gergaji
Menangis tidak ketawa pun tidak
Bila tangan sudah digari
Ismail Saidin